" Ya , aku berfikiran sempit " ..

by - Ahad, Jun 19, 2011

 

Mungkin ada rakan rasa aku ni jenis yang sukar menerima pendapat .. Mungkin benar... Mungkin benar aku begitu.. Tapi aku berpegang pada , DIMANA ADA USAHA , DI SITU ADA JALAN ..

Aku bukan jenis angguk angguk geleng geleng .. Dalam dunia blog ini , aku berpegang , semua orang boleh berjaya ! Kenapa ? Inilah satu satunya dunia yang mana semua orang boleh menunjukkan kebolehannya asalkan dia berminat !

Aku amik contoh MAT GEBU .. dalam dunia maya ni , dia mampu keluarkan apa saja idea dia tanpa sebarang gangguan dalam bidang masakan .. Bayangkan kalau dalam dunia realiti .. Sapa yang akan nampak bakatnya ? Belum tentu orang nak tengok pon kan ?

Bagi aku , semua orang dalam dunia maya ni patut diberi peluang untuk menonjolkan diri.. Tapi masa saja akan menjadi penentunya .. Contoh .. YUYU ZULAIKHA .. setahu aku dia dah lama buat blog .. Tapi bila dia mula dikenali ?

Aku sendiri .. dalam dunia blog ni mengarut je memanjang. tulisan aku sapa baca ? Cuma kawan rapat aku jer berminat .. Yang tak kenal aku ?

" WOI, KO INGAT KO ARTIS KE ORANG NAK BACA KISAH HIDUP KO ? "

Itulah antara komen yang aku dapat .. Tapi sekarang ? Kenapa ada orang nak baca ? Segalanya kerana PELUANG YANG TERBENTANG LUAS DI DEPAN MATA , AKU GUNAKAN DENGAN BIJAK !

Aku masih ingat lagi kata kata jiran depan rumah aku ... KUALA LUMPUR NI LOMBONG EMAS .. KITA JE TAK RETI NAK GALI ! ..

Kata kata tu membuka minda aku .. DUNIA INTERNET NI LEBIH DARI LOMBONG EMAS  !! KITA JE TAK NAK GALI tapi maaf .. AKU NAK GALINYA SEKARANG !

Aku percaya pada PELUANG .. PELUANG senantiasa diberikan pada kita ... Kalau bukan hari ni , esok .. kalau bukan esok , insyaAllah satu hari nanti ..

Seorang guru yang bagus takkan menghalau anak muridnya disbbkan dia tak reti membaca .. Mungkin dia tak reti membaca , tapi dia mungkin ada kelebihan lain .. Sapa tahu bukan ?

You May Also Like

29 comments

  1. :) sila gali sekarang..

    di mana ada jalan.. di situ ada heleway (highway)

    mak saya sebut heleway

    BalasPadam
  2. yes,that's true abg ben..dulu penah gak berfikiran negatif kat abg ben..yela,mase mula jenguk abg ben for the first time,cik cuma nampak entry yang mengarut2..kadang2 terfikir ape yg istimewa blog ni sampai ramai sngt pengikut? lame rase cam ok gak blog abg ben ni..dlm2 mengarut ttp ada moral of the story yg terselit,terlipat n tersirat..
    emm,sorry for the (-) thought!

    BalasPadam
  3. peluang terbuka utk semua.antara rajin dan malas nak usaha aja :)

    BalasPadam
  4. gali... jangan tak gali... mana tahu jumpa dengan pengalaman yang tidak ternilai harganya dan lebih jauh bernilai dari emas berkoyan

    BalasPadam
  5. aku sokong cakap ko bro, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan, cuma usaha yang membezakan kita semua untuk berjaya dalam hidup ne...

    BalasPadam
  6. guru takkan halau ank muridnya dsbbkn dia x reti membaca tp dia cuma denda je..ngeee~~~~

    kalau x reti membaca mcm mne dia nk bc blog kita....=p

    BalasPadam
  7. bagi saya..untuk blogger ZERO macam saya, kalau nak tulis tentang kisah peribadi...perlu lah campur juga dengan entry dua hala.untuk menarik pembaca. kalau mcm ben, ben sudah ada nama..automatically ben punya kisah hidup memang nak baca. betul tak pendapat saya? u can correct me if im wrong.

    BalasPadam
  8. @Namee Roslan yer , betul tu namee .. entri perlu dua hala... perlu ada interaksi dengan pembaca juga .. baru 'hidup' tulisan kita ..

    BalasPadam
  9. bila bce entri ni rse mcm bersemangat sikit :) thanks abg ben

    BalasPadam
  10. Keh keh keh, macam terasa dengan komen seseorang ni.. betoi tak ???

    BalasPadam
  11. betul tu peluang sentiasa ada buat orang yang mahu berusaha

    BalasPadam
  12. Terima kasih Ben Ashaari kerana respond. :D superb. sebab tu blog ben gempak kebaboom!!! :D

    BalasPadam
  13. yup betol pae yang bro ckp 2,
    yang penting kita usaha kan ;)
    suka ayat yang last sekali ;)

    btw thanks bro banyak bg semangat untuk teros menulis ;)

    BalasPadam
  14. @Akim Iqbal bukan terasa ... nak buka minda .... :)

    BalasPadam
  15. hanya mampu ter :) .

    keep it up bang ben .

    BalasPadam
  16. agak terasa bila ada sesetengah blogger yang perasan dirinya popular memperlekehkan BLOGGER2 BARU. saya pernah di hina sebab join segmen ben, tapi saya join sebab saya suka dengan pendekatan abg ben yang support blogger baru macam kitaorang,sejak saya di hina oleh blogger yang perasan tu saya dah tak ada mood nak buat entri baru.. mungkin ambil masa nak teruskan berblog @ mungkin saya akan tutup blog saya sebab pandangan saya terhadap dunia blog dah berubah sama sekali, seperti politik yang kotor,blogger baru telah di hina bila join segmen mahupun contest... kadang2 saya terfikir apa itu entri yang berkualiti, terus terang saya katakan banyak blogger yang perasan popular suka buat entri kontroversi,paling saya tak suka bila blogger tersebut menyamakan dirinya jauh lebih hebat dari blogger yang sememangnya popular! setakat ini saja komen saya,buat abg ben teruskan support blogger baru, kami masih baru di dunia blog tapi kami tak kan tenggelam dalam dunia blog dengan adanya tunjuk ajar abg ben... saya pernah masuk blog2 yang join segmen abg ben,saya lihat lebih daripada 80 komen bila join segmen abg ben,abg ben memang support blogger baru dan ianya ternyata berjaya dan berguna buat blogger baru macam kami,tQ teruskan....

    BalasPadam
  17. erm.. dimanakah segmen menghilang selama 2 hari ...
    :/

    BalasPadam
  18. itulah yg terjadi jikalau sesoerang itu mempunyai sifat negatif dlm diri. i read ur entry because i thought it's so meaningful besides i got many lessons sometimes but it doesn't mean i'm gonna up my traffic....it totally wrong. haha.

    anyway, keep on blogging and curahkan idea untuk menulis blog sebanyak yg mungkin! :)

    BalasPadam
  19. errr ini bukan entry maklum balas kan??

    rilex eh bro ben... crry on je with what u've done till now. as long as lebih ramai yg menerima dari menentang..;)

    BalasPadam
  20. banyak halangan untuk berjaya, tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berjaya...gali sedalam mana yang kita mampu. kalau tak cuba, kita tak tahu berapa banyaknyer emas dalam galian itu..=))

    BalasPadam
  21. banyak halangan untuk berjaya, tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berjaya...gali sedalam mana yang kita mampu. kalau tak cuba, kita tak tahu berapa banyaknyer emas dalam galian itu..=))

    BalasPadam
  22. banyak halangan untuk berjaya, tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berjaya...gali sedalam mana yang kita mampu. kalau tak cuba, kita tak tahu berapa banyaknyer emas dalam galian itu..=))

    BalasPadam
  23. banyak halangan untuk berjaya, tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berjaya...gali sedalam mana yang kita mampu. kalau tak cuba, kita tak tahu berapa banyaknyer emas dalam galian itu..=))

    BalasPadam
  24. hahaha... saya rasa xsalah kalau kita nak ego kan :)... bro ben rasenye tinggi gak egonye kan... kerana ego la kita still dengan cara kita :).. keep in touch :)

    BalasPadam
  25. @Fadhlul Hadi
    Saya amat2 setuju ngan awak..kdg2 terasa blogger2 otai ni selalu memandang rendah pd blogger2 baru,maksud sy eolah2 diorang berkata....orang buat blog,dia juga buat blog..tapi blog ntah hape2...kenapa??...sedangkan ramai yang berblog hanya utk kepuasan diri sendiri..tak de niat papepun,jauh skali nak "melawan" otai2 ni pun..
    Sbb tu ramai blogger2 baru ni yang semangatnya jatuh merudum.....macam saya...:(

    BalasPadam
  26. statement yg baik...
    kita punya multiple intellingences..
    cuma kita perlu kenalpasti dan cungkil bakat yg ada

    jom gali

    BalasPadam