Terharu di pagi hari ..

by - Rabu, Mei 04, 2011

 

Apakah saat saat paling mengembirakan apabila bergelar blogger ? Kita dijemput menghadiri majlis rasmi sesuatu program yang besar ... Satu penghormatan buat blogger sebenarnya ..

Tadi aku , dapat satu email dari seseorang .. berkenaan satu program yang akan dirasmikan pada 8hb nanti.. Aku sangat sangat berbesar hati untuk menghadirinya tetapi kebetulan pada hari tersebut aku dah punya rancangan peribadi .. Mmg dah lama aku rancang dan segala tempahan dah dibuat.. Terpaksa aku menolaknya ..hurm ..

Rakan tu minta aku warwarkan mengenai program tersebut jika aku tak dapat hadir .. Aku tak reti sangat nak mengulasnya mengenai program ni sbb aku takde details dia .. jadi aku copy paste je bahagian yang penting ... Bagi yang berminat untuk menghadirinya , amat amatlah dialukan ..

 

" Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.
Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya Ben sudi untuk turun memberi sokongan kepada program ini.


Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong


Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.

Kami amatlah mengharapkan skongan blogger2 macam bro Ben, semoga program ni dapat sambutan. harap sangat kalau bro ben tak dapat datang pun, dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca blog Ben tu ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta. "

 

Hurm.. kesal tak dapat pergi... kalau ada blogger yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/ ...

Ini je mampu aku tolong buat masa ini.. InsyaAllah jika ada kesemptan di lain hari , kami ( aku dan isteri ) akan cuba menghadirinya .. 

Terima kasih atas jemputan ..

You May Also Like

17 comments

  1. heheh ingt jadi perasmi..eeheh..

    BalasPadam
  2. wah.. besh gak program2 mcm ni kan. tapi my tade lah weekend ni...

    BalasPadam
  3. tq untuk info tu.saya pun baru tahu psl famekids ni..golongan anak istimewa tidak seharusnya dibiarkan...mereka adahak untuk berjaya dan hidup seperti org lain jugak

    BalasPadam
  4. meremang bulu roma awe bace entri ni...sebab bayangkan keadaan anak-anak mereka...teringin nak pergi

    BalasPadam
  5. mari kita mewar-warkan jemputan ini pada yang lain

    BalasPadam
  6. kewujudan mereka OKU mmg perlua mendapat tempat yg sama dengan masyarakat normal yg lain..usaha yg terbaik..semoga berjaya.

    BalasPadam
  7. x tahu pun pasal FAMEkids ni...nasib baca kat blog abg ben ni..

    BalasPadam
  8. kalo ade mase free bile2 nnti , boleh la abg ben pegi melawat n bg support.. sian plak diorang dah invite kan kan ..

    BalasPadam
  9. bestnya ada invitation utk majlis amal cmni ;)

    x penah join lagi..

    BalasPadam
  10. tu lah kan..dugaan dan anak2 ii sebenarnya sangat istimewa...
    http://suezdairy.blogspot.com/2011/05/ramai-orang-berjaya-menjana-pendapatan.html

    BalasPadam
  11. Jalan sini terbaca pulak entri ni. Betul, kita tak boleh pandang sebelah mata dengan OKU. Mereka manusia juga macam kita.

    Bayangkan hidup mereka jika orang tersayang telah tiada.

    Sedihnyer!!

    BalasPadam
  12. bagus program ni...saya kenal pn watie melalui forum...anak dia sgt istimewa sbb baru umur bbrp bln dah pandai membaca...

    BalasPadam
  13. terima kasih ben for blogging about this.

    kepada semua, jomlah datang beramai2 beri support pada FAMEkids.

    yg ada anak istimewa, jomla serta kami di FAMEkids.

    -Mommy Lyna mewakili pihak FAMEkids

    BalasPadam
  14. Saya salah seorang yang akn hadir dlm event ni. Kalau u all nak tahu 2 ibu yg menubuhkan FAME Kids ni memang bersemangat waja. Mereka tak melihat kekurangan ank mereka sebagai sesuatu yg memalukn. malah mereka tak malu mengaku ank mereka cacat. Saya kagum dengan hasrat mereka yang mahu ibu-ibu yg mempunyai anak OKU tidak memandang rendah pada kekurangan ank sendiri.

    saya jugak seperti kalian yg tidak mengenali mereka. saya hanya menjadi pembaca setia blog dieorang.

    Jom kita pergi untuk sama-sama kita support mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  15. jom sertai kami... :) bersama anak2 istimewa... :) i'll be there

    BalasPadam