Popular la sangat blog kamu tu !

by - Ahad, Mei 15, 2011

 

Kalau ada blogger kata blog aku popular , sebenarnya aku malu .. serius aku malu .. aku tak tau la tang mana popularnya blog aku ni ..  tapi bak kata mereka , masing masing punya citarasa ..

Cuma bagi aku , blog ni walaupun isinya pasal 'rumahtangga' kita , kita perlu peka dengan sekeliling kita .. Pembaca kita ni.. mereka baca , mereka simpan ... Gamaknya apa yang kita hidangkan pada mereka ? Maggie goreng ? Nasi lemak ? Atau ayam panggang ? Yang mana berguna untuk tubuh badan pembaca tu ?

Seronok bila mereka kata blog kita popular .. tapi cuba jengok balik blog kita tu .. apa intipatinya ? Berguna ke tidak ? Kadang kadang kita fikir , bagus dah blog kita ni.. banyak ceritanya .. tapi cuba tanya pembaca sendiri .. buat soal selidik sedikit.. dengan cara tu boleh perbaiki mutu penulisan kita.. bukan dengan harapkan komen dari anonymous yang kononnya penuh keikhlasan ..

Pembaca setia yang bakal menentukan hala tuju penulisan blog kita tu .. Cuba jual penulisan kita tanpa mengaitkan sebarang isu .. Maksud aku , dengan pengalaman harian , kejadian , rutin sehari hari .. jadikan satu cerita dan kongsikan dengan pembaca .. disitu akan ada satu 'cerita' yang mana akan ada satu pengajaran kehidupan yang sesuai diambil oleh pembaca kita ..

Maka barulah blog kita berguna untuk pembaca setia kita ... Kadang kadang kita terlalu asyik mendapatkan pembaca baru tetapi terlupa dengan pembaca setia.. Cuba check balik ruang komen kita ... dimana mereka dah ? Sebelum ini mereka rajin komen.. tetapi kebelakangan ini ??

Apakah blog kita semakin hilang sentuhannya ? Semakin hilang serinya  ? Apa guna popular tapi tiada isi.. Harap kulit je cantik .. tapi isi hampeh .. Popularkan aku ?  Aku tak bangga jika mereka kata ya ..

You May Also Like

25 comments

  1. saya pembaca setia juga
    tapi kadang tak komen sebab adakalanya hati amat tersentuh hingga tak dapat nak komen

    pengisian santai tapi memberi manfaat.

    kengkadang ada jugak pengisian yg buat ggrrrrr..tapi itu tandanya dah kena batang hidung sendiri hahaha

    ape pun ...tetap menyokong. Hari ni belum undi gi.
    hehe jap ek

    BalasPadam
  2. popular ker x popular,lain kira..tujuan berblog ni hanya utk melepaskan apa yg terpendam dlm hati ni yg malu utk diungkapakn di dunia sebenar terutamanya pada manusia..kalau dulu2 tulis dlm surat n then bakar atau buang dlm sungaii...simbolik kpd hilangnya masalah kita..

    x heran pon klau income dr blog x byk,followers x byk...kalu org suka baca apa yg kita tulis pon dah cukup.

    BalasPadam
  3. lebih suka jd silent reader tp kalau perlu baru komen,popular ka tak itu belakang kira,berblogging ni untuk menyampaikan segala apa yg kita rasa nak type dekat blog curahan hati gitu tak kisah la apa sekalipun huhu kalau orang baca ja pun tak komen pun dah cukup hehe eh blog ben best apa popular apa :)sb ramai kenai :)

    BalasPadam
  4. nasihat dan teguran yang bagus untuk hari ini....
    harap dapat terus maju kehadapan...

    BalasPadam
  5. setiap orang ada niat sendiri buat blog...niat tu bergantung kepada mereka yg buat blog...senang kata siapa empunya blog, dialah yg buat...

    BalasPadam
  6. Dengan follower yang ramai, bilangan pengunjung yang juga ramai setiap hari, maka itu sudah dikira KPI kepada popular....

    Cuma kehilangan beberapa orang pengomen setia, mungkin bukan kerana mereka bosan, tetapi kurang berkesempatan..

    Harap-harap begitulah..

    BalasPadam
  7. memang gitula gamaknya..hurm..leh apply dalam kehidupan seharian..hehe

    BalasPadam
  8. abg beng kan artis paling fofularrr giteww :)

    betul abg beng..

    kita dikenali oleh reader by penulisan..n the writers itself second..

    tp dalam kes abg beng ni, blog abg bengg memangg bergunaaaa :)

    keep it up! :)

    BalasPadam
  9. bg sy plak kan, blog yg sy anggap popular ialah blog yg sy ketagih nk bace...sehari x dpt bace blog dia sy mereng..sbb sy suke entri2 dr blogger itu yg otak sy bleh terima dan terus nk bace lg. sy x tgk pada bilangan follower dia..tp sy tgk pada kepuasan hati sy bile sy dpt bace blog seseorg tu. ada follower ramai tp sy x ketagih sgt plak. eh cam dpt idea lak nk update pasal ni hua hua hua...apapun incik ben telah buat sy ketagih shiuuuuuuuuuuu~

    BalasPadam
  10. cik pulau memang sukakan pembaca setia...
    dan cik pulau memang setia membaca entri2 abg ben..
    cuma kekadang tu...
    tak terkomen.. jadi silent reader je..^^,

    BalasPadam
  11. abe BEN .. popular tu tak best pe ... huhuhuhuh kalau kite tak menegur mulai banyok yang kate sombong ke ape ke .. huuhu

    BalasPadam
  12. well, the first main of blogging is our writting and the way how we're writting. and we should know actually why we're keep blogging until now.because of what? because of our lust right. so tujuan sy ber-blogging adalah untuk menghiburkan hati sy besides doing something interesting at home either in school :)) and i wanna befriend with all bloggers.....

    p/s: love the contents of this entry!

    BalasPadam
  13. pembaca ben ashaari tak ilang..

    pembaca blog bengong gua ramai ilang..sedih..=)


    buat mcm dulu kena kutuk..hihi

    BalasPadam
  14. sy antara yang rajin membaca tapi malas nak komen...

    BalasPadam
  15. suka entri ni..tula kdg2 kita terlupa seketika mana pembaca setia & pembaca baru kat blog kita..huhu..
    so, kualiti entri kita tu yg pnting bagi mengekalkan pembaca setia utk terus membaca entri kita & pembaca baru akan menjadi pembaca setia utk entri2 yg akan dtg....

    TERPILIH TOP25 LELAKI SWEET...

    BalasPadam
  16. tahniah bro, suatu pencapai yang baik berada di ranking ke 13 dalam -->

    TOP BLOGGER MELAYU|TOP 500 ALEXA RANK

    BalasPadam
  17. betol cakap abg ben tu..kite kena soal selidik apa yg telah kita tulis..adkh memberi manfaat kepada pembace kita @pon tidak..xpopuar pon tidak apa yg pntng hasil kerja kita dapat manfaat bersama..

    BalasPadam
  18. bg dla penting nak jaga pengomen yg setia ni, lawatlah balik blog dia kan..mungkin ada yg x amalkan cara camtu tp lama2 mungkin dorang lupa kalau kita asyik tunggu komen dr mereka je..yelah, msg2 ada blog yg perlu dijaga kan..apapun kalau entry kita bagus InsyaAllah ramai yg baca..

    BalasPadam
  19. agak2 blog IR tuh berguna ke..?? hihihi

    BalasPadam
  20. boleh ke simpan dalam peti ais. elok juga lambat rosak kan?. hehehe... tunggu idea ada baru buat entry baru, kalau tak simpan dalam peti ais nanti basi plak... hehehe... malas nak komen ler

    BalasPadam
  21. mungkin sesetengah orang mengatakan bl0g yang banyak pengikut tu adalh bl0g yang p0pular...sabar yer en.ben...

    BalasPadam
  22. Pada pandangang saya blog popular merupakan blog yang diminati ramai..

    Mempunyai ramai pengikut.. Dan nak tahu blog kita popular ataupun tidak.. Pembaca yang layak menilainya..

    Kalau banyak pembaca yang mengundi blog kita dalam satu-satu pertandingan.. kira popularlah blog tu..
    Sebabnya mereka suka dengan blog kita..

    Pada pandangan saya blog Ben Ashaari, Blog hanis Zulaikha dan blog Red Mummy boleh dikategorikan sebagai blog popular di Malaysia..

    Entri Terkini Blog saya:
    Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menarik Trafik Ke Blog Anda??
    Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
    Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

    BalasPadam