Bila berblog , jangan DOUBLE STANDARD !

by - Sabtu, Julai 16, 2011

 

" Alamak , ada artis kena tangkap khalwat ! .. Best ! Buat entri ni mesti meletop !! "

" Malaysia kalah ngan Liverpool ? Tak heran ..dah tau .. Aku nak buat entri la .. nak hentam pasukan Malaysia .. "

" Si Ben Ashaari wat segmen mengarut ! Hahah.. jom kutuk dia .. best punya neh ! "

3 dialog berbeza tapi membawa satu makna .. iaitu nak mengutuk dan mengkritik ... Mmg best punya.. Yelah , mmg kebanyakkan kita ni gemar membaca gossip , kritik ,kutuk dan apa saja yang negatif kemudian dijadikan topik perbincangan .. Walaupun bukan semua tapi ini boleh berjangkit kepada mereka yang tidak terlibat kerana boleh terpengaruh .. Best pe bergossip gitu ..

Tapi cuba fikir kembali .. Jika mereka ini berbuat sesuatu yang baik , berapa ramai membuat kembali cerita mengenai kebaikkan yang mereka buat itu ?  Takde kan ? Sapa nak baca mengenai kebaikkan .. Sikit je kan ?

Sebab tu aku kata , kita sebagai blogger  , kena bijak .. Jangan sedap mencari isu tapi tak pandai cover semula isu tersebut ! Contoh yang aku baru tadi ialah UNIFI .. Sebelum ni aku pernah kritik UNIFI kerana pemasangan yang melebihi tempoh yang dijanjikan .. Dan jika mereka dah datang dan pasang serta layanan yang ok , takkan tak nak bagi kredit kan ? Kena la bagi penghargaan ..

Jangan pandai mengkritik jer .. Kena bijak menghargai juga .. Barulah orang kata blogger ni bijak belaka .. Bukan mencari isu panas untuk dijadikan entri saja !

You May Also Like

28 comments

  1. setuju sangat..sebelum kritik orang lebih-lebih kita tengok balik dengan diri kita balik....sebab kita pun manusia juga :)

    BalasPadam
  2. betul2...tapi manusia ni suka sangat pikir negatif..ntah pe masalah dorang pun tak tau..huhuhu

    BalasPadam
  3. yup . . ramai yg suka baca yg kurang baik hihii :D

    BalasPadam
  4. Manusia lebih cenderung kpd yg tak baik..ikut suka hati jer bcakap!ermm..

    BalasPadam
  5. tau xpe..kritik je lebih.. bila dikritik, melenting!

    BalasPadam
  6. salam ben...

    setuju...isu kritik mengkritik nih sama lah macam dalam politik..

    bila kita sokong seseorang pemimpin tak semestinya kita tak leh kritik perkara tak betul yang diaorang buat....dan tak semestinya kita perlu puji dan puja segala tindakan mereka...

    ada beza antara SOKONG dan TAKSUB...sokong takpa tapi jgn taksub...

    hehehe...dah membawak ke politik pulak aku nih....apa kesssss...??? hahahahaha...

    Cannot Install Adobe CS3 - Internal Error 2739

    BalasPadam
  7. 2 bulan tu memang sgt melampau tempohnya, lama sangat2. tapi disebabkan layanan dan servis baik dari unifi, dapatlah jugak sejukkan hati kan. bak kata orang, ada buruk ada baik, ada baik ada buruk. kan?

    nashfahrenheit.blogspot.com

    BalasPadam
  8. kutuk kutuk juge then puji puji juge ye Ben..

    BalasPadam
  9. setuju,dulu dya pon penah je wat entri kritik kumpulan kpop malaysia.tp skali jela lepastu dah takde dah.hehe:D

    BalasPadam
  10. hehe, kritik memang sedap.. dosa tu pon sedap jugak :p

    BalasPadam
  11. manusia memang macam ni la encek beng..gosip,mengumpat,mengata,soseh2 sedap la nak komen itu ini..kalau kita perhatikan kat mana2 sekalipun sesuatu benda yg baik tu selalu sangat di pandang sepi..

    BalasPadam
  12. Lepas kutuk-kutuk pastu puji...kang mesti org fikir...ish dia nie ikhlas ke idak..hehheheheheheh

    BalasPadam
  13. budaya kutuk mengutuk kt msia ni truk la ben.. sedih tgk.. bkn diorng nk bg komen +ve n bg cadangan, tp kutuk2 bg down..

    BalasPadam
  14. betul... tegur dgn berhemah, hargai bila kerja bagus.

    BalasPadam
  15. setuju ..kritik biar adil ...klu org hentam kita ..kita marah x ? fikirkn

    BalasPadam
  16. saya kena kutuk gak kat sorang manusia nie..kat blog dia
    tetiba je dia suruh saye tukar layout blog saya sebab dia sakit mata tengok warna layout blog saya
    and bla bla lagi


    TT_____TT
    ? ngek betol..suka hati dia je ingat blog dia bayar ke?





    gerammmmmm


    nak luah hati kat pakcik ben ='(

    mencik mencik

    BalasPadam
  17. komen2 ok lagi,kutuk2 ni x perlu kot...ssh la melayu,mmg mcm ni

    BalasPadam
  18. 100 % correct apa yang abang Ben cakap tu.....kalau nak jadi blogger yang tegar kena lah humble kan diri betul tak bro ?

    BalasPadam
  19. ntah la.. susah nak jangka sikap manusia ni.. bagi aku,berbuat baik sesama insan lagi mulia... elakkan hipokrit...

    BalasPadam
  20. Aku ada tegur blogger sorang ni... jangan buat entri yang mengutuk blogger baru nak naik...dia dok buat satu entri kutuk budakx2 blogger baru..seperti tulis kat shoutbox "saya follow awak follow saya balik"..pada aku budak baru mesti tulis macam tu... baru lagi...macam dia tak pernah buat...di tegur mengamuk...comment kat blog aku macam orang gila.

    BalasPadam
  21. kalau issue sensitive..lagi lah...

    perenggan pertama bikin panas dan kontroversi..then perenggan kedua...pusing2 cerita sikit...perenggan last tu sejukkan keadaan balik. n conclusion yang semua orang nak setuju. hehe.

    kalau x kena baling batu jela buat entry maki2 smpi conclusion pun maki.

    BalasPadam
  22. Ben, bukan dalam blog je tapi kat dunia sebenar pun sama. Nasi tu klu sedap diam je bila tanya mereka cakap "boleh tahanlah nasi ni sbb takde pilihan" tapi bila tak sedap asyik mengutuk ke sampai kesuapan terakhir... MasyaALlah...

    BalasPadam
  23. Realiti dan maya sama jer jalan ceritanya...Kalau isu yang panas tu senang jer tersebar dan mula lah akan adanya sesi berbalas balas entri dengan memyuarakan pendapat masing masing..

    Kena ada caranya bukan jadi blogger terdesak la kan Mista Sifu? :)

    BalasPadam