Jom shopping ...

by - Rabu, Mei 18, 2011

Hebatnya Al-Quran : Jika Kamu Berfikir

Harga setiap unit (piece): RM18.00


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Mohd Shamil Mohd Yusof

Kod Buku : MRBK1012

Kod ISBN : 978-967-5426-08-7

Harga : RM18.00, CP : 6


Al Quran merupakan sumber utama bagi dimensi keilmuan dan sains adalah dimensi yang mengukuhkan dalam membuktikan apa yang dicatatkan di dalam kitab suci ini. Tidaklah terdapat sedikit pun pencanggahan serta kecelaruan di dalam al-Quran kerana ianya adalah kata-kata Allah SWT dan bukannya hasil tulisan manusia biasa. Al-Quran adalah penawar kepada penyakit manusia yang buta kerana ianya bukanlah bermaksud mereka tidak mampu melihat dengan mata dan tidak mampu mendengar dengan telinga, tetapi mereka buta dan tuli dengan hati mereka. Penyakit buta inilah yang perlu di sembuhkan dengan petanda-petanda yang sudah diterangkan dalam Al-Quran.

Sains dipisahkan dengan roh, iaitu nilai spiritual yang tinggi. Bak kata pepatah 'Science is sign'. Sains adalah petanda! petanda apakah yang cuba dibawakan oelh sains kepada manusia hari ini? Bukankah sains itu sendiri tunduk kepada Sang Penciptanya? Bagaimana dengan kita?

Harapan penulis kepada para pembaca, selepas membaca isi kandung buku ini, maka teruskanlah usaha mencari dan mengenali Maha Pencipta (AL-Khalik) dengan lebih baik. Penulis hanya berkongsi pengalaman, melontarkan pandangan dan idea supaya pembaca dapat menyambutnya dan meneruskan penerokaan ilmu. Hanya kepada Allah SWT penulis berharap agar penulisan ini dapat memberi manfaat serta hidayah kepada penulis dan juga pembaca, InsyaAllah.


Bila Zina Menjadi Budaya

Harga setiap unit (piece): RM19.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : MOHD SYAMIL & ADRIANA BALQIS

Kod Buku : MRBK1013

Kod ISBN : 978-967-5426-18-6

Harga : RM 19.90 , CP : 6


Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adlah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.


Inspirasi Menuju Jalan Sempurna

Harga setiap unit (piece): RM29.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : ZAINUDIN HASHIM

Kod Buku : MRBK1014

Kod ISBN : 978-983-43575-0-4

Harga : RM 29.90, CP : 10


Mengajak para pendidik khususnya ibu bapa untuk merujuk kepada ayat-ayat al-Quran, sekali gus menghayati, menghafal serta melaksanakan apa yang difahami. Ia sarat dengan petunjuk-petunjuk yang relevan sepanjang zaman dan amat sesuai untuk ibu bapa, pendidik, pendakwah dan aktivis masyarakat yang berjiwa Islam dan mempunyai visi untuk melahirkan INSPIRASI MENUJU JALAN SEMPURNA – Menghimpun dan mengupas petunjuk-petunjuk al-Quran dalam menuju kesempurnaan hidup di dunia yang sementara. Satu pedoman yang amat berharga dalam memperkasa diri dengan nilai hidup yang mulia di sisi Allah SWT. Kupasannya begitu menarik, kerana ia secara langsung mengajak para pendidik khususnya ibu bapa untuk merujuk kepada ayat-ayat al-Quran, sekali gus menghayati, menghafal serta melaksanakan apa yang difahami. Ia sarat dengan petunjuk-petunjuk yang relevan sepanjang zaman dan amat sesuai untuk ibu bapa, pendidik, pendakwah dan aktivis masyarakat yang berjiwa Islam dan mempunyai visi untuk melahirkan tunas-tunas Islam yang sebati dengan al-Quran.


Ratib Kekasih Allah

Harga setiap unit (piece): RM21.00


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Ahmad Hasan Mohd Nazam

Kod Buku : PTSB1021

Kod ISBN : 978-967-366-023-0

Harga : RM21.00, CP : 7


Berzikir mendidik jiwa bagi kebahagiaan dan kesejahteraan.

Tanpa zikir kepada Allah, manusia dikuasai syaitan. Hati mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan sama ada secara sedar ataupun tidak, Allah berkata, "Syaitan menguasai dan mempengaruhi mereka menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran dan amaran Allah." (surah al-Mujadalah ayat 19). Hanya dengan berzikir kepada Allah, manusia boleh mendapat perlindungan. Manusia perlu sedar, mereka adalah hamba Allah. Jika perlukan perlindungan Allah, maka awasi diri sendiri dan ingati Allah sebanyak-banyaknya. Betapa banyak musibah dan bahaya yang menunggu setiap hari, malah setiap masa kita terus membiarkan diri terdedah dengan bahaya dan dosa. Hanya dengan mengingati Allah, Dia menyelamatkan kita daripada semua mara bahaya.

Ratib Kekasih Allah adalah himpunan wirid dan zikir yang selalu diamalkan oleh para kekasih Allah di kalangan para ulama dan wali Allah. Mengandungi terjemahan bagi menambah penghayatan, panduan dan kelebihan mengamal wirid-wirid yang dimuatkan. Turut disertakan CD audio bagi membantu pembaca mengikuti bacaan wirid pada setiap masa.

Ahmad Hasan bin Mohd Nazam dilahirkan pada tahun 1974 di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama al-Mashoor Pulau Pinang sebelum menyambung pengajian di peringkat IV Thanawi di Madrasah al-Khairiah al-Islamiah di Seberang Perai Selatan. Seeterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat B.A Syariah dan Undang-undang di Universiti al-Azhar, Mesir. Di samping itu, beliau turut mengikuti pengajian secara tidak formal (talaqqi) dengan beberapa ulama di Mesir dan Syiria. Kini beliau menjawat jawatan sebagai editor di syarikat penerbitan di Shah Alam dan bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia.


Travelog Haji + VCD

Harga setiap unit (piece): RM29.00


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim

Kod Buku : PTSB1026

Kod ISBN : 978-967-366-026-1

Harga : RM29.00, CP : 10


Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.


Jin Dan Hakikat Pengubatan

Harga setiap unit (piece): RM34.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Dato' Hj Ismail Kamus

Kod Katalog : TBBK1016

Kod ISBN : 978-983-4070-92-6

HARGA : RM 34.90, CP : 11


Klik Sini untuk ke Buku Digital

Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah "menurun". Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia?


Soal Jawab Remeh - Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya

Harga setiap unit (piece): RM16.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Us. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Kod Buku : TBBK1019

Kod ISBN : 983-3494-43-9

Harga : RM16.90, CP : 5


Ibadah solat datang terus daripada Allah s.w.t. Ia mempunyai modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap. Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang SOLAT!


Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Zakat

Harga setiap unit (piece): RM16.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Mohammad Nidzam Abd. Kadir

Kod Katalog : TBBK 1025

Kos ISBN : 983-3494-60-9

HARGA : RM16.90, CP : 5


Klik Sini untuk ke Buku Digital

Buku ini lain daripada yang lain. Ia menangani masalah remeh-temeh tentang za-kat. Soalan yang pelik-pelik juga diberi jawapan. Anta-ranya, Boleh tak guna duit zakat untuk kahwin? Peru-sahaan madu lebah kena zakat atau tidak? Boleh ke anak minta duit zakat da-ripada bapa yang kaya? Yang penting zakat mem-bersihkan harta anda. Allah s.w.t. memberi limpah kur-nia yang bertimbun-timbun supaya rezeki anda lebih murah. Cungkil rahsianya dalam buku ini!


Panduan Membaca Yasin, Tahlil & Doa

Harga setiap unit (piece): RM5.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Panduan Membaca Yasin, Tahlil & Doa

Kod Buku : TBBK1036

Kod ISBN : 978-983-3494-71-2

Harga : RM5.90, CP : 2


Turut mengandungi Himpunan :

  • Doa Yasin
  • Doa Tahlil Arwah
  • Doa Selamat
  • Doa Majlis Jamuan Ringkas
  • Doa Akhir Tahun
  • Doa Awal Tahun
  • Doa Malam Nifsu Syaaban

Formula Solat Sempurna

Harga setiap unit (piece): RM25.90


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman

Kod Katalog : TBBK 1048

Kos ISBN : 978-983-3494-98-9

HARGA : RM25.90, CP : 8


Klik Sini untuk ke Buku Digital

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.


Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Isu Semasa

Harga setiap unit (piece): RM16.90


Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood , Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Kod Katalog : TBBK 1051

Kos ISBN : 978-983-3494-75-0

HARGA : RM16.90, CP : 5


Buku ini mengupas serba sedikit berkaitan sifat marah agar kita dapat menilai dan mengenali diri kita, sejauh mana sikap dan akhlak yang kita tonjolkan selama ini serta berusaha memperbaiki diri ke arah membentuk jiwa dan peribadi yang unggul. Lengkapilah diri kita dengan ilmu dalam menangani sifat marah daripada buku ini.

Apa yang anda inginkan dari sebuah online book store,buku motivasi,pendidikan,novel atau berunsur keagamaan atau nasihat.Semua yang anda inginkan ada disini,jadi jom layari url ini http://orderbookonline.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat tempahan.

You May Also Like

6 comments

  1. Rezeki datang mencurah-curah....:)

    Sila beli yer... Bagus nie...

    BalasPadam
  2. salam abg ben..Al-Qur'an kat atas tu ada makna sekali tak?

    BalasPadam
  3. ada setengah buku telahpun berada dalam simpanan dan rujukan seharian..alhamdulillah

    BalasPadam
  4. shopping buku berilmiah...bagus ni...^^

    BalasPadam
  5. Wah bagusnya Mr. Ben ni, kengkadang kita kena kongsi info berilmiah nikan. share info share pahala...
    .
    .
    .
    .
    XOXO, Chempaka Sari

    BalasPadam