Tolonglah benci aku ..

Alhamdulillah...terima kasih..terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ni...Dulu aku sering kata blog aku ni tak best..mengarut..haprak..tapi kali ni aku tolak tepi semua kata kata tu..

Blog aku adalah imej aku..identiti aku..hasil karya aku..jika ada yg aku amik ,aku berikan 'haknya' ...aku amik sebab bagus untuk dikongsi bersama.. Apa guna blog tinggi trafik tapi kedekut kan?

Aku tau ramai blogger benci kan blog aku ni.. Puncanya..hanya mereka dan Allah saja tahu..

Apa yg patut aku buat ? David Teo...kena kutuk dulu..di mana dia sekarang ? Ada dia peduli ? Takde pon ..ada dia kisah ? Takde pon..elok je dia..makin bertambah lagi harta dia..

Selama ni ramai nampak aku mcm marah atau bengang...ketika aku taip entri tu ,aku sedang makan ..abis jugak kenny rogers aku tu..takde pon putus nafsu makan..

Bia ramai benci kat blog aku,makin ramai yg suka..bila ramai yg suka , makin ramai yg benci...ulang balik perenggan aku ni .

Maka. Tolonglah benci aku...dulu aku benci PTD...akhirnya wife aku seorang PTD..faham tak maksud aku ?
Published with Blogger-droid v1.6.8

24 ulasan:

  1. maksudnya.. tak mustahil sesuatu yg kita benci akan jd sesuatu yg kita sayang.. yg kita syg tak mustahil kita akan benci.. makin byk org suka akan byk juga org benci walau jumlah yg suka lbh byk dr yg benci tp yg benci akan lebih menyerlah sbb dia akan buat sesuatu yg sgt2 menikam perasaan. Tp itu lumrah la BA.. semua tu antara ciri2 org yg dh mula di kenali.

    BalasPadam
  2. aik dayana pelik npe abg ben bnci PTD haha.

    tak perlu pun benci2 :). sume ada rezeki masing2 tol tak abg ben ? hee.

    BalasPadam
  3. emmmm...takmolah benci membenci..hiasilah dunia ni dengan kasih sayang..sebab tu mak saye selalu cakap.."jgn benci ngan orang nanti kite jadi sayang"
    blog en.ben nadi saya...kalo tak mungkin dah lama padam nak berblog..terus kan ye..usah pedulikan org lain..kite tak buat kesalahan pon:)

    BalasPadam
  4. Ok lah biar aku benci kat ko..benci benci benci ..gitew..

    BalasPadam
  5. tamo benci...
    sebab ko kan sifu.....

    selamanya sokong ben ashaari

    BalasPadam
  6. Mak Munah cakap, tak baek benci kat orang... kalo kita benci, mungkin ramai yang benci kat kita...

    BalasPadam
  7. en ben..jom bace kisah pengorbanan ibu sehingga meninggal...pendek je kisah nya

    BalasPadam
  8. macam mana nak benci...
    kerna Mr BEN semakin lama semakin hensem...
    dah la hensem banyak idea pulak...
    sampai tak terikut...

    BalasPadam
  9. yg benci la biasa yg akan kite dpt..yg benci la lame2 bertukar syg...
    igt lg cikgu penah pesan...
    lau sygkan sesuatu/seseorg,jgn terlalu sygkan dia...n lau bencikan sesuatu/seseorg,jgn terlalu bencikan dya sbb x mustahil kite akan dpt yg bertentangan nnt..sume kuasa TUHAN..

    BalasPadam
  10. Saidina Ali Karamallahu Wajhah menyebut, "Kasihlah orang yang kamu kasih itu sekadar cuma, takut-takut dia akan menjadi orang yang paling kmau benci satu hari nanti.. Dan bencilah orang yang kamu benci itu sekadar cuma, takut-takut dia akan menjadi orang yang paling kamu sayang satu hari nanti..".

    BalasPadam
  11. erkk, jawatan tu ke?

    p.s : tak bole benci abg ben pn..syg lg ar arr..huhu

    BalasPadam
  12. PTD? gapo dio tu abg beng??

    saya baru nak UPSR..tak faham lah

    -_____-

    anyway, blog abg beng memang berkualiti dan terbaekkk..mantoppp gitewww :)

    BalasPadam
  13. bukan ke benci tu tandanya sayang :)

    BalasPadam
  14. rezeki masing-masing bro ben...yg penting, wat keje kena ikhlas..hal peribadi kita, kenapa perlu diselidik bagai kan..
    just remember, 1 org benci kita, 10 org menyukai kita...

    P/S : bukan menggalakkan benci membenci yer... =)

    BalasPadam
  15. @aida4eva
    pegawai tadbir diplomatik la yunk

    BalasPadam
  16. wau2x.. panas2x..
    rilex bro.. tuhan nk test kkuatan bro tu.. huhu

    BalasPadam
  17. mula2 bnci..lame suke..hee :)

    BalasPadam
  18. Dulu kakak I pernah berkata dia tak suka orang Hokkien dan dia takkan kawin ngan orang Hokkien. Kesudahannya dia kawin ngan orang Hokkien jugak. Hehe...

    BalasPadam
  19. what goes around comes around..

    SAYA sokong entri pacik!
    Aja! Aja! fIGHTING2!!

    BalasPadam
  20. XmO Benci3...

    hehe..

    sIfu is tHe sTrOng Man ;)

    BalasPadam
  21. menulis apa yg terbuku...

    http://lensahatifiesya.blogspot.com/2011/05/kenapa-blog-saya-xmacam-abg-ben.html

    BalasPadam
  22. semakin abg ben suruh kami benci, makin kami sayang abg ben..

    errr sayang abg ben n bl0gnya la

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.