Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka ..

by - Selasa, Mac 22, 2011

 

Paderi anti-Islam bakar al-Quran

Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).

Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.

Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.
Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.

Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.

Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.
“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya.
Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP : SUMBER - BHARIAN

 

Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka ...

You May Also Like

16 comments

  1. Inilah keperluan melahirkan tahfiz2..biar dibakar namun ayat2 mukjizat Rasulullah terus kekal dalam jiwa umat Islam...bersama2 kita melahirkan seorang tahfiz dalam keluarga

    BalasPadam
  2. ada dgr juga pasl ni....
    haih~ akhir zaman ni... mcm2 hal jadi...
    T_T

    BalasPadam
  3. Aminnnnn..
    Dunia sudah menghampiri penghujung...banyak cabaran untuk agama dan orang ISLAM...
    Semoga RAHMAT Allah sentiasa bersama kita...

    BalasPadam
  4. semoga tuhan memberikan hidayah lepada mereka..amin..

    BalasPadam
  5. Dorang bakar Al-Quran pada helaian kertas jer. Al-Quran yang masih tersemat dalam diri umat Islam, caner dorang nak bakar.. Hahaha. Tak sangka, panas jugak dorang bila Islam semakin berkembang.

    Harap-harap lepas nih, hidup mereka yang terlibat dalam pembakaran tu jadi tak tentu hala macam pelukis karikatur Prophet Muhammad di Denmark tu. Then, baru dorang tahu Allah SWT tu Maha Berkuasa dan Prophet Muhammad SAW tu benar.

    BalasPadam
  6. na'uzubillah..berikanlah petunjuk kepada yang tersasar dari landasan..smoga kita dilindungi dibawah rahmat Allah S.W.T...amiinn....

    BalasPadam
  7. masyaallah ..semoga diorang mendapat hidayah

    BalasPadam
  8. ALLAHUAKBAR !!! Semoga mereka mendapat pembalasan yang setimpal !!!!

    Dimana umat Islam seluruh dunia sewaktu penghinaan ini dilakukan ???????????????????

    BalasPadam
  9. suka hati dia nak jatuhkan hukuman. alasan je tu. alasan nak cari pasal.

    BalasPadam
  10. agak2 pasni dia lak kene bakar..

    BalasPadam
  11. agak2 pasni dia lak kene bakar..

    BalasPadam
  12. nie tnggu balasan Allah yg pling dhsyat..xabes2 lg nk cri kslhn kitab suci Al-quran..adoii

    BalasPadam
  13. Tu lah namanya cakap tak serupa bikin, padahal tahun lepas dia sendiri dah declare dah tutup terus agenda bakar-membakar tu (Florida pastor calls off Quran burning).

    Bukan nak kata apa, mazhab dia ni (Dove World Outreach Center) memang salah satu mazhab berbentuk "hate group", lebih kurang sama macam mazhab Westboro Baptist Church. So it can be expected.

    BalasPadam