Sokongan itu penting !!

by - Rabu, Jun 01, 2011

 

Alhamdulillah ... dan terima kasih buat rakan rakan yang telah menyokong aku dalam kempen KATAKAN TAKNAK PADA ROKOK ... Mereka yang telah memberi sokongan secara langsung ialah Miss Ran , cikbintang ,fRaMe+LenSeS , Johari Hamzah , ayu jazari , sya azleen , sya azleen , Eza Boom Boom :) , ♥yaya budak suka embun♥ , Tehuzz , || A Lady Named .. Yantiey ||, Azzah , Ku_yah ,Dzarief Zuhdi , ELENA , NUR FARIZA UMAIRA , CiK EmMa ,Honey Barney , Eja GaNu , aida4eva , ADZA IRDAWATI aka MAK DARA dan ramai lagi ... pergh .. tak larat aku nak copy paste .. rujuk entri INI ..

Tapi kalau korang rujuk pada ruangan komen tu , korang akan nampak kenapa mereka tak suka pada rokok .. haaa... mmg ada alasan tersendiri ..

Macam aku ... aku sokong akan Kempen Hari Tanpa Tembakau ni kerana aku amat anti pada rokok .. aku tak tau la kenapa perlu merokok... Bagi aku merokok ni teramatlah membazirnya .. Kalau bazir sorang tak pe.. tapi ni siap membahayakan nyawa mereka yang tak bersalah ..

Seperkara yang menyakitkan hati ialah , bila menegur mereka yang merokok tanpa mengendahkan orang ramai ni , reti la pulak melenting .. haih.. ego betul ... Tapi ada jugak yang berperikemanusiaan .. Tau la nak hembus kat mana atau nak merokok bila kena tempatnya ..

Dan aku nak kerajaan kalau boleh la kan .. kuatkuasakan undang undang tidak membenarkan merokok pada waktu pejabat di mana mana saja terutamanya di pejabat kerajaan !!! Haaa.... Ni pantang ada rehat skit jer , terus jadi naga buana.. hembuss sampai nak rentung paru paru tu.. pastu bila masuk balik pejabat , badan bau busuk.. nak berkomuninasi dengan orang tu pon dah jadi pening ..

Hurm.. panjang sebenarnya kalau nak bebel bab rokok .. Bagi aku , segalanya bermula pada kerajaan sendiri.. Jangan buang duit dok kempen.. tapi kuatkuasakan undang undang .. tu perlu .. kalau benar tak nak tengok anak cucu kita semakin menghancurkan paru paru mereka , maka buatlah sesuatu dengan tegas .. Setakat letak gambar kat kotak rokok tu tak membantu dah !

Dan.. kalau nak buat kempen gak , panggil mereka yang pernah jadi perokok tegar dan suruh bagi ceramah skit .. ajar bagaimana nak berenti merokok dan kesannya pada diri sendiri dan keluarga .. Tu yang sepatutnya .. Bukan panggil artis pastu suruh menyanyi lagu anti rokok... adeh..

Eh lupa lak.. klik SINI sat ..

You May Also Like

20 comments

  1. setuju dengan cadangan dalam perenggan terakhir... bagi yang da pernah jadi perokok dan benti merokok sekarang ni untuk sampaikan pesanan kat orang lain...

    BalasPadam
  2. say NO to cigarette! :)..baru masyarakat kite sihat walafiat..hehe.

    BalasPadam
  3. Betul2...Bila kite tegur dia..alih2 kita plak yg dimarahi..huhuhuhu...

    Ada plak yg come out ngn teori plak...dengn harapan nak deny kan bahaya merokok.humm..:D

    BalasPadam
  4. sangat tak suka rokok!

    sep sikit abg beng..hehe

    btl2..kerajaan yg kena main peranan skrg ni..tp, tgk la ape jd..aida pnh tgk budak drjah 4 isap rokok.

    haiyoooo!

    BalasPadam
  5. artis mnyanyi anti rokok

    gelak!

    mmg pon...stakat gamba kat tu dorg tak peduli

    BalasPadam
  6. bagus..jangan isap rokok..haha

    saya sdg bz kejar penghutang xbayar utang..

    tau sapa penghutang tu??huh

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html

    BalasPadam
  7. aritu mak ada ckp.. abg ipar skang ni tgh pokai, tnya mak knp.. dia cakap yela..isap rokok pun cap kaki buruk je.. hehehe..

    BalasPadam
  8. http://www.my-shopping2u.com/2011/06/rokok-cap-kaki-buruk.html

    BalasPadam
  9. masih tak dapat berhentikan somi daripada merokok..so, sad:(
    pasal tu malas nak join..emmm

    BalasPadam
  10. btol2..kempen camne pon, kalo penguatkuasaan takde, fail gak. takpon, kalu perlu, gubal akta..

    BalasPadam
  11. tak tersenarai...tacing....



    hahaha...,

    BalasPadam
  12. panggil mereka yg pernah merokok?setuju ngan idea tu. kwn sy pernah cite psl arwah makcik dia yg meninggal sebab selalu mkn asap rokok husband dia..

    BalasPadam
  13. katakan xnk rokok..
    xmacho la hsap roko..haha

    smntara tu bloggers..nk mntak pndgan...

    http://oneniezuka.blogspot.com/2011/06/anak-hilang-sapa-yang-salah.html

    BalasPadam
  14. Mr. Ben, saya ada impian. Impian saya nak capai follower 1000 orang akhir bulan Julai ni. Gerakan besaran akan giat dilakukan pada akhir bulan 6. Ceh dalam masa sebulan je betul ke.bulan ni Bz sgt. Nk ikut segment Mr.BEn pun tak sempat.

    Takpe, nk buat something mesti ada target.

    nak masak mesti mahu sedap, biar orang makan.

    nak buat blog, isi kene bagus, biar ada follower

    eh apa saya cakap ni. Supportlah saya ye. Maceh!!

    xoxo chempaka sari

    BalasPadam
  15. aku pun tak faham kenapa tak haramkan je penjualan tu terus. Kerajaan kan ada kuasa. tapi bila pikir balik. supplier rokok ni byk bg tax kat kerajaan, sbb tu lah kerajaan tak nak ban je terus.

    10 ragam pemandu si gadis

    BalasPadam
  16. kpd yg hsap rokok ~ daripada u all menghabiskan duit untuk membeli rokok untuk membunuh diri dan orang yang tersayang, adalah lebih baik, err.. u all tanam pokok bunga!!! kn byk faedah kn2 hihihi ^_^

    BalasPadam
  17. xyah smokin'lah! not good! klu dah t'merokok tu, sila quit cepat2. xrugi punye..! untung lagik ada la.. sbb save duit rokok setiap bln. jantung + paru2 pun buleh b'napas!

    BalasPadam
  18. erm..bcerita pasal merokok ni depend pd dri perokok tu.KKM & agensi2 kesihatan lain dh bt mcm2 program tok perokok spya bhenti merokok.tp masih ag ramai yg mrokok.kt pasran tu dh mcm2 tablet utk bntu bhenti merokok.da tu yg dh amik kndungan dose yg tgi tp still ag xboleh bhenti.semua ni ats kesedara diri sndri.acara ceramah2 ni xjln gak.insaf kejap tu je.pas abeh ceramah, mulut jd cm mulut naga la.berasap je.hu3...

    BalasPadam