Hisap ganja je .. pe salahnya kan ?

by - Sabtu, Jun 18, 2011

 

Satu tika dulu , aku berkawan dengan budak budak sebaya yang mana nakalnya tak yah ckp la... Tapi sekarang aku rasa semua pakat insaf dah ..

Dari sekolah lagi bab hisap ganja ni aku dah tau sangat kesannya .. MAAF ! Aku tak hisap ganja mahupun rokok ! Tapi segelintir rakan aku menghisapnya seperti menghisap rokok..

Katanya , tak pe.. bukan haram pon.. Khayal sikit jer.. Bukan minum arak atau main ngan perempuan .. Sendiri hisap sendiri je rasa .. tak memberi kesan ..

Pada masa tu mereka tak rasa kesannya .. Tapi bila dah lama lama , masing masing kemaruk .. Dan ada yang mula main 'menda' lain bila mana ganja tidak lagi memberi 'stim' maksimum pada mereka ..

Hurm... ada sekali tu.. nak main bola pon hisap ganja .. Toksah geleng kepala ! Ni hakikat .. Tapi sekurangnya mereka hisap ganja ni dok layan 'stim' sorang sorang .. Hakikatnya mmg mereka telah melakukan kesalahan... samada dari segi undang undang mahupun agama... Yelah , bila dah  'stim' jadi kurang waras la kan .. camana nak solat kan ?

Tapi dikaji kaji , zaman ni , terlampau ramai yang langgar undang undang secara tidak langsung mahupun batasan agama kita sendiri ... tapi masing masing dok rasa diri tu senantiasa betul ... maksud aku ..bila dah gitu , tak nak mengaku salah malah masih menegakkan kebenarannya dengan menyalahkan orang lain ..

Hurm.. tkpe lah...insyaAllah kita sama sama berdoa agar terus menerima hidayah dariNYA ..

You May Also Like

16 comments

  1. marilah kita sama2 berdoa... semoga diri kita dan semua disekeliling kita sentiasa di sinari hidayah dari Nya..amin~~~ :)

    BalasPadam
  2. dok sebelah org yg isap rokok pn kekadang rasa khayal smpai nk pengsan dh.. belum lgi incik ganja tu..hurm

    BalasPadam
  3. daripada hisap rokok la, bermulanya belajar isap ganja . lagilagi remaja . semua nak cuba . nasi baik bro ben tak camtuh . sejuk hati bini . kehkehkeh ! remaja sekarang banyak yg dah tak jadi orang tp jadi orang-orang :D

    BalasPadam
  4. kesedaran itu penting..bila ade kesedaran,barulah langkah untuk perubahan bermula dan bila sudah berubah,seharusnya ada sedikit rase kesyukuran..kerna tak semua akan terpilih untuk berubah (^_^)

    BalasPadam
  5. dulu masa exam kawan ambik ganja...katanya untuk meningkatkan daya fokus dan tenaga...tp memang dia lulus dengan cemerlang...huhuhuh...tu sem satu la...masuk sem 2 dan seterusnya kene tendang universiti...tp ada yang grad dengan jayanya...bergantung kepada tahap kawalan kendiri masing2

    p/s tak hisap ganja cuma tgk org hisap..huhu

    BalasPadam
  6. ye..sama2 kita ingatkan diri dan kawan2..

    jemput join segmen simple pantun saya..

    SEGMEN SIMPLE : PANTUN PUJI DIRI SENDIRI ...

    BalasPadam
  7. wow... masa kecik kecik..saya suka bau gam kasut dan minyak kereta... nasib baik tak berlarutan..

    BalasPadam
  8. pengalaman...telah mendewasakan..

    mematang kan fikiran..=)


    sedap lagu ameng spring...ops..=)

    BalasPadam
  9. belum kena belum tau..dh terlambat ssh nk stop.doa je la for the best..ameen.... huish tp apakah parents memainkan peranan utk avoid para ank2 untuk mencuba bende2 yg didorong oleh rakan2..? Hmmm...

    BalasPadam
  10. macam mana dgn air daun ketum plak :)

    BalasPadam
  11. mintak simoang mnde tu brlaku lam fmly MB huhu risau gak adik2 takot kene dek ajakan kawan...

    BalasPadam
  12. rokok kan haram.. :-)

    dari:
    http://mohdareef.blogspot.com.

    BalasPadam
  13. Paling tak suka bau rokok.Rasa nak muntah terutama kalau naik kereta.

    BalasPadam
  14. as salam..

    ameen..
    moga mereka diberikan petunjuk oleh-Nya..kita yang masih beringat ni, perkuatkan diri kita sebaik-baik amanah-Nya

    =)

    BalasPadam