Cinta mengubah aku ..

by - Rabu, Mac 23, 2011

 

Bersyukur ... kadang kadang kita terlupa .. kejadian hari ini membuka dunia sebenar .. Jangan dipandang satu sudut yakni sudut kecewa .. pandang dari sudut kenikmatannya ..

Aku pernah ada RM50 untuk dibelanja seminggu saja ... datang seorang lelaki mengaku dalam kesusahan .. aku tau dia menipu .. tapi bagaimana jika betul ? Aku berikan RM30 kalau tak silap aku.. baki itu hanya cukup untuk dua hari .. Tapi tak pe la.. aku tau , duit yang aku ada tadi itu hak Allah ... Alhamdulillah ... esok aku dapat berkali kali ganda dari yang aku ada !

Aku seorang yang ego.. cemburu dan sangat gemar pandang sesuatu itu dari sudut yang sempit .. segalanya adalah buruk bagi aku.. Itu adalah pengalaman hidup aku ..

Bila aku mengenali seseorang yang membawa aku keluar dari dunia itu , aku bersyukur .. Aku tau sudah tiba aku mengubah diri aku .. Dari seorang yang teruk kepada yang sederhana ..

Kalau bukan kerana dia juga , aku tak punya blog ini dan korang juga tidak mengenali BEN ASHAARI ... sesungguh cinta telah mengubah aku ..

Adakalanya kita perlu berubah kerana cinta ... bukan cinta berubah kerana kita ..

You May Also Like

30 comments

  1. pehhhh.. budiman nye abang benggg... i likeeee ^^

    BalasPadam
  2. ada gak yg dah x percaya ngan cinta..putus asa,camne yer?

    BalasPadam
  3. Kita boleh berubah keran cinta asalkan perubahan kita itu ke arah kebaikkan.

    Yuyu, sampai hati yuyu, tak singgah pun kat blog picisan kita..sob2

    BalasPadam
  4. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


    setuju~~ kita berubah menjadi lebih baik..

    BalasPadam
  5. wah memang Mr. Ben pemurah..ya la kan harta kongsi bersama

    BalasPadam
  6. @ Iz, masuk ke blog greenappleku. Search tajuk erti bahagia. Awak akan temui jawapnya.

    BalasPadam
  7. SGaLe2NYeR PaSaL CiNTa... CiNTa SaNGat BeRKuaSa, SLaiN DaRi HaRTa... (^_____^)V

    BalasPadam
  8. teringin nak jumpa ben ashaari & nak tgk in person pemilik santai ini..

    BalasPadam
  9. br dpt singgah blog bro ben..
    seharian pegi training hrni isk

    BalasPadam
  10. cinta x semestinya memiliki... :)

    BalasPadam
  11. cinta boelh merubah segalanya.. betol kata abg ben. Cinta, kadang2 indah kadang2 kelat semacam jer.. tapi, cinta tue kalau direnung2, akan ada something. ada something yang bermakna dalam hidup kita. walau sedar ke tak.. Wanblur nie buta. buta hati. Tak nampak cinta, dah lepas baru perasan. so, becareful with love..

    pss.. cinta sejati membawa ke syurga. jangan ikut cinta yg lain2 kerana cinta lain2 bawak ke neraka..

    okeyh??

    BalasPadam
  12. CINTA???..indah ketika dalam genggaman, sakit bila ia mula jauh meninggalkan kita.

    **wahhhh..akukah yang bermadah cinta itu????

    BalasPadam
  13. hum...

    kalau kita tak boleh nampak bodoh depan orang yang kita cinta..depan sape lagi???

    hahaha..ayat dalam pisau cukur sebb perempuan tu memaksa diri menjadi seseorang yang sempurna dihadapan lelaki idaman...

    haruskah kita menjadi orang lain dan memaksa diri demi cinta???

    tapi perubahan lebih baik stelah memiliki cinta adalah seindah-indah sesuatu hubungan...dan itu adalah anugerah yang sangat berharga...

    BalasPadam
  14. cinta itu sangat meninggalkan kesan pada seseorang kerana di antara cinta ada kita...dan kita mengenal cinta itu ketawa dan airmata...

    BalasPadam
  15. berubah menjadilbh baik tu perlu kan ben?

    BalasPadam
  16. cerita kita hampir sama...tapi tak serupa..=)

    BalasPadam
  17. Cinta pada sapa Abang Ben???Allah atau Isteri!!??

    BalasPadam
  18. Cinta mampu mengubah manusia dan cinta mampu mengubah dunia.Kerana cinta manusia sanggup lakukan apa saja.





    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita


    Pendakwah di Pintu Neraka

    BalasPadam
  19. peh bro ben... menusuk kalbu bro... (^^,)

    BalasPadam
  20. peeweet abg jiwang ptg hari ... berubah kerana cinta ?yup setuju ramai org berubah kerana cinta tapi yg pasti ke arah kebaikan

    BalasPadam
  21. semua orang kata camtu..
    kawan saya pernah kata saya ego dalam bercinta..
    suka tp sukar untuk mengaku..
    macam cik ben kata..saya harap dapat berjumpa dengan orang yang dapat mengubah saya kearah kebaikkan..
    cik ben sangat beruntung kerana x semua orang nak berubah kearah kebaikkan..:)

    BalasPadam
  22. btoi tu abg ben...
    jgn kerana kita sengsara sudahhh... =))

    BalasPadam
  23. as salam..
    cinta dunia adalah curang.
    cinta akhirat adalah setia.

    cinta dan mencintai mendatangkan kebaikan jika

    nafsu diketepikan, iman yang mengemudi amal

    =)

    BalasPadam
  24. betol abang ben... kadang2 kite berubah kerana cinta.. hadirnya seseorang dpt mengubah diri kite sbb dia memberi kesedaran pada kite untuk berubah....

    BalasPadam
  25. Cinta itu milik Allah SWT kita hanya merasai secebis cuma rasa cinta itu...andai cinta itu ditujukan hanya pada yang berhak & nawaitu kerana Allah SWT maka bersemaraklah ia

    BalasPadam
  26. ni utk kwn saya ngah frust menonggeng..

    http://cintailmu89.blogspot.com/2011/03/karya-ni-utk-kwn-guabukan-gua.html

    BalasPadam
  27. cintakan bunga, bunga akan layu,
    cintakan harta, harta akan musnah,
    cintakan manusia, manusia akan mati,
    maka cintailah Allah, kerana Allah kekal abadi.. :)

    BalasPadam