Tiada istilah cepat naik maka cepatlah turunnya..

by - Ahad, Mei 22, 2011

 

Dalam dunia blog ... setelah aku memahaminya , tiada istilah tersebut.. Istilah cepat blogger tu nak maka cepatlah dia turun .. Bagi aku , dalam dunia blog , dalam tempoh 6 bulan  dia berblog , maka tiada peningkatan  maka itu bermakna 'ada masalah' la tu...

Dalam dunia blog ni , kita perhatikan ada pelbagai strategi .. Ada yang gemar bermain dengan cara taktikal.. Ada yang gemar bermain cara teknikal ... dan ada yang tak gemar semua itu ...

Bagi yang tak gemar semua ni , dia berblog dengan cerita kisah hidupnya .. Tiada langsung kaitan dengan strategi.. dia post dan terus off.. tiada istilah blogwalking.. tiada istilah gathering atau tiada istilah trafik dalam kamus dirinya .. Dia hanya tau , tulis dan post...

Bagi mereka yang bermain cara strategi , pastinya mereka inginkan kejayaan .. Jangan bohonglah berblog semata mata meluahkan rasa terpendam ..Kalau benar , tak perlu beria blogwalking dan tinggalkan link... Jika benar , dia adalah nun kategori yang terakhir tadi tu ..

Cepat naik... tu yang patut berlaku dalam dunia blogging ni.. dia kena bijak untuk cepat naik.. Cuma bezanya , cara baik atau cara keji ! 

Kenapa cepat turun lak bila dah cepat naik ? Sebab tak tau atau tak nak maintain kedudukan dia .. Haaa...Sepatutnya bila dah berada di atas , itulah yang patut dia buat , amik kesempatan .. Amik kesempatan dengan mengekalkan kedudukan yang panas tu dengan membuat entri yang lebih bijak dan berinfomasi .. Kreatif gitu ..

Biasanya apa yang berlaku , mereka harapkan 'panas' tu sampai ke petang .. namun sebaliknya yang berlaku.. ini adalah silap sendiri.. Namun dia ada pengalaman yang bakal dia gunakan nanti bila berada diatas kelak ... sekali lagi ! Ini dipanggil pengalaman ..

Berbeza dengan yang naik perlahan lahan .. kononnya biar lambat asal selamat .. Ya betul .. ada yang sampai.. dan ada yang terbengkalai langsung ! Huhu.. lagi kes naya ..

Sebenarnya bagi aku , dalam dunia blog ni hanya ada satu je penentu kejayaan seseorang blogger tu .. MINAT YANG MENDALAM TERHADAP DUNIA PENULISAN ...  Dan bukan isu popular , berjaya atau tidak ... Jika benar dia berminat , maka dunia blog miliknya ... Mereka akan bicara mengenainya ...

Seperkara lagi ... hati hati bila nak berjaya .. Ada yang melangkah dengan penuh bergaya namun tersungkur bila terlalu asyik ... Ada yang melangkah dengan berhati hati tapi terlalu lembab... dan ketinggalan akhirnya ..

Kena bijak.. Sederhana sudah pasti tapi jangan lembab dan berlagak ..

You May Also Like

15 comments

  1. dalam kata2 abg ku ini hihi .. mmg minat penulisan ... kena kayuh lagi laju lah pasni .. huhuh

    BalasPadam
  2. btul kata en.ben tu...yg penting kene lebih rajin lgi...

    BalasPadam
  3. cam smangat plak nk blogging.. hehe.. nway, x tau apsal ske sgt bce blog bro ni.. mgkn kagum kot ngan idea bro.. byk giler update.. mgkin jgk bro mem'bela ek'? haha.. juz joking.. :D

    BalasPadam
  4. sesuatu yg menarik telah dikongsikan

    terima kasih

    kena belajar dan terus belajar

    BalasPadam
  5. Teringat ada seorang blogger tu buat enri pasal ada blogger yang nak naik dengan kipas blogger otai..Tang mana dia dapat istilah tu pon tak tahu la..huhu maybe tu pendapat dia secara peribadi la kot.. X lutt kot kalau main kipas2 ni...Blogger otai2 pon dh cukup sejok dengan kipas kat rumah dorang..Haha :) Betol tak Incik Sifu?theeee~

    BalasPadam
  6. wahhhhhhhh tabik tuan sing .. ps like .. dan mencuba la tehnic ni .. thnks yer

    BalasPadam
  7. tp perlu diingat hidup itu umpama roda,kadang kat atas kadang kat bawah..jatuh bgn dlm dunia blog terletak pada qada dan qadar...jgn x percaya ttg itu sbb ia akan menyebabkan hidup x tenang..

    BalasPadam
  8. masing2 ada sbb dalam berblogging ni..serahkan pd niat individu.. :)


    peace

    BalasPadam
  9. tapi kan..tapi kan...

    cheq memang sangat teramat dasyat minat terlalu minat menulis..

    tapi tulis kena ada mood dier..betul2 kena ada masanya nya..masalah tak kalau gini ben ashaari??

    BalasPadam
  10. suka dengan pandangan dan pendapat bro.

    BalasPadam
  11. :) sy blog pribadi... tapi ttp blogwalking jugak..

    BalasPadam
  12. setuju dengan ben. nak followers ramai tapi xnak usaha? ego untuk mengaku blogwalking? tulis merepek tapi was expecting orang baca n bertubi2 comment.

    BalasPadam
  13. lagi satu jangan hipokrik..

    dalam entri konon2 tak kisah..

    tapi hakikatnya dia kisah

    ahahahaha..=)

    BalasPadam
  14. aiman kate aiman tak kesah,. upin n ipin kate betul betul betul

    BalasPadam