Sangat penat ..

by - Ahad, April 03, 2011

 

Baru selesai shooting gathering kembar .. Terima kasih kerana sudi jemput .. Sempat jamah kuih je.. keadaan yang panas serta badan berpeluh amat merimaskan .. Rasa nak terjun je kat kolam berhampiran dan jadi makanan jaws kat situ.. mesti kenyang 2 malam punya .. hehehe ..

Untuk projek minggu depan , dah ada dah .. 6hb .. 9hb... dan tak tau haribulan pon ada .. Tu pon Fil cakap tadi .. Macam ni , gamaknya kena berenti kerja ni.. Kena fokus 100% kat 1tube n blog.. Wow.. lagi best .. aku leh berblog di mana mana saja tanpa rasa bersalah.. i likeee ..

Aku suka berblog.. aku suka menulis walaupun ramai benci tulisan aku .. Tulisan aku mmg cakar ayam .. Hanya doktor je boleh baca sebab aku pon doktor gak.. doktor tidur ! heeehhe.. Guwau jer ..

Tapi serius .. aku mmg suka sangat dengan apa yang aku buat sekarang ini .. Aku rasa macam benar benar menepati citarasa kehidupan aku .. Bukan la nak jadi artis atau krew pengambaraan tapi merekodkan kehidupan tu yang aku gemar ..

Ikutkan aku nak je jadi cam si mamat croc hunter tu ( mati dah dia ) tapi aku segan sikit ngan binatang liar ni .. Tengok ikan besar pon aku dah malu .. apatah lagi nak tengok ular .. hehehe .. jadi aku tengok je la manusia ni haa.. senang skit ..

Berbaloikah dengan apa yang aku buat ni ? InsyaAllah , berbaloi ... sama sama berdoa eh.. doakan aku supaya murah rezeki yer .. TQQQ..

You May Also Like

12 comments

  1. Kalau itu yang terbaik untuk Ben, pasti ada jalannya yang memandu ke arah itu, rasanya Ben sudah pun berada di landasan yang betul sekarang ni.

    BalasPadam
  2. insyaallah,niat kalau baik tu,murah la rezekinya Bro Ben..

    BalasPadam
  3. ramia suka la bukan ramai benci..
    'persetankan' mereka

    BalasPadam
  4. <--- berminat nak try bende pelik2..travel ke part dunia lain...

    BalasPadam
  5. insyaAllah berbaloi baloi.... hehehe

    BalasPadam
  6. Yes! saya doakan semoga Abg Ben dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan tugasan harian dan juga terus maju dalam dunia blog... Selagi Niat kita baik... Allah sentiasa melindungi dan melimpahkan rezeki kepada kita... Sesungguhnya Allah tidak zalim dengan hambanya.

    BalasPadam
  7. segan dengan binatang liar!!!hahahahaha...

    BalasPadam
  8. Well...dapat tempias lagi dari blog Bro ni. Tak terkata hanya TERIMA KASIH..nnti buat segmen lagi

    http://nisa-pasirgudang.blogspot.com/2011/04/well.html

    BalasPadam
  9. http://shqpewsqiq.blogspot.com/2011/04/blog-ni-aku-rasa-patut-popular-laa.html

    BalasPadam