Fahamilah.. ianya mudah sekali ..

by - Jumaat, April 22, 2011

 

Perbezaan penulisan blogger yang berusia dan yang masih muda belia ialah yang berusia ni menulis melalui pengalaman dan yang muda belia ini melalui pembelajaran ...

Kalau dilihatkan dari sudut pengalaman .. ianya bercampur dengan pembelajaran , pemerhatian dan juga pengalaman .. Jadi dalam entrinya tak kira panjang atau pendek , blogger yang berusia seperti aku ni adakalanya menggunakan segala pengalaman hidup untuk menyampaikan mesej .. Kenapa begitu ? Sbb kami pernah muda .. Jika terlalu terus pada point , maka ada yang melenting ... jadi kiasan akan digunakan ..

Masalahnya cuma faham atau tidak saja ? Ini masalah pembaca pulak .. pembaca sekarang ni apa yang aku nampak hanya baca sekali jalan jer .. Mentang mentanglah yang menulis blog ini bukan cendiakawan lalu dibacanya sekali harung kemudian komen terus .. Kalau tak kena gaya , silap silap entri itu dikatanya sampah ! Ibarat lukisan abstrak .. yang pandai menilai hanyalah mereka yang berdiri dan memerhati serta mendalamni maksud lukisan tersebut .. Bagi yang tak berminat ? " Kalau macam ni aku pon boleh lukis "

Bagi golongan muda belia ni .. majoritinya gemar menulis mengikut perasaan .. Mereka 'panas' dan aktif .. Lalu disampaikan melalui penulisan mereka .. Jarang nak nampak yang cool.... kecuali jika terlibat dalam penulisan berbentuk dakwah ..

Jenis gini lak ( remaja ) malas nak berpusing pusing.. wat sakit kepala jer.. terus tulis je apa nak tulis .. Kenapa begitu ? Satu.. tiada pengalaman mengenai dunia lagi... Disangkanya kalau nak baca , bacalah .. tak suka , boleh blah ..hurm.. Sebab tulah keluar segala bentuk kritikan keras termasuklah kutukan ..

Aku bekas guru .. walaupun tak lama mengajar tapi aku ada pengalaman berdepan dengan murid murid dari darjah satu hingga darjah 6 .. Itu lebih sukar dari sekolah menengah .. Nak mendidik lebih sukar dari nak mengajar .. Bagaimana nak mendidik pembaca ?

Adakala penulis berusia cam aku ni gunakan ayat yang agak tegas keatas mereka yang masih muda .. Kenapa ? Supaya tidak tersesat satu hari nanti ... Ada tujuannya.. bukan suka suka ...

Yang muda belia ni .. boleh menegur yang senior cam aku ni haa.. Tapi jangan lupalah adat kita .. adat menegur orang tua ada caranya .. Jangan sangka punya kuku dah boleh cakar singa tua ..

Blogging ni menceriakan.. pelbagai jenis orang akan kita kenali.. kan ?

You May Also Like

25 comments

  1. bahasa jiwa bangsa.

    namun berapa ramai yang peka?

    Miss Dill^^

    BalasPadam
  2. setuju dgn abg ben :) saya penulis blogger yg masih muda. baru nak berjinak jinak dlm dunia blogging. penulisan saya mmg tak boleh nak dibandingkan dgn blogger lama. mmg jauh bezanya. saya kena belajar lagi :)

    BalasPadam
  3. okla..terpaksala setuju entry ni..haha...betul tu ben ashaari..

    BalasPadam
  4. kadang-kadang tuh yang membezakan penulisan blogger berusia ngan belia adalah yang belia nih guna ayat-ayat yg kasar ckit... yg berusia guna ayat yg berlapik-lapik... sekadar pandangan melalui pemerhatian...hehehe

    http://ciklalalalola.blogspot.com

    BalasPadam
  5. betul..betul..betul...orang kata kalau nak jadi matang, kena berkawan dan baca fikiran orang yang lebih berusia.bukan memasamkan muka hari-hari yang membolehkan kita nampak tua, betui dak?

    BalasPadam
  6. ooo. cekgu rupanya.. hehe.. hait cekgu.. waaa.. cek taip spontan jaa.. bukan malas nk pikir.. cuma spontan rasa lebih best.. :P hehe..

    BalasPadam
  7. bismillah. Betul tu En Ben. Ana setuju dgn pendapat antum. sebab itu orang muda kena belajar dgn orang yg makan garam dulu. hehe.

    BalasPadam
  8. kerana mulut badan binasa..(^_^)

    jagalah bahasa kita..

    kata2 terbaik dr abg ben! Very good!

    BalasPadam
  9. Yang penting pengisian... cara penulisan biarla dapat diterima ramai pihak.... kalau nak menulis ikut penulisan buku.... buatlah.... jika ada yang sudi baca... ramai yang bace blog untuk dapatkan ilmu dan info secara santai.... bukannya nak menambah tekanan di biji mata....:)

    BalasPadam
  10. saya setuju.sebagai blogger baru saya banyak belajar dari tips BA.

    BalasPadam
  11. kena la belajar dengan org yang berpengalaman baru la kita lebih tahu asam garam dunia blog ni....eh Malaysia negara top 10 paling fasih berbahasa inggeris la !!!

    http://taufiqhafiidh.blogspot.com/2011/04/malaysia-negara-top-10-yang-fasih.html

    BalasPadam
  12. betul juga kata-kata abang Ben tuh ,saya sebagai belia-belia muda yang rajin blogging selalu perasan akan blog junior-junior yang selalunya more to melepaskan perasaan terpendam saja ..sometimes boleh diterima ,tapi kalau dah lebih kepada kutuk mengutuk & caci cerca tuh tak sanggup dah nak blogwalking kat situ ..hehe

    BalasPadam
  13. salam..sungguh dalam dan tersirat entry kali ni..hehe..rasa ada sesuatu jew..nak gitau kew x ni???hmmmm

    BalasPadam
  14. saya yang dah berusia ni pun masih belajar gaya penulisan yang mencerminkan diri kita...masih belajar dan terus belajar...


    *lepas ni kena panggil cikgu ben ^__^

    BalasPadam
  15. sangat sokong..pasal tu lah bila masuk blog abg beng dan sengkatan dgnnye rasa tenang je.. ibarat macam nari zapin . ewah ewah..

    tp kalau blogger muda macam sy dan rakan-rakan ni. terus ibarat nari yg berlagu rock.

    :)

    BalasPadam
  16. bukan dlm dunia blog je kita kena belajar dari org yg brpngalaman..tapi dlm hidup kita sendiri,kita kena belajar dri yg brpngalaman..bagi yg muda2 ni,kita baru nak tau apa itu khidupan..so jgn cpt mlenting bila ditegur..cuba pikir jauh sikit..walaupun umo bru 20 tak salah kalau mind set kita umo 35..bnyk yg perlu kita tahu dlm hidup ni..bkn hnya yg dpn mata..selami lah dunia ni dengan hati,jiwa dan roh..

    BalasPadam
  17. huhu....tu lah..sebagai orang muda, memang ct mengaku tu...tulis ikut perasaan...nak cakap bertapis???tak de pengalaman nak guna cara halus....

    nak tegur golongan otai ni bukan senang...huhu...tak berani la nak tengor...

    BalasPadam
  18. setuju. saya pun banyak na kena blaja.:)

    BalasPadam
  19. like entry nie..
    banyak lagi yang kena blaja..
    :)

    mekaseh bro..
    http://fatinfarhanabambam.blogspot.com/2011/04/baru-200-dah-kecoh.html

    ade selit nama bro gak!!

    BalasPadam
  20. Bekas guru rupanya ye..patutlah pandai tackle pembaca dari berbagai peringkat umur..Tahniah Ben!

    BalasPadam
  21. pengalaman tu tak boleh dibeli. =) suke entry ni.

    BalasPadam
  22. ermm setuju sangat dengan ape yang abg ben cakap dalam entri ini.

    BalasPadam