BEN ASHAARI.COM sebuah blog segmen ?

by - Isnin, April 18, 2011

 

Ada rakan blogger tadi tanya aku ... sekarang ni dia nampak blog aku seolah olah dah jadi blog segmen .. Dan dia syorkan aku membina sebuah lagi blog khas untuk segmen sahaja ..

Terima kasih atas pandangan dan teguran itu .. Sebenarnya motif aku buat segalanya disini selain dari promosi blog ialah , aku nak bina satu komuniti sihat diantara blogger sekalian.. Tak kira dalam Malaysia atau luar dari Malaysia ..

Aku guna pakai konsep masjid.. Masjid tidak semestinya tempat untuk bersolat saja.. Bila masuk waktu je , baru ramai orang datang hanya untuk bersolat ..  Masjid juga boleh djadikan pusat ilmu , pusat pertemuan atau pusat sukan .. Tak salah kan ? Kalau diasingkan , cuba bayangkan apa yang boleh terjadi ? Amik contoh pusat sukan yang agak jauh sedikit dari masjid.. sah sah malas nak berjemaah kat masjid kan ? Yelah , memula tu  mmg akan ada kepala ajak g masjid tapi lama kelamanaan ? Ada yang mula malas.. Tapi jika segalanya dalam kawasan masjid , bila masuk waktu je .. pasti akan berjemaah sekali kan ? InsyaAllah ..

Itu yang aku cuba buat dalam satu blog .. disini aku meluahkan perasaan.. di sini aku berkongsi maklumat.. disini aku berkomunikasi dengan blogger dan disini juga aku berkenalan dengan rakan rakan baru .. Pelbagai kelebihan yang aku dapat sejak aku kendalikan segmen ini .. Jangan fikirkan trafik.. Trafik aku tak sebesar mana pon.. Buat entri biasa lagi meriah dari segmen sebenarnya ..

Tapi itu cara aku .. Selain dari tu , aku secara diam mendidik blogger mengenai dunia blog dan dunia nyata terutama pada adik adik yang masih mentah dalam dunia ini .. Aku tak perlu terjerit jerit .. memberi kritikan pedas .. atau mengutuk ... sebaliknya hanya dengan entri biasa biasa saja dah memadai ..

Kita kena pandai main tarik tali.. ada kalanya kena lepas.. ada kalanya kena tarik ..biar seimbang ... Barulah cara tu kena .. Blogger yang ada sekarang ni bukanlah budak budak mentah .. Semua dah pandai belaka.. Tetapi , mereka seperti aku juga .. adakalanya terleka dan terlalai .. Maka dengan wujudnya komuniti beginilah kita saling tegur menegur dengan cara yang bijaksana .. Barulah takde sapa nak sakit hati atau bermasam muka ..

Dunia maya ni luas tapi kecil ..  Pi mai pi mai tang tu gak.. Aku biarkan segmen aku ini mendidik dan menyedarkan rakan pembaca dan juga blogger secara halus .... Dakwah gak kan ?

You May Also Like

36 comments

  1. ha ah betul tu...kena lengkapkan dengan pahit manis masin lemak baru la sedappp :)

    BalasPadam
  2. sokong abg ben ,... bernas tol ar kata2 abg ben ni ... school kat maner ????? huhuhuh

    BalasPadam
  3. sokong abang BEN!
    ayat penuh makna tuh..... ^_^

    BalasPadam
  4. mmm manusia tak semua sempurna = blogger tak semua sempurna.....
    ini namannya win-win...kan...

    kawan2 ada masa...kunjung2 le blog ku yang tak seberapa ini...cewaa!!
    http://cayob.blogspot.com/.....

    BalasPadam
  5. Betul juga cara abg ben. Banyak sangat blog, nanti tak terjaga pulak. Teruskan usaha..



    Blog Sharifdez

    BalasPadam
  6. yup.. betul.. dengan adanya entry2 yang memberikan kritikan secara halus, so, blogger2 yg nak merangkak naik macam saya ni akan lebih bersemangat untk terus berblogging

    BalasPadam
  7. thank you encik ben. sudi berkongsi ilmu. blog kita bukan kita punya sorang je. tapi milik pembaca jugak. betul tak? ;)

    BalasPadam
  8. segmen best apa salah nye kita join ;)

    lg pun membuat otak kita berfikir itu bagus!

    BalasPadam
  9. yeah saye sokong abg ben,. biar le diorang nak kate mcm tu,. sbb segmen2 yg abg ben buat tu ler identiti abg ben,. dan org kenali abg ben kerana segmen2 tu semua,.

    BalasPadam
  10. caya cokong chek ben! beng beng bong

    BalasPadam
  11. i loike ur opinion lah bro..like like like! skrg dh fhm tujuan sbnr segmen² diadakan ^_^

    BalasPadam
  12. segmen ni pon penting gak...
    bole eratkan hubungan...
    bole perkenalkan blogger baru...
    win win situation...
    yang penting niat Abg Ben ikhlas...

    BalasPadam
  13. betol3!!! (gaye upin ipin) hee =P

    BalasPadam
  14. sokong...........hehehhe...mari berhubung di sini...hahahha

    BalasPadam
  15. saya baca.. saya telan.. dan sedang menuju proses penghadaman..

    BalasPadam
  16. mana ada blog ben ashaari blog segmen.. kan ada selang seli dengan entri lain :D

    BalasPadam
  17. betul tu abg ..konsep masjid wee pernah dengar ustaz gtau kalau nak ramai org dtg masjid buat2 lah taman permainan or apa2 yg dapat tarik mereka ..lama2 ramai yg dtg even dtg main tapi bila dah azan tentulah terus solat kat masjid hehe..

    :) like2x

    BalasPadam
  18. dua hari tak buka blog, visit kat blog ben ni...dah berubah wajah baru....hehehehehhe handsome anak makkkkkk

    BalasPadam
  19. en ben,
    kalau la komuniti ni dapat diwujudkan tanpa ada rasa cemburu dan irihati sesama blogger, memang best. kita semua kawan2...boleh ke?

    BalasPadam
  20. tak perlulah buat blog lain...
    dan sebati dgn www.benashaari.com ni!

    nanti susahlah nak tgk byk2 blog..

    BalasPadam
  21. setujulah en.ben..mudah2an niat yang murni diberkati yea..

    BalasPadam
  22. satu blog sudah la..kang byk2 susah lak nak uruskan..kang kena pakai PA plak hehe..

    BalasPadam
  23. sedap la ayat abg ben...
    abg ben pelajar sastera ke?? :)
    respect giler nie! ^___^

    BalasPadam
  24. terpulang pada u lah nak manage macam mana en.ben...as long as u tak kaco org udah le...ai suke je join..walaupon org kata macam2..tak kisah lah...nak isi masa terluang dan tambah2 ilmu bila dapat macam2 blog ni

    BalasPadam
  25. xyh la buat blog lain,..cmni pn dah bez..hehe..suke bile pkcik ben ckp psl knsep msjid tu.. btol ka pnggil pak cik ben ? ahhaha

    BalasPadam
  26. terbaik lah ABG BEN.....sokong blog ABG BEN dan juga idea2 abg BEN :)

    http://violencexx.blogspot.com

    BalasPadam
  27. perumpamaan masjid tu sangat bijak..

    BalasPadam