Rabu, 11 Mei 2011

Bukan aku taknak dengar cakap ..

 

"Memula aku buat blog,aku guna bahasa utara.. Mereka kata guna la bahasa standard.. Aku guna.. Mereka kata template aku sakitkan mata ... aku tukar .. Kemudian mereka komen entri panjang .. aku pendekkan ... mereka kata aku tak nak prmote blogger baru ke , aku promote.. Aku tak dengar pendapat orang ke ? Aku cuma dengar pendapat mereka yang bijak bagi pendapat ! "

 

Hurm... kadang kadang aku faham , kenapa mereka yang dah lama tu kurang berminat nak up blogger blogger baru.. Ada yang besar kepala bila dah 'berjaya' .. Bila dah ada pembaca sendiri , maka dia 'layak' dah nak bantai blogger lain ..

Ramai blogger tau , blog aku ni gemar buat segmen .. Segmen ni bertujuan mencungkil blogger blogger yang rajin update blog , kreatif serta sedia bekerjasama dengan blogger blogger lain ..

Alhamdulillah , ramai blogger yang dah naik dan bina komuniti sendiri .. Maka mereka pon 'keluar' dari kepompong yang selama ni tempat mereka bermain...

Tapi yang menyedihkan , ada yang campak 'bom' kat tempat dia bermain dulu .. Kononnya sudah sudah la dok buat segmen.. Boring dia nak baca .. SAPA SURUH BACA ? Tak suka , sudah .. ada lebih 1 juta blog untuk dibaca .. yang kalut dengan blog aku ni nape ?

Menegur aku sbb aku buat segmen yang mana dia sendiri dulu dok bermain ? Atau dok kata aku ni memanjang dok bercerita pasal blog blog blog je ?

Apakah dia tak sedar , blog aku ni blog untuk blog .. Kalau nak cerita tentang diri sendiri , aku dah buat blog khas..mmg ada je pembaca situ..

Aku tak boleh cerita details dah sekarang mengenai kehidupan aku .. Risau akan keselamatan mereka yang disekeliling aku .. Yelah , sapa leh jangka bala kan ? Tengok mereka yang dok simbah asid tu .. Punca ,bila ,kenapa mereka buat pon tak tau..

Malang tak berbau.. Menegur tu boleh , bukak bijik mata tu dulu ... Jangan menegur sbb nampak depan mata .. cuba belajar menilai sesuatu keadaan sebelum nak membelasah menegur ..

" Kau ni tak reti nak bersolat ke ?? " .. " Kau nampak ke aku solat ke tak ? " ..

23 komen :

Fendy berkata... [Reply to comment]

mcm 2 la manusia...ish3

AIN MUSTAZA berkata... [Reply to comment]

kdg2 teguran tu terlampau sinis sgt kan tnpa reti jaga perasaan org lain

THE LEKAT LEKIT STORY berkata... [Reply to comment]

sy juga mencari tapak dr segmen BA dan sekarang bila rasa mampu berdiri sendiri sy kurangkan bkn nak pulaukan atau nak BOM tempat yang membuka peluang kita memperkenalkan blog tp tiba masa kita perlu mencari kekuatan sendiri. Sampai bila kita nak bergantung dgn org lain. So, pada mereka yang masih memerlukan memang sy rasa segmen2 BA tapak yg sesuai tp jgn hanya bergantung pd segmen. cuba cari kekuatan sendiri & berdikari.

Anak Ulu Cheka berkata... [Reply to comment]

jgn kita jadi kacang lupakan kulit

kalau dah berjaya sikit tu ingat2 la

dimana tempat kita mula bertatih dan bersandar dulu

kita semua saling memerlukan

cik Ida berkata... [Reply to comment]

abaikan je abang ben.. wat pening pale..

~cik emmie~ berkata... [Reply to comment]

erk! ape kes nih? dah lama tak jenguk sini...citer tak best cam ni plak yang kuar..adoi...hmm..what goes around comes around.. bior jer dia tuh terjun ngan labu-labu nyer...

noorcahaya berkata... [Reply to comment]

sy terikut emo lah ben... tak pe sabar... ben, baca ayatul kursi 7 kali sedekah kat 'org itu'

nurul nadia nasir berkata... [Reply to comment]

ade yg tak puas hati dgn abg ben ke?sabar je lah :p

Yusri berkata... [Reply to comment]

lupa daratan la tu...

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata... [Reply to comment]

teruskan ...jgn fikir benda remeh ben,manusia mmg ada bermacam perangai.

tentang kisah hidup..mmg betul.bahaya org tau kehidupan kita.terlalu detail cerita pun bahaya.musuh ada di mana2

Abhamz berkata... [Reply to comment]

salam, biasalah adat dunia, bila dah senang mulalah lupa orang yang pernah berjasa kepadanya dulu.

Dr Love berkata... [Reply to comment]

mata org akan sakit bila kita hidup sentiasa di tahap selesa.abg ben saja je tu..ayat je nampak marah,tp baik hati.abaikn saja org2 mcm ni.melambak lg yg nk baca,nk tumpang bteduh kt blog BA ni

Munna berkata... [Reply to comment]

erm sedih pulak baca luahan hati bro Ben ni..sabar je lah,kita mmg x mampu nak puaskan hati semua orang.cuma pd yang suka campak2 bom tu kena beringat juga,1 hari nnti kena kat batang idung sendiri, baru nak sdr. InsyaAllah Munnafendy still diakar dan langit yang sama....^^

Bella Bell berkata... [Reply to comment]

bro ben..followers saya meningkat pon sebab bro ben jugak..saya sedih bila ada yang pertikaikan segmen2 bro ben..lain orang lain caranya..kan bro ben?

xpe2..biarkan dorang tu bro ben..yg penting ada lebih 1 juta orang lagi yang sokong bro ben.. ^__^v

Sharif Dez berkata... [Reply to comment]

Macam tu lah manusia, mudah lupa. Ibarat kacang tertanggal kulit, langsung dilupakan. Saya tetap sokong Abg Ben. 'Macam nak kipas je'. Hehe.

b.l.o.g s.h.a.r.i.f.d.e.z.

bersama kak Es berkata... [Reply to comment]

tingginya PhD orang tu... :(

Gayahspears berkata... [Reply to comment]

ni lah kehidupan... macam2 ragam manusia di dunia...

Khairil berkata... [Reply to comment]

Bro..pedulikkan depa2 tu...biaq pi kat depa...

zuwaidah berkata... [Reply to comment]

dah adat tu Ben..manusia memang tak pernah puas hati

b a m b a m ' s berkata... [Reply to comment]

sy pon byk kenal bloggers dgn segmen abg ben..tp skang dah lama x join segmen abg ben.. sbb komitmen lain..

bukan nak keluar dr kepompong.. =|

mas saari berkata... [Reply to comment]

bila kita dah berjaya memang kita boleh berdiri atas kaki sendiri...

tapi kita perlu ingat siapakah yang menjadi tulang belakang kejayaan kita itu...janganlah jadi kacang lupakan kulit!

Mas sentiasa sokong blog Ben Ashaari..

Erra Kyra berkata... [Reply to comment]

Dah lma xdatang sini..rindu pulak..

Blog sy pom da bersawang

S
A
B
A
R

Ye abg ben..doakn terbaik tuk si dia..^^

@ku d! sin!e berkata... [Reply to comment]

sabar ye..
mulut manusia tak sapa yang leh tutup..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI