Bisnis baru untuk para isteri !! SEKSI tuu..

 

Terbaca satu artikal di Bharian .. Wee... menarik gitu.. hahahaha .. Tetiba lak aku rasa sesuai nak buat bisnis dalam blog ni .. hahaha.. ye la , sahih nak g beli kat butik , segan atau malas kan .. jadi order je la.. hehehhe .. Amacam ? Baca dulu ..

 

Pakaian seksi untuk pasti suami puas

Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah
RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.
Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.

“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam. -

sambungan -  BHARIAN 

 

Hurm.. kalau isteri kena seksi .. laki lak camana eh ? takkan berkain pelikat atau boxer je kot ? Seksi tuuu.. Ada yang kata kalau lelaki berperut boroi ni pon seksi .. Gulp .. Ujang ada tanda tanda menuju kearah tu ..

Pakaiankah ? Tengok si Nora Elena , tak seksi pon... Tapi 'isteri' dalam video Gambit tu seksi.. bermasalah jugak kan ? Erk... Perlu ke nak seksi meksi dalam bilik padahal ... tak sempat tengok pon.. hahahaha... haipppp.. ada budak baca niehh ! Maaf yer . ini bukan blog lucah ... hahahah ..

Sebenarnya bukan bab seksi , ke layanan bertaraf raja ke apa ke .. faktor yang perlu ada dalam rumahtangga bagi menjamin kebahagian adalah kemesraan .. Kalau suami isteri dah tak mesra , mmg dah kes bahaya tu.. Nak tengok suami isteri ketawa , bergurau senda pon susah , tu tanda tanda bahaya tu ..

Sebenarnya nak MESRA ni perlu ada kasih sayang.. romantik .. kejujuran.. hangatnya percintaan .. baru boleh timbul perasaan MESRA itu .. Bila dah mesra .. haaa.. TUUUTTTTTT... ( LPF potong ) ...

Tau tau .. rebah kat Insp Amir .. hahaha.. Bawak g klinik .. 

"Tahniah .. awak mengandung .." Auww.. tak sabar call SETH .. hahha.. adoiii..terlajak ke Nora Elena lak .. maaff.. hahaha..

Tapi tu je la pendapat aku.. Seksi ke , layan melebihi pelacur kelas atas ke .. apa ke.. kalau takde KEMESRAAN .. mmg ancus....

Sekadar pendapat aku yang baru 2 tahun nikah .. hehehe ...

24 ulasan:

  1. untuk jaga hati suami masing2 hihihi

    BalasPadam
  2. aida tak patut baca -.- hahahaha under age

    BalasPadam
  3. Pheeewiiitt! ASik-asik tersashul nora elena yee.. :D

    BalasPadam
  4. ehehe..seksi pon kalo dah muak..camne lak tu..ekeke..

    BalasPadam
  5. hehe betul2.. paling penting kemesraan dan keserasian ditambah kasih syg mendalam.. romantik selalu~

    BalasPadam
  6. skong sgt wlpon tak kwen ag

    de ke bini nk jadi pelacur

    aiyo dunia2

    BalasPadam
  7. dalam rumah tangga memang perlu kemesraan, tpppp...tak perlulah tunjuk depan orang lak kemesraan tu...tang pakaian seksi tu..tak perlu rasanya...dalam bilikkan gelap, tak nampak pun pakaian tu...hahah...

    ini Ben punya pasallah ni....emmm...

    BalasPadam
  8. ----------

    saya lum kawin lagi.. takmo komen
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    BalasPadam
  9. dah tue nak seksi lagi ke..hu3..yang penting perasaan cinta tu kerana Allah..ikhlas..-)

    BalasPadam
  10. hehe... nmpk sgt En Ben pun da kene DEMAM NORA ELENA... HUHU

    BalasPadam
  11. hehe still trmsk bab nora elena lg tue....hehehe

    BalasPadam
  12. sokong 100%...kemesraan penting!
    ada gak buat entri pasal isu ni..

    http://www.massaari.com/2011/06/kelab-taat-suami-apakah.html

    BalasPadam
  13. mmmmm.....menarik, boleh lah ben, seksi di mata suami je...tapi orang lain tak boleh tengok....tapi untuk awal² perkahwinan je....bila anak dah besar, xboleh dah nak seksi²..malu dgn anak² pulak ben

    BalasPadam
  14. baca ayat yang nora elena ja.. yg lain x mo komen..hihihi

    BalasPadam
  15. Tapi r ben, nak mesra tu mesti ada motivasi atau faktornya kan mr ben? contoh klu hari2 tgk bini pakai kain baik dengan tshirt tuck in. Nk bermesra pun tak lalu.

    Cuba bini tu pakai kemas2 wangi2, barulah mcm nak ekor je kemana isteri pergi, nk solat sama2 pun semangat. Imej pun penting kot. Tak payah seksi memanjang tapi kemas la.

    Saya tgk ramai isteri sekarang selekeh sgt kat rumah. Dgn rambut mengerbang. Yelah pakai tudung buat apa nak jaga rambut? dari treat rambut kat salon baik beli gelang emas, orang pejabat tengok baru syok. Ini rambut cantik2 sape je boleh tengok klu setakat suami tak payahlah. Cukup la masak setiap hari..

    Ini pemikiran perempuan sekarang.

    CHEMPAKA SARI

    BalasPadam
  16. hehe.abg ben pn da terpengaruh dgn nora elena ke???

    BalasPadam
  17. kena mesra2 eh...bg saye yg dah 16thn..cehhh perasan neh...banyak faktor sebenarnya benda2 pasal hubungan ni...berbalik pada agama lah kan...kalau somi isteri saling lengkap melengkapi (itu yg sepatutnya) insyaallah menda2 ni semua tak timbul...jgn suke membanding2kan pasangan anda..ini paling banyak org buat silap..terima dia seadanya dan saling tegur menegur..sedangkan lidah suka digeget..ehehehe

    BalasPadam
  18. apa lah sama kan isteri dengan pelacur

    BalasPadam
  19. definisi seksi luas kan..kan... bior cantik dimata suami, dari mata turun ke hati ecehhhh

    BalasPadam
  20. abg ben anti insp amir erk....hohoho.....=)

    BalasPadam
  21. saye x nikah lagi abg ben... ilmu2.. haha

    BalasPadam
  22. Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi? wahhh makcik ni nak bagitahu semua org .. satu malaya yg dia pakai seksi.. hehehe mcm2 je diorang ni kan...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.