Tuan Pengarah Pilih Kasih Eh : 2

by - Khamis, Februari 24, 2011

 

Pada zaman dahulu, ada seorang Putera Raja yang sangat hensem lagi berwibawa. Putera Faizal namanya.. Baginda adalah seorang yang cukup berjiwa rakyat. Ini terbukti kerana baginda makan nasi guna tangan, buang air kat tandas, tidur atas katil dan mandi guna air.

Setiap bulan, baginda akan meronda ke serata Negeri untuk melihat kehidupan rakyat. Dengan menaiki keldai, baginda akan merentas desa dan mengharung sungai demi rakyat jelata. Semasa perjalanan, baginda akan ditemani oleh Axuerha, Usop dan Pezol. Axuerha bertanggungjawab sebagai PA baginda manakala Usop dan Pezol adalah panglima baginda yang terbilang. Terbilang kerana boleh dibilang.. Ye la dua orang je.. Boleh bilang dengan jari kan?

Pada suatu hari, ketika tiba di sebuah kawasan pedalaman, kedengaran sayup esak tangis seseorang diselangi gelak tawa bernada jahat lagi kerek.

 

sambungan  >> SINI

You May Also Like

0 comments