Bila para isteri tergugat !

by - Rabu, Jun 08, 2011

 

Huk aloh.. ternganga aku pada mulanya ... Perlu ker  nak tubuh KELAB ISTERI TAAT ? Cam terdesak la pulak bunyinya .. Apakah motif kelab ni ? Nak bincang isu isu berbangkit para suami nikah lebih dari satu ? Atau nak bincang isu isu berkaitan dengan suami memasing dengan bertukar tukar pendapat ? Aku rasa nanti sah sah jadi ngumpat atau gossip.. pastu mulalah akan ada guna bomoh ... huhu.. yelah , takut suami makan luar atau nak kasi tunduk suami ...

Maaf la yer Kelab Isteri Taat .. bagi aku , ni kelab cam datin datin dalam tv tu jer ... mengarut jer ..Semalam ada satu isu berkaitan dengan KELAB ISTERI TAAT  tu di mana Naib Presiden kelab tersebut , Dr.Rohaya mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ !

Pergh.. jadi isu dah ! Tu laa.. ada keee suruh wat gitu.. Gile ke apa ? Ingat isteri ni pelacur ke ? haihh.. tamo la gitu ... patutnya segalanya kena kembali ke sunnah nabi ... contoh isteri nabi.. bagaimana mereka melayani baginda Rasulullah s.a.w  .. begitu juga dengan suami , kena contohi nabi melayan isterinya ...

Menurutnya lagi ..

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,”

Bagi aku la kan , semua ni basic.. dalam agama dah ajar semua ni .. Sebaik-baiknya aku rasa hadiri kuliah agama di masjid setiap minggu.. sama je faedahnya malah lebih baik dari dok berkumpul ramai-ramai gini dan akhirnya jadi tah hapa hapa yang mengarut.. wat tambah dosa jer ... Nabi dah ajar yang terbaik ... yang dok kalut tubuh kelab taat gitu pasai pa ? Harapan suami akan tubuh kelab taat gak ke ? Nehhh.. mana bisa... hahahaa.. risau para suami contoh slogan Saleh Yacob ker ? I FOLLOOOWW..

Manusia ni hidup sekali jer ... nikmati dengan penuh kedamaian dan juga bijaksana..Apa mau kalut kalut ?? laki mau kawin lain ? Kasi je... esok lusa dia pasti pening punya ... Lagi di larang , lagi menjadi ... huh.. Dah rasa dia mampu ... apa mau buat kan ? Kalau yang tak mampu tu , suruh dia kasi mampu dulu...

Sumber rujukan : SINI

You May Also Like

23 comments

  1. benda gini atas diri masing2 juga...if si isteri pandai melayan macam mana hebat pow tapy JIKA si somi mmg azali dah boya darat nak apa pow tak guna la...but elak la jumpa bomoh etc bagai sebab benda tue mmg sah dah berdoa...sentiasa perbaiki diri dan taat pada suruhanNYA insyaAllah hubungan akan terpelihan.

    BalasPadam
  2. jap lagi kita tubuhkan pulak persatuan suami setia-tak makan luar... hahahahaha.. Jom tengok entry adam pasal abg ben...

    BalasPadam
  3. hahahaha.. kelaka la Encit BEN.. aduishhh... tak baik menolak sunah kan.. sbg isteri kena la jadi sesoleha yg boleh. lelaki plak kalau tak mampu xder la nak kawin lebih dr sorg... ape la nak susah ati pi wat kelab gosip.. haha.. jaga rumahtangga sendiri suda.. jangan kongsi2x.. nanti lagi worse.. lelaki kan ego dan isteri patutnye jangan aibkan suami dgn share kisah rumahtangga ngan org lain.. kan ke dok uma baik-baik lebih elok.. hahahaha.. aiiiishhh, cik puteri oit,.. ang tak kawin lagi tak leh cakap byk.. ang bukan tau pown.. haha

    BalasPadam
  4. uik? ade ke kelab mcm ni???
    dahsatttt

    BalasPadam
  5. citer ni dah 2,3 hr lya dgr...banyak lg bahasa yg ley digunakan kot dr ni...nama pon dr..x kan lah x reti2 lg...isteri tu tempat mulia disisi suami...jgn lah nk sama tarafkan ngn pelacur kelas pertama....pelacur pon..x nak dia digelar pelacur..betul kt abg ben,tanggungjawab suami isteri dalam agama dh ajar..tgl kite jek melaksanakan...grrr..mcm2 la kan...kalau masuk kelab isteri taat ni last2 ckp mende bukan2...x yah lah masuk kelab...dr zaman rasulullah - zmn atok nenek kita...mereka taat menjadi isteri kpd si suami tanpa masuk kelab pun...hmmm

    BalasPadam
  6. macam2 skang ni kan abg ben..
    haishh....

    BalasPadam
  7. YaAllah..isteri bukan pelacur buat suami.cuba bgi adiah al-quran kt dia.. pelacur kelas pertama pun dipanggil pelacur.. tujuan berkahwin adalah utk mencari ketenangan hidup..

    BalasPadam
  8. mcm-mcm..tp diowg mesti ade sbb wat kelab mcm nie..lgpunkn mcm2 gejala tak sihat berlaku..keruntuhn moral lg berleluasa tak kira bujang, laki org mahupun bini orang..hurm..

    BalasPadam
  9. perkataan 'pelacur' tu sendiri dh mmg hina.. erm..

    BalasPadam
  10. rasanya tak perlu ada kelab macam tu kot..betul jugak cakap lady ayu tu..kalau suami memang jenis yang macam tu,tak boleh nak buat ape..

    BalasPadam
  11. aish, macam ni punya kelan pon wujud?

    dah tak da kelab lain ke dorang nak tubuh, huhu

    BalasPadam
  12. tergugat? biasa je! niat istilah baik tapi tak baiklah samakan benda halal dgn haram. mungkin ada istilah yg lebih manis. tidak juga menolak poligami... itukan sunnah nabi. pandai2lah menguruskannya.

    BalasPadam
  13. MR BEN,
    ADE KALAB GINI? PASTI NANTI MELENCONG KE LAUT....APE LA GAKNYA NIAT SEBENAR PENUBUHANNYA...

    BalasPadam
  14. komen saya senang je..x perlu ulas panjang lebar..suruh doktor rohaya tu je yg jadi pelacur kelas atasan untuk suami dia..mungkin suami dia kot nafsu tinggi..sebab tu dia cakap macam tu..

    BalasPadam
  15. Mas tak sokonglah kelab2 camni, ntah apa2 ntah!

    jalankan tanggungjawab dengan baik sebagai isteri lagi penting daripada masuk kelab2 camni!

    BalasPadam
  16. buatlah kelab memasak ke, cara mengemas rumah ke, cara nak mendidik anak2 ke kan bagus .. dari buat kelab yang mcm ni .. menambah dosa kering je... penyudahnya dok berkumpul dan mengumpat hal org lain ... !!

    BalasPadam
  17. kat sinilah pentingnya mengenali tanggungjawab dan keinginan.....lelaki ada 1 nafsu je, tapi kalau yang 1 tu dirajakan...hancusss....

    BalasPadam
  18. pelacur kelas pertama?? *keji~ =__=

    BalasPadam
  19. besh entry kaw..hehehe..klu aq na ske laki tu..aq kene tgok blu kaki dye dlu..menawan ke x..haha..haty2 la laki2 yg pkai shorts ble mlepak..:))

    BalasPadam
  20. huh statement dr rohaya mmg xboleh diterima. isteri yg baik utk lelaki yg baik..xpatut keluar istilah 'pelacur' tu. Rasulallah sendiri menyanjung wanita!

    BalasPadam
  21. Sebenarnye tugas memasak tu diwajibkan suami. Tapi bila suami suruh isteri masak kite wajib ikut perintah suami.

    Zaman sekarang bila agama dipinggirkan suami isteri pun masing-masing ikut kepala sendiri.
    Nak buat sesuatu hanya bersandarkan nafsu.

    Macam layanan pelacur kelas atasan?

    BalasPadam
  22. as salam

    inilah jadinya bila seks jadi jawapan kepada ketaatan si isteri pada suami.seolah2 suami itu gila seks dan berkahwin itu kerana seks semata2

    BalasPadam
  23. Macam2 dunia skrg ni... ikut je apa yang ada di dalam Al-Quran. Insya Allah selamat dunia dan akhirat. Tak perlu kecoh2 takut suami makan luar...

    BalasPadam