Bukan aku taknak dengar cakap ..

by - Rabu, Mei 11, 2011

 

"Memula aku buat blog,aku guna bahasa utara.. Mereka kata guna la bahasa standard.. Aku guna.. Mereka kata template aku sakitkan mata ... aku tukar .. Kemudian mereka komen entri panjang .. aku pendekkan ... mereka kata aku tak nak prmote blogger baru ke , aku promote.. Aku tak dengar pendapat orang ke ? Aku cuma dengar pendapat mereka yang bijak bagi pendapat ! "

 

Hurm... kadang kadang aku faham , kenapa mereka yang dah lama tu kurang berminat nak up blogger blogger baru.. Ada yang besar kepala bila dah 'berjaya' .. Bila dah ada pembaca sendiri , maka dia 'layak' dah nak bantai blogger lain ..

Ramai blogger tau , blog aku ni gemar buat segmen .. Segmen ni bertujuan mencungkil blogger blogger yang rajin update blog , kreatif serta sedia bekerjasama dengan blogger blogger lain ..

Alhamdulillah , ramai blogger yang dah naik dan bina komuniti sendiri .. Maka mereka pon 'keluar' dari kepompong yang selama ni tempat mereka bermain...

Tapi yang menyedihkan , ada yang campak 'bom' kat tempat dia bermain dulu .. Kononnya sudah sudah la dok buat segmen.. Boring dia nak baca .. SAPA SURUH BACA ? Tak suka , sudah .. ada lebih 1 juta blog untuk dibaca .. yang kalut dengan blog aku ni nape ?

Menegur aku sbb aku buat segmen yang mana dia sendiri dulu dok bermain ? Atau dok kata aku ni memanjang dok bercerita pasal blog blog blog je ?

Apakah dia tak sedar , blog aku ni blog untuk blog .. Kalau nak cerita tentang diri sendiri , aku dah buat blog khas..mmg ada je pembaca situ..

Aku tak boleh cerita details dah sekarang mengenai kehidupan aku .. Risau akan keselamatan mereka yang disekeliling aku .. Yelah , sapa leh jangka bala kan ? Tengok mereka yang dok simbah asid tu .. Punca ,bila ,kenapa mereka buat pon tak tau..

Malang tak berbau.. Menegur tu boleh , bukak bijik mata tu dulu ... Jangan menegur sbb nampak depan mata .. cuba belajar menilai sesuatu keadaan sebelum nak membelasah menegur ..

" Kau ni tak reti nak bersolat ke ?? " .. " Kau nampak ke aku solat ke tak ? " ..

You May Also Like

23 comments

  1. kdg2 teguran tu terlampau sinis sgt kan tnpa reti jaga perasaan org lain

    BalasPadam
  2. sy juga mencari tapak dr segmen BA dan sekarang bila rasa mampu berdiri sendiri sy kurangkan bkn nak pulaukan atau nak BOM tempat yang membuka peluang kita memperkenalkan blog tp tiba masa kita perlu mencari kekuatan sendiri. Sampai bila kita nak bergantung dgn org lain. So, pada mereka yang masih memerlukan memang sy rasa segmen2 BA tapak yg sesuai tp jgn hanya bergantung pd segmen. cuba cari kekuatan sendiri & berdikari.

    BalasPadam
  3. jgn kita jadi kacang lupakan kulit

    kalau dah berjaya sikit tu ingat2 la

    dimana tempat kita mula bertatih dan bersandar dulu

    kita semua saling memerlukan

    BalasPadam
  4. abaikan je abang ben.. wat pening pale..

    BalasPadam
  5. erk! ape kes nih? dah lama tak jenguk sini...citer tak best cam ni plak yang kuar..adoi...hmm..what goes around comes around.. bior jer dia tuh terjun ngan labu-labu nyer...

    BalasPadam
  6. sy terikut emo lah ben... tak pe sabar... ben, baca ayatul kursi 7 kali sedekah kat 'org itu'

    BalasPadam
  7. ade yg tak puas hati dgn abg ben ke?sabar je lah :p

    BalasPadam
  8. teruskan ...jgn fikir benda remeh ben,manusia mmg ada bermacam perangai.

    tentang kisah hidup..mmg betul.bahaya org tau kehidupan kita.terlalu detail cerita pun bahaya.musuh ada di mana2

    BalasPadam
  9. salam, biasalah adat dunia, bila dah senang mulalah lupa orang yang pernah berjasa kepadanya dulu.

    BalasPadam
  10. mata org akan sakit bila kita hidup sentiasa di tahap selesa.abg ben saja je tu..ayat je nampak marah,tp baik hati.abaikn saja org2 mcm ni.melambak lg yg nk baca,nk tumpang bteduh kt blog BA ni

    BalasPadam
  11. erm sedih pulak baca luahan hati bro Ben ni..sabar je lah,kita mmg x mampu nak puaskan hati semua orang.cuma pd yang suka campak2 bom tu kena beringat juga,1 hari nnti kena kat batang idung sendiri, baru nak sdr. InsyaAllah Munnafendy still diakar dan langit yang sama....^^

    BalasPadam
  12. bro ben..followers saya meningkat pon sebab bro ben jugak..saya sedih bila ada yang pertikaikan segmen2 bro ben..lain orang lain caranya..kan bro ben?

    xpe2..biarkan dorang tu bro ben..yg penting ada lebih 1 juta orang lagi yang sokong bro ben.. ^__^v

    BalasPadam
  13. Macam tu lah manusia, mudah lupa. Ibarat kacang tertanggal kulit, langsung dilupakan. Saya tetap sokong Abg Ben. 'Macam nak kipas je'. Hehe.

    b.l.o.g s.h.a.r.i.f.d.e.z.

    BalasPadam
  14. ni lah kehidupan... macam2 ragam manusia di dunia...

    BalasPadam
  15. Bro..pedulikkan depa2 tu...biaq pi kat depa...

    BalasPadam
  16. dah adat tu Ben..manusia memang tak pernah puas hati

    BalasPadam
  17. sy pon byk kenal bloggers dgn segmen abg ben..tp skang dah lama x join segmen abg ben.. sbb komitmen lain..

    bukan nak keluar dr kepompong.. =|

    BalasPadam
  18. bila kita dah berjaya memang kita boleh berdiri atas kaki sendiri...

    tapi kita perlu ingat siapakah yang menjadi tulang belakang kejayaan kita itu...janganlah jadi kacang lupakan kulit!

    Mas sentiasa sokong blog Ben Ashaari..

    BalasPadam
  19. Dah lma xdatang sini..rindu pulak..

    Blog sy pom da bersawang

    S
    A
    B
    A
    R

    Ye abg ben..doakn terbaik tuk si dia..^^

    BalasPadam
  20. sabar ye..
    mulut manusia tak sapa yang leh tutup..

    BalasPadam