Jom beli buku ..

by - Khamis, Mei 19, 2011

 

Ruang iklan dibuka... berminat ? Sila email di BENASHAARI@YAHOO.COM

Soal Jawab Remeh-temeh tentang MUAMALAT Tapi Anda Malu Bertanya

Harga setiap unit (piece): RM19.90

Penulis : Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Kod Katalog : TBBK 1053

Kos ISBN : 978-983-3494-70-5

HARGA : RM 19.90, CP : 6


AL-QURAN MENJADI PANDUAN HIDUP MANUSIA.

Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w. pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal.Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dan dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu. Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasululah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.

Indahnya Saat Bersama-Mu

Harga setiap unit (piece): RM19.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis         : Zahazan Mohamed

Kod Katalog  : TBBK 1057

Kod ISBN     :  978-983-3494-85-9

HARGA        :  RM19.90, CP : 6


Klik Sini untuk ke Buku Digital 

Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah s.w.t. dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang lantas berkata, “Kalau macam tu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!”


101 Kisah & Pengajaran daripada al-Quran,al-hadis...

Harga setiap unit (piece): RM29.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Zahazan Mohamed

Kod Katalog : TBBK 1062

Kos ISBN : 978-983-3494-99-4

HARGA : RM 29.90, CP : 10


HAYATUS SAHABAH ini mempersembahkan cerita daripada sirah yang disampaikan dalam bentuk mudah dan menarik. Setiap cerita dimulakan dengan gambar lukisan yang berkaitan sirah tersebut supaya pembaca dapat menggambarkan peristiwa itu dengan lebih dekat dan jelas lagi. Paling penting dicatatkan sumber cerita tersebut. Bagi petikan daripada ayat al-Quran, disertakan surah dan nombor ayatnya. Bagi petikan hadis, disertakan perawinya. Begitu juga bagi kisah para sahabat, disertakan sumber ceritanya. Ini menjadikan ia suatu cerita yang lebih berautentik.


Solat Sunat Pilihan

Harga setiap unit (piece): RM19.90

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis        :  Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kod Katalog :  TBBK 1063

Kos ISBN     :  983-3494-86-6

HARGA        :  RM 19.90, CP : 6


Klik Sini untuk ke Buku Digital  

Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat.


Soal Jawab Remeh-temeh Salah Faham Tentang Islam

Harga setiap unit (piece): RM19.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Kod Katalog : TBBK 1068

Kos ISBN : 978-983-3494-94-1

HARGA : RM 19.90, CP : 6


Klik Sini untuk ke Buku Digital

Hukum-hakam Islam termaktub dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab tulisan para ulama tersohor. Tetapi berapa ramai antara kita yang mampu menguasai bahasa Arab untuk memahamai al-Quran dan hadis. Berapa ramai antara kita yang membeli dan membaca kitab ulama untuk mendapat sumber hukum.

Zaman berubah dan penumpuan manusia sekarang lebih kepada ilmu duniawi dan kontemporari. Akibatnya umat Islam sendiri terpinggir daripada pengetahuan agama Islam untuk diamalkan. Berlakulah salah faham dan akhirnya membenci agama itu sendiri apabila persoalan mereka tidak berjawab.


Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya

Harga setiap unit (piece): RM19.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis        :  Rohidzir Rais

Kod Katalog :  TBBK 1069

Kos ISBN     :  978-983-3494-97-2

Semenanjung Malaysia        :  RM19.90, CP : 6


Klik Sini untuk ke Buku Digital 

Ibadah solat datang terus daripada Allah S.W.T. Ia menjadi modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap. Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang solat!


Solat Sunat..Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini

Harga setiap unit (piece): RM29.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Kod Katalog : TBBK 1060

Kos ISBN : 978-983-3494-87-3

HARGA Semenanjung M`sia : RM 29.90, CP : 10


Islam ialah agama kesejahteraan, agama samawi yang syumul dengan konsep peribadatan yang menyeluruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang banyak menyelesaikan masalah umat. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. Jika digali dan dikaji maka akan terserlah kebaikan yang tersirat.

Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah anda juga mungkin disorot dalam buku ini.


Sistem Politik Islam

Harga setiap unit (piece): RM29.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Dr. Khalid Bin Ali Bin Muhammad Al-Anbariy

Kod Katalog : TBBK 1071

Kos ISBN : 978-983-3494-04-2

HARGA : RM 29.90, CP : 10


Klik Sini untuk ke Buku Digital

Buku SISTEM POLITIK ISLAM ini menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah negara Islam. Ini bermula dengan sejarah penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah S.A.W. diikuti dengan ciri-ciri, tujuan dan kaedah politik Islam itu sendiri. Politik Islam bermaksud memerintah dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dan sunah Nabi S.A.W. Kalau begitu apakah hukum memerintah sesebuah negara dengan hukum selain daripada hukum Allah?

Apa yang anda inginkan dari sebuah online book store,buku motivasi,pendidikan,novel atau berunsur keagamaan atau nasihat.Semua yang anda inginkan ada disini,jadi jom layari url ini http://orderbookonline.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat tempahan.

You May Also Like

2 comments