@Jalan-Jalan Balik Pulau ..

by - Selasa, Jun 21, 2011

 

Ada yang mintak aku tunjukkan perjalanan ke Balik Pulau.. Sebenarnya perjalanan ke Balik Pulau ni , satu tika dulu menakutkan aku .. lebih lebih lagi bila malam .. Perghh... evil dead wehhhh...

Pernah ayah aku takutkan aku dengan cerita tentang komunis yang berlambak kat situ .. Yelah, kawasan hutan .. diorng menyorok kat situ... Hurm.. Cam semalam , dia cerita sewaktu dia masih budak... Selalu main bawah rumah .. Tika tu , tentera Jepun dah berundur .. Dia suka main bawah rumah.. Ada sekali tu , dia dok selongkar bawah rumah dan jumpa beratus ribu duit note Jepun ( masa tu dipanggil duit pokok pisang ) .. Dan dia dok buang gitu jer .. Gamaknya skang ni mesti jadi duit antik gitu kan ?

DSC_0100 

Permandangan dari bilik hotel ..

DSC_0164

Mak sedara aku dan durian hasil dari pokok sendiri..Mmg berantu !! Dok pk , camana nak bawak balik KL ! Hurmm..

Dan bawah ni , perjalaanan ke Balik Pulau ...

 

DSC_0104 DSC_0109 DSC_0110 DSC_0113 DSC_0114 DSC_0116 DSC_0121

Antara dusun rambutan milik ayah aku..

DSC_0125 DSC_0126 DSC_0128

You May Also Like

23 comments

  1. erm.. seronok dpt blk kmpung sndiri

    BalasPadam
  2. salam...

    crita pasal balik pulau...insyaallah klu tarak aral melintang...mungkin satu cawangan UiTM akan dibina di sana...itu perancangan Dato' Sahol yang memang asal orang balik pulau....

    BalasPadam
  3. bestnya balik kampung. nak nak pulak boleh makan buah kayu dusun sendiri.
    Doyaannn!!! fuh mmg giloss sekejap.

    BalasPadam
  4. ade d balik pulau~~jeles2 ..
    sye nak balik rumah skg jugak!!
    hehe ~~ lalu bukit baru ye en ben ashari~

    BalasPadam
  5. Balik pulau ni kg. mertua aku.. hujung minggu aku pon nak balik makan durian.. mak mertua dok asik panggil balik dah kata durian banyak.. hehehe

    hang balik pulau area mana bro

    BalasPadam
  6. @ Zainal, erk jadiker UITM tu? Sebab arkitek firm tmpt saya bekerja yg reka the design. Lokasi asal nak buat dekat Teluk Kumbar tapi selepas perbincangan Dato2, nak bina dekat Balik Pulau.

    Mana2 pun tak per asalkan jadi. Daripada terbiar tanah cam tu jer lebih baik dimanfaatkan utk projek pendidikan anak Malaysia.

    (Bonus..bonus..hehe..)

    BalasPadam
  7. Ben, lupa nak tanya tadi. Agaknyer bilalah Ben nak buat 'makan-makan rambutan bersama blogger'

    Kebun rambutan dah ada, apa lagi. Jemputlah, konfem kami semua pakat2 serbu.... rambutan free..hehe..

    BalasPadam
  8. Peh..bestnye durian Abg Ben..Durian kat rumah ayah Jamal belum gugur lagi la. InsyaAllah kalau gugur nanti boleh la balik kampung ziarah diorang dan makan durian sampai demam..hehe

    BalasPadam
  9. wahh ada dusun buah rambutan.bestnyer ben.durian balik pulau mmg dicari.untungnyer mak sedara hidang dr hasil kebun sendiri.adoii mahal gak kan ben harga dia tepi jalan.18 hengget hr tu kena sekilo masa gi penang mgu lps.agak2 bonet ben penuh ngan durian ke blk kl?hehe

    BalasPadam
  10. ala bila abg ben dtg? saya bekerja dibalik pulau dengan suami.. Btw, jgn beli durian kat atas bukit tu. mahal. sbb dorang tau atas sana ramai tourist serbu..

    @zainal & @ greeanappleku.. uitm da ada kat balik pulau. rasanya dah setahun beroperasi. tp ia dikedai lot berdekatan dengan pejabat pos balik pulau. course dip pelancongan :)

    BalasPadam
  11. oh, dekat rupanya kampung ayah encik ben dengan kampung mak saya. sekarang jalan ke balik pulau dah elok sikit, tapi dah siap ke belom?

    BalasPadam
  12. ni jalan kat bukit baru ni....
    tak p pekena laksa janggus ker..sedap juga la..pemes tu kat liklau

    BalasPadam
  13. den nak p balik pulau pun boleh sesat

    BalasPadam
  14. Kampung ayah BA sama dgn kampung ayah sy...Kmpung ayah sy kat Kg.Perlis... BA patut try AM char kuey tiau...jln nk pi kg. Sg Burung.. :)Terangkat!!

    BalasPadam
  15. bestnye...xpenah sampai penang lagi..

    BalasPadam
  16. as salam..
    haha~
    suka baca entri2 macam ni. mengembara.. dari tak tahu, jadi tahu. insya'Allah..

    oh..
    sebut pasal cerita penjajah, sampai ke saya adik beradik pun, arwah moyang, tok nenek dok cerita pasal penjajah. dengar2 macma tak logik pun ada. tapi itulah sejarah..kita tak pernah merasai pengalaman mereka..

    sejarah keluarga yang patut disimpan untuk tatapan keturunan akan datang

    =)

    BalasPadam
  17. bes giler ada dusun .. dulu2 time kecik kat umah atok ,ade dusun durian tapi kat kubur .. dengan dusun pokok koko.. pehh rindu ngat

    BalasPadam
  18. @GreenAppleKu.com

    salam...

    menurut kata dato sahol sendiri masa saya pergi simposium juruteknik komputer (dah agak lama)..

    memang beliau ada merancang hendak bina UiTM di situ...insyaallah mungkin jika ada peruntukkan akan dibina juga UiTM di sana sebab ingin memberi peluang kepada anak2 melayu di kawasan tersebut maju...

    BalasPadam
  19. oh baru saja mkn durian blk pulau smlm.mmg terbaik!

    BalasPadam
  20. eh , kampung abg ben kat balik pulau eh ? hehe putry or blik pulau jugak :)

    BalasPadam
  21. kenapa tak ikut jalan lama? berliku liku sikit, kuikui :p

    BalasPadam