Inilah masalah utama manusia ..

by - Khamis, April 21, 2011

 

Pagi tadi .. aku g kerja.. dua kejadian berlaku depan mata aku .. Maka aku kupas satu satu isu tersebut .. Aku mulakan dengan isu PEREMPUAN .. Kenapa ? Ladies First .. kan ? Haahahah... ileks..

Ramai ingat aku nak berat sebelah.. Sebenarnya bagi mereka yang ikut blog aku ni , tau aku sendiri pon ada kupas isu isu LELAKI ni .. contoh bab tandas .. rokok .. sikap suami .. dan banyak lagi.. Tapi tiada pon yang kata , ala perempuan pon cam tu gak .. Mungkin ada tapi tersorok sedikit pendapatnya ..

Dalam entri aku tadi tu .. aku ada sebut ,  " Bukan semua PEREMPUAN tapi bilangan juga besar " .. maksudnya bukan semua tapi semakin menjadi jadi ..Kenapa ? Ada yang kata faktor LELAKI semakin kasar atau desakan hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni .. Masalahnya , yang berlaku sekarang ni bukanlah nak berebut naik komuter , tapi naik lif , tekan butang lif , naik lrt yang tak ramai mana pon kadang kadang .. tu semua contoh .. Maka dikaitkan , LELAKI pon samaaa .. Kalau gitu , PEREMPUAN dan LELAKI  sama je la perangai eh ???  Sememangnya kita tau LELAKI itu KASAR dan PEREMPUAN itu LEMBUT .. TAPI TAK SEMUA !! Ni kena highlight ni .. kang ada gak dok sebut ...

Aku tak berniat nak menegur dan aku tak berniat nak mengajar .. Aku cuma bercerita apa yang berlaku di depan mata aku dan apa yang ada dalam hati aku ..

Kemudian ..dalam lrt , ada seorang lelaki .. Mmg bersih suci murni je muka dia.. pakaian ala ala imam masjid dah .. Kira layak masuk Imam Muda dah ni ..  Dia duduk .. Aku berdiri.. di depan dia , berdiri seorang perempuan yang agak berisi badan dia .. Di sebelah dia seorang perempuan .. Kemudian perempuan ini bangun dan memberikan tempat duduk pada perempuan yang berdiri tadi.. Rupa-rupanya , perempuan tu mengandung .. Hurm.. aku hanya mampu geleng kepala.. Lelaki tadi terus duduk tanpa berbuat apa apa pon .. hurm... 'Bagusnya' ... malu aku sebagai seorang lelaki ...

Kalau kita asyik dok kata , ' Ala sama je LELAKI PEREMPUAN ' , maka kita takkan ke mana mana .. aku bukan nak berbahas atau nak tunjuk baik... Cuma inilah perasaan seorang lelaki yang sering berbisik dengan hatinya ..

Aku kagum dengan PEREMPUAN kerana merekalah seindah-indah ciptaan Allah .. Sendiri fikir la yer .. Ops.. dan tolong baca 2 kali .. pastu barulah komen.. sbb banyak yang terlepas point dan terus komen .. hurm ...

Buat PINKY MOMMY , RM55 boleh laa diterima .. hahaha...

You May Also Like

31 comments

  1. terlepas segmen durian.... meeting punyer pasal....adeh...

    BalasPadam
  2. pokok pangkal hati... bukn dari segi penampilan, paras rupa.. kan abg ben? :) lelaki or perempuan skrg tak jauh bezanya.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. huh~ mane aci abg bengggg !___!)
    cik bunga pon hampir² jugak. heheh..

    RM4 tambahkan angka 8.70 belakng tu, haa.. okeh daa :) heheh

    RM48.70

    BalasPadam
  4. ahahahaha adoii pok beng ni..
    yayy ratu doyan menang!! erkss ;p

    hurmm masa pinky ngandung sarat 9 bulan dlu naik bas metro dari jalan ipoh ke rawang..berdiri!!

    x sorang pun bg duduk..bayangla bas metro bawa cmner kan..smpai ada masa tu x larat nak berdiri terus duduk kt tangga..aihh syahdis!

    BalasPadam
  5. setiap oag ada kelebihan dan kekurangan, dan itulah yg akan menjadikan saling melengkapi. namun jika ada yg xbaik kita cuba perbaiki, yg baik kita kekalkan..:)

    BalasPadam
  6. begitulah manusia...
    ada buruk dan baiknya!

    BalasPadam
  7. bangga jadi gegurl walaupun acapkali keluar airmata .. huh! lembut sungguh rasa diri ini :D

    BalasPadam
  8. oh~~ keen xkata encik ben berat sebelah.. keen cuma nk bgtau bhw mslh budi bahasa itu mslh individu..

    oh ye~ hanya sbb 1 entry, mcm2 komen keluar kn?? mcm2 rasa xpuas hati ada kn?? tu disebabkan manusia berbeza pendapat.. manusia juga berbeza interpretation.. dan manusia jugak berbeza pegangan hidupnya.. sbb tu dlm 1 entry, ada yg setuju dan ada yg xsetuju..

    well, mesti pompuan yg byk xpuas hati td kn?? sbb pompuan tu sensitif.. <---- dan kdg2 nk menang gak.. layan je~

    lelaki dan perempuan mmg xsama.. tp dlm hal budi bahasa, dua2 kena ambil berat.. kn2?? ^_^

    BalasPadam
  9. dunia akhir zaman .. '' manusia fikir pakaian tempat penilaian bagi Allah ''

    BalasPadam
  10. Opss....terburu2 sungguh akak masa komen tadi kan..walhal dh mmg tau Ben ni adil orgnya...heheheh. Jadi.. mungkin maksud Ben ialah jantina itu bukan faktor penyumbang kepada masalah attitude individu zaman sekarang kot kan..? Jadi, apakah faktor utama yang mendorong? Didikan keluarga, syllabus sekolah, trend sosial atau survival? Akak suka bila Ben kupas isu2 sosial nie. Sgt menjana minda. Tahniah.

    BalasPadam
  11. camne nak bg komen ye..
    terpulang pada empunya diri..
    ada akal takmo guna..pentingkan diri sendiri..tp tak mustahil jugak lelaki ala2 imam muda tu ada penyakit kot takleh berdiri lama..wallahualam
    *pernah sekali naik LRT nak pi induction...pregnant anak kedua...badan memang ala2 hippo kan..sekali ada nyonya tua memang kalo tiup angin pon dia jatuh tp dia yg bangun nak bagi duduk..emmm

    BalasPadam
  12. hati manusia tiada siapa yang tahu...muka bukan ukuran...untuk menilai org tue baik tau tidak..

    BalasPadam
  13. as salam..
    saya sokong! n_n

    maka, no komen. hehe.
    bergantung kepada hati budi. huuu

    BalasPadam
  14. ha kan betul mcm sy komen seblom ni..sy dah kata dah..lelaki kat m'sia ni RATA² kalau nmpk perempuan mengandung mmg tak prihatin..

    BalasPadam
  15. itu la ego dan perasaan penting diri sendiri dlm diri manusia terutamanya lelaki...

    BalasPadam
  16. yang pakai baju ala ala imam muda tu sbb dia gi umah ayah dia..pastu terlupa bawa baju salin. dia bedal je baju ayah dia tu yg kebetulan imam kat masjid sebelah rumah dia.

    ada daaa...malu weh jadi lelaki. Ke dia ada penyakit parkinson tak mampu nak berdiri lama?

    BalasPadam
  17. @NuSaNa NoSa 91 :) itulah .. pendapat masing masing .. Terima kasih keen..

    BalasPadam
  18. @Aziela erk .. saya ni tak adil orangnya kak .. apa yang saya tulis , itulah yang terbuku di hati saya ..

    Bagi saya , akal ada tapi tak nak guna .. segalanya mengikut kata nafsu jer .. Pelajaran sekarang hanya untuk lulus periksa jer dan dapatkan pekeerjaan .. selebihnya ?

    BalasPadam
  19. budi bahasa kena tingkatkan lgi kita ni... adesss

    BalasPadam
  20. tu tak boleh menilai sumone melalui luaran sahaj tu....

    BalasPadam
  21. Blogwalking..

    Besa la org la ni..
    Depa suma org kurang upaya nak berbudi bahasa,
    Hilang sopan..apatah lg santunnya..

    Dalam hati dia.."jenuh aku berebut td..ni nak bg hang duduk..sorry sket.."

    BalasPadam
  22. kalau ayat skema akan berbunyi begini "tak semua manusia tu sama dan tak semua orang itu sempurna sifat dan akalnya"... tak buleh blah la... ngan 'bakal imam muda' nasib baik ler ayer tak der kat situ... eh kalau ada pun nak buat aper... buat bodo jer... haahaha

    BalasPadam
  23. sgt 'penyabar' rupanya lelaki itu. hanya memikir kepentingan diri sendiri. bukan susah mana pun berdiri sekejap utk beri ruang pd org lain yg lebih memerlukan. bukan sampai terpaksa berkorban nyawa pun.

    BalasPadam
  24. yup. my pun tujukan kat sesetengah lelaki. tp klu fenomena dlm komuter yg tu la selalu terjadi. mmg panas hati. kdg2 tu lelaki2 asing plak y byk duduk. kdg2 ade org buat2 tido atau buat2 xnmpak.. mmg grm la! grr

    xsemua lelaki mcm tu xsemua jugak pmpuan mcm tu.. kire balance la.. ade ok ade tak ok..

    BalasPadam
  25. ala bro.. manusia tetap dengan kemanusiaannya.. dan hari ini, lebih ramai manusia berperangai lebih baik dari rupa luaran.. dan ada.. rupa luaran baik giler.. tapi dalaman.. lebih teruk dari orang yang kita kata teruk..:)

    BalasPadam
  26. Persoalannya... bukan gender bro.
    Tapi masyarakat. Nilai yang kian pudar. sebab? sama sama kita pikir

    BalasPadam
  27. Abg Ben...nak tanya sket. Kalau golongan dua alam lak cam ne eyh? Kesian jugak kat drg sebab maybe drg rasa serba salah sama ada nak mengalah atau macam mana kalau berdepan situasi macam tu.

    BalasPadam
  28. persoalan skang ni bukan jantinala sy rasa tapi diri masing2...kena ada perasaan empati dan tolong menolong dlm diri tu..kena letakkan diri kita di tempat orang lain sekali sekala...

    BalasPadam
  29. Ben,

    Mengikut pemngamatan aku setelah duduk di US berbelas tahun dan beberapa buah negara lain termasuk Myanmar, orang Lelaki Melayu memang rendah tahap 'gentlemen' mereka. Tak tau kenapa? Kat sekolah ada di ajarkan ke tidak pasal sopan santun ni?

    BalasPadam
  30. org yg berpelajaran pon ta semestynya mengamalkan ape yg dipelajari,, hanya sekadar belajar dan belajar tanpa mengetahui ape yg dipelajari, tiada aplikasi dlm hidup!

    BalasPadam