Tolong jangan goda aku !

 

Hurm.. ramai anak dara kata lelaki dah berkawin ni , best .. matang ..berkarier ( yolah tu ) dan pandai mengambil hati ( berlakon je lebih ) ... Aku tak nafikan semua tu tapi tang berkarier ni , hanya perempuan yang materialistik je gemar ... Tang lain tu , perempuan yang kurang kasih sayang... kurang perhatian suka lelaki yang pandai amik hati dan gemar manjakan mereka .. Ini hanya ada pada lelaki dah berkahwin saja !! Kenapa ? Pengalaman mereka dalam bercinta , bertunang dan berkahwin digunakan sepenuhnya .. Tolonglah .. lelaki jenis ni mmg pandai bermain kata kata je.. Berlakon ! Tabur janji.. konon nak kawin .. Dan mmg ada yang kawin tapi diceraikan isterinya terdahulu .. Cuba fikirkan.. sapa yang musnahkan perempuan sebenarnya ? Perempuan jugak kan ? Sapa yang kejam sebenarnya ? Fikirkan sendiri ..

Isteri orang lak .. Hurm.. yang ni , yang sering menjadi sasaran adalah jenis yang terbiar sepi .. Adoii.. Kenapa jadi gini ? Si suami bz .. samada bz ngan kerja .. atau bz ngan perempuan lain ! Arghh.. Maka syaitan mainkan peranannya paling penting untuk merosakkan rumahtangga yang sedia ada .. Isteri yang kesepian amat mudah digoda oleh lelaki lelaki yang dirasuk syaitan ini ..

Nak tanya satu .. Dapat apa ??? Seronok ? Puaskan nafsu ? Cuba tanya hati tu .. Damai tak ? Aman tak ? Tak kan ? Rasa seperti ada ribut taufan je dalam hati tu.. rasa bersalah.. rasa berdosa tapi tak nak hindari .. tak nak lawan . .malah menyerah kalah dan menyalahkan keadaan .. Adoi...

Wahai  manusia termasuk aku ini .. sama sama kita berfikir .. hidup kita ini sementara saja .. entah kejap lagi mati pon kita tak tau kan ? Apa yang kita dapat sebenarnya ??? Keseronokkan 5 minit dan merana seumur hidup ?? 

Fikirkan .. dan bertaubatlah ... selagi nyawa belum sampai di kerongkong ... masa tu , tak berguna lagi dah ..

28 ulasan:

  1. usah diikutkah kata hati dan nafsu.lama-lama sendiri yang merana tak kesudahan.

    BalasPadam
  2. erk!!!

    nasib baik belum kawin lagi....selamat

    BalasPadam
  3. nape ni abg ben..
    entri 2 3 ni emo je..
    sabar yer abg ben..
    pedulikan apa orang buat.
    nyah mereka dari hidup kita..
    errr.. lalala~

    BalasPadam
  4. nape ni abg ben..
    entri 2 3 ni emo je..
    sabar yer abg ben..
    pedulikan apa orang buat.
    nyah mereka dari hidup kita..
    errr.. lalala~

    BalasPadam
  5. lagi bagus gunakan 5 minit tu buat entri, ade gak usaaha naikkan traffik hehee

    http://biru-malam.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. jangan goda aku....!!

    eehh...ter-emo pulak nie..
    huurrmmm.....

    BalasPadam
  7. pokok pangkal tanya hati...mana mau baik buruk...jgn hidup berlandaskan nafsu...kalau diturutkan meranalah badan...tepuk dada tanyalah selera ya :)

    BalasPadam
  8. abg ben kene godaaa kee?haha..rilex2;p

    BalasPadam
  9. nasihat yg bgos bro ben...^__^v

    BalasPadam
  10. jihad paling susah ialah menentang nafsu sendiri ,sabar ,moga2 dipermudahkan semua ;)

    BalasPadam
  11. ehemm ehemmm saye single laie boleh ler ejas2 kot sesape yg sudi :)

    BalasPadam
  12. Dalam bab kesetiaan ni setiap pasangan kena chek semula "matlamat pernikahan",samaada matlamat pernikahan adalah baitul muslim wa baitul dakwah atau sekadar bernikah untuk puaskan nafsu.

    Tersalah Pilih Sahabat Boleh Bawa Kehancuran
    Peranan Bapa

    BalasPadam
  13. huh. memandai je diorg buat statement cam tuh..

    diorg x tau penangan orang berkahwin ni lagi hebat cabaran die.. lua mmg nampak tiut setiut air di kali, dalam sape yang tau..

    hahahhhahahah...

    BalasPadam
  14. Tazkirah abg ben! ye....renungan masa hadapan..
    :))

    BalasPadam
  15. fuh fuhhh..
    tarik nafas..
    fuh fuhh fuhhh :)

    betol la :)
    sekarang nie yang penting dua-due belah pihak kena mainkan peranan kan :)

    BalasPadam
  16. Setuju ngn abg Ben..
    so,,kepada semua org termasuklah saye,jganlah tergoda sekiranya digoda.. :)
    kene tetap pada yang satu..

    BalasPadam
  17. selalu kene goda ngan kek coklat time tgh diet..kihkihkih

    sabar k..itu semua biasa, asam garam kehidupan..

    BalasPadam
  18. haha skrg ni spe sebenarnya yg salah?

    BalasPadam
  19. yehaaaaaaaaa .. nasib baik lum nak kahwin . aman seket dunia

    BalasPadam
  20. hrmm...
    pasal rumah tangga, entahlah.. OE tak boleh nak cakap apa sebab OE belum kahwin lagi...
    yang pasal nak suami orang tu, itu OE insyaAllah tak buatlah...
    sebab OE pegang satu prinsip... once kita buat kat orang, kita akan dapat benda yang sama nanti...
    OE tak nak....

    BalasPadam
  21. Haha. Betul-betul. Nasihat yang btol nie. Terutamanya zaman sekarang nie.

    BalasPadam
  22. fuhhh...tetibe rse nk komen...coz mmg benar la sume tu kan...zaman skrg ni org sume ambil mudah..sebok nak musnahkah org lain...suke entry ni bang beng...

    BalasPadam
  23. memang ada sesetengah pompuan yg suka bina kebahagiaan atas penderitaan pompuan lain. pompuan mcm tu mmg shit gilerr.. hmm... alasannya lelaki yg dah berkahwin ni matured.. btanggungjawab..caring... huh! pikiran sempit sbb pompuan mcm ni SELFISH!!.. it all happen to my family. and i feel sad for my mum..

    BalasPadam
  24. Wanita spatutnya lbh memahami hati seorang wanita..

    BalasPadam
  25. Sapa la yang terkena ni ye...huhu

    BalasPadam
  26. sapa yg kejam?

    lelakilah.:D:D

    pompuan mmg sifatnya rapuh.beremosi.mengada2.blablabla.

    tp lelaki tu kan sifatnya lebih praktikal.lebih matang.
    in d 1st place jgnlah layan ye dok?

    haha.sekadar pndgn cuma.:)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.