Kritik biar adil !

by - Selasa, April 19, 2011

 

Ramai blogger teringin nak naik cepat.. Salah ? Tak .. lantak la.. asalkan guna otak dan berhemah .. Paling penting , biar berilmiah .. Jangan naik kerana bijak mengkritik .. Teringin nak jadi pengkritik sangat , boleh.. belajar bagaimana nak jadi pengkritik ..

Apa masalah pengkritik blogger masakini ? Kritik lebih pada memusnahkan ! Tiada langsung kata kata membina .. Apakah ini dinamakan kritikan dari hati atau sebenarnya kritikan disebabkan hasad dengki atau cemburu ?

Peliknya ... dimana keadilannya ketika mengkritik ? Bila kritik , 100% adalah negatif.. takkan segalanya buruk belaka ?? Aku amik contoh blog blog baru yang sering dikritik .. Kenapa rujuk satu entri untuk kritik segalanya mengenai blog tersebut ? Takkan langsung takde yang elok ?

Bagi aku .. pengkritik yang bagus adalah seperti silat.. Bermula dengan bunga dan diikuti dengan buah dan akhirnya ada penutup .. Apa yang berlaku sekarang , pengkritik nak jadi seperti tentera USA .. Pakai NUKLEAR jer !! Biar semua mampus. ..

ADILKAH itu ?  sbb itu aku kata  , nak jadi pengkritik ni mudah . tapi sebelum tu , cermin diri sendiri .. kritik diri sendiri... perbaiki diri sendiri.. dan barulah g cuba cuba dengan jiran sebelah.. Guna akal dan perasaan bila mengkritik .. Yang nak dikritik itu adalah manusia.. bukan kucing atau durian ..

You May Also Like

34 comments

  1. terpengaruh ni ngan rancangan tv..asyik nak mengomen je..susah juga..

    BalasPadam
  2. setuju sebab sesungguhnya kita tidak akan membantu seseorang dengan hanya kritikan yang tidak membina...

    BalasPadam
  3. sabo je lah byk2 sambil tinggal jejak kt sini

    BalasPadam
  4. sokong! sekurang-kurangnya nak kritik biarlah berhemah dan diplomasi. isy isy...

    BalasPadam
  5. kritik2 jugak tp nilai dulu salah sendiri.

    BalasPadam
  6. kritik kena bertempat...kena pk dulu baru kritik ek...terbaikla abg ben...jom tlg2 la kritik blog ewanrani nie...hehe..

    http://ewanrani.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. setuju dgn iz...ni kes terpengaruh dgn rancangan realiti la ni..semua mende nk kritik..sampai blog pon nak kritik..heheheheheheh!!~



    ^__^v

    BalasPadam
  8. smakin ramai yg ada PHD skrg ni pok beng ;)
    nampak salah org je..salah sendiri x nampak pulak..

    mungkin mereka lupa..1 jari menunjuk ke org..4 jari lagi ke diri sendiri..
    renungkan..

    BalasPadam
  9. hehe..nape sifu ben marah sgt nie..hehe..rasa gegaran sampai ke Blog saya..haha..gurau jek..

    sy x layak jadik pengkritik ;)

    BalasPadam
  10. sapa la yang suka sangat mengkritik tu ya.:)

    BalasPadam
  11. Be humble, that's the best we could do.

    BalasPadam
  12. setuju..kalo nk bg kritikan pon biarla yg mmbina bukan mnjatuhkan..ape motif pon xtau nk kritik beria2 bagai..kdg2 xpham dgn mnusia yg xbole tgk org len sng..tp xpe jgk..kalo die asyk kritikje mksdnye die sntiase ikut prkembangan orgtu..hehe.

    BalasPadam
  13. btol !!!! mulut xde insurans... ingat Allah tak bayar agak nye... tak ingat mati agak nye

    BalasPadam
  14. kenapalah orang macam nak bagi kritikan yang memburukkan orang lain je...cubalah belajar bagi kritikan membina sikit!

    kan itu lebih baik... bermanfaat pada orang yang dikritik dan juga pengkritik tu sendiri

    BalasPadam
  15. sabar ye bro ben..
    sepatutnye pengkritik berkenaan seeloknye ditujukan as general utk semua org..
    that way not nice la..T_T

    dah2.. jgn biarkan perasaan mengawal hati... baik gi amik wuduk pehtu tidur..

    chill!;)

    BalasPadam
  16. org skg dah ada dlm mindset diorang yg perkataan kritik tu wajib kena sesuatu yg negatif

    BalasPadam
  17. tidak perlu menjadi pengkritik yg hebat utk mengkritik. cukup sekadar beri kritikan yg membina dan yg penting ikhlas. tak gituuu.....

    BalasPadam
  18. setuju sangat , huhu ,

    manusia ada perasaan , tak perlu kritik orang lain kalau diri tu tak cermin dulu ,

    haiyeh , sabo jelah ~

    BalasPadam
  19. tk salah mengkritik..tapi kene la bertempat...betul la tue kata abg ben..nk kritik pun kene tgk sensitifiti orang ramai gak..

    BalasPadam
  20. durian sedap wohh

    BalasPadam
  21. yayaa ! kritik biarlah yang membina . bukan memusnah .

    BalasPadam
  22. inilah trend blogger sekarang.. kritik kaw2 supaya nnt org sebut2 dia dlm entri.. senang lah dia popular.. tak de langsung inisiatif cara lain..haiya.. xreti beljar pahit manis berblog

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum ben.Ramai yang tersilap bile berblogging ni. Semua bajet nak jadi pengkritik proffesional. Tapi tak tahu cara mengkritik yang sebenar.

    Kalau nak mengkritik tu tak boleh nak berat sebelah,kena beri pendapat dalam pelbagai segi. Blogger yang bagus bukan memberi kata putus, tetapi membiarkan pembaca menilai sendiri baik atau buruk.

    BalasPadam
  24. kan abg ben . tak paham la .

    semasing sume nak judge orang kemain hebatt . diri sendiri terbengkalai .

    ish ish.... pandang lah cermin , lihat lah diri sendiri , bukan lihat ape yang kita miliki hari ini .
    semua ni duniawi sahaja :)

    sama tak macam entry fai ni :)

    http://faikee2011.blogspot.com/2011/04/sukakan-nya-gandakan-nya.html

    BalasPadam
  25. hai... en ben.. ape khabar? lama dah follow en ben ni, cuma ni first time turunkan komen. Setuju dengan fikir-fikir en ben. saye orang baru, dan ade jugak buat segmen-segmen, buat blog list dan ajak joint blogger-blogger untuk joint group yang saye tubuhkan di Facebook. Pun sekadar berniat suka-suka. Kalau ade sambutan pun alhamdulillah. Tapi entah kenapa, tiba-tiba ade seorang blogger ni, menulis satu entry yang seolah-olah mengkritik dan mempersendakan apa yg saya lakukan. katanya "kalau setakat blog yang tak pupular dan tak ramai yang berkunjung, usah mimpi la nak buat bloglist bebagai..." Agak kasarkan bunyinya... memang membunuh semangat saya pada mulanya... tapi, disebabkan minat, saya carry on je. tak peduli la ape die nak kate... anyway, salam perkenalan en ben.. ade masa, jenguk la blog saya tu... http://timelineskasih.blogspot.com/

    BalasPadam
  26. manusia, mmg selalu je nmpk kesalahan org.. sengaja diperbesarkn kesalahan tu sbb jeles @ nk jatuhkn org tu..

    kdg2 tertanya2.. xnmpk ke kesalahan xsndiri?? kslhn org yg dia syg pon dia tutup mata je.. kslhn org lain plak yg dia nmpk.. aigooo~ =.="

    BalasPadam
  27. durian..hehe... selalunya pengkritik kasi jatuh orang nie adalah anonymous.

    BalasPadam
  28. dia suka melihat semua orang mati sedangkan nanti siapa yang dia nak jadikan teman bila semua org jatuh dan mati kerana dia. tiada siapa nak mendengar keluhannya bila sedih dan berkongsi kisah gembira.

    BalasPadam
  29. sebab di mata nya melihat adab yg buruk sedangkan adab yang baik buat2 xnmapak... yg buruk tu lah snng nak cr kelemahan sdgkan yg baik takmo tengok .. :)

    BalasPadam