Lelaki vs Perempuan .. Kekasihku di menara ..

by - Sabtu, Julai 02, 2011

 

Ehem.. mood Ukay's dan Slam .. hehehe.. seharian berkaraoke di dalam kereta sewaktu ke Sg.Buloh .. hehehe .. Lama tak dengar lagu lagu diorg .. Bila dah tua tua gini baru dapat tangkap segala maksud yang tersembunyi dalam lagu lagu tu lebih lebih lagi lagu ciptaan Saari Amri ..

Lagu lagu dia , bagi aku seolah dia menceritakan kisah hidup dia sendiri .. Seolah hidup dia penuh dengan kekecewaan ..  Namun setelah dia berjaya dalam bidang seni  , baru ramai buka mata .. Hurm..

Kali ni lirik lagu yang menarik minat aku adalah KEKASIHKU DI MENARA  nyanyian UKAYS... Jom layan dulu liriknya ...  :)

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu

Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan

Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata

Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu

OK.. dah baca ? Hehehe.. ini persoalannya .. Pasti ramai antara kita bercinta di zaman sekolah sehinggalah ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di ipt .. tak kira dalam atau luar negara ..

Tapi berapa ramaikah yang berjaya mengekalkan perhubungan cinta mereka ? Berapa ramaikah yang menduakan cinta mereka ? Kenapa ini berlaku ? Mengikut PENGALAMAN korang , LELAKI atau PEREMPUANkah yang mudah tergoda untuk berlaku curang sewaktu berada menara gading ? Maksud aku , kekasihnya mungkin dah kerja dan dia masih belajar .. tapi mula berbelah bagi cintanya ..

Hehehe.. ada sebarang pendapat ?

You May Also Like

25 comments

  1. walaupun saya lelaki yang lebih cenderung utk beralaku curang terutamanya apabila senang ialah lelaki....;)

    BalasPadam
  2. dulu wktu kat u bf selalu nyanyi lagu ni bila time sy bz n x lyan dia.. tp alhamdulillah still kekal smpai skrg.. dah dkt 6 tahun da..

    segala-galanya bergantung pada hati.. kalau hati dah setia. tak de apa yang dapat memisahkan kecuali ajal... wah gitu...=)

    BalasPadam
  3. Bagi saya, kalau laki tak respons, pompuan tak akan mengada-ngada. haha. setuju tak?

    BalasPadam
  4. erm... xpasti,sama2 kot =.='
    tpi ramai yg sy knal kt skolah,kt u, kolej, training dlu.. brcinta bagai nk rak tpi putus gak,memasing kwin ngan org len.. yg sy tau sama2 je, xleh nk kati laki @ pmpuan

    BalasPadam
  5. kalo da jodoh x ke mne...
    my bf dulu benti blaja lepas putus hubungn kami, sy pulak yg sayang bile die wat cm2...

    BalasPadam
  6. Huhuhu...
    Sejujurnya.. Wa memang nak sangat jawab soalan macam ni...
    Siapa akan lagi cenderung untuk berlaku curang??
    Dua-dua!

    Nak berkongsi pengalaman..
    Saya dan 'teman' saya kenal sejak sekolah.. Bila dah naik peringkat tinggi sikit,... Kami beralih arah dari segi tempat belajar..
    Dia di UiTM.. saya di U lain..
    Di U, saya berscandal dengan ramai orang,... Huhu.. (hobi waktu tu)
    Dan tak lama lepas tu, saya dapat tahu dia pun curang gak..
    Ngeh3....
    Jadi macam lagu KANTOI by Zee Avi..
    Huhhuhu...

    Tapi dalam case saya, dua-dua belajar.. Cuma tempat lain-lain..
    Kalau nak sorang belajar, sorang keje..
    Urrmmm... Depends...
    Kalau yang keje tu keje gaji besau,.. Takkan nak curang lak kan??
    Buduh arr yang belajar tu.. Ngeh3...

    BalasPadam
  7. susah nak cakap...semua dari datang dari hati... :)

    BalasPadam
  8. dulu masa wat dip kat Poli, risau la jugak bila gf dpt smbung U..tkut kena tinggal. haha. tp alhamdulillah, kini sy n gf dh abis buat degree. still bsama..

    BalasPadam
  9. saya masih di menara gading...errr..

    BalasPadam
  10. hhurrmmm...zaman cinta karat dah berlalu...lalalalala

    BalasPadam
  11. Saya masih belajar , dia sudah kerja .. Tak jadi masalah dan dia penah pesan tak nak jadi macam Lagu ukays .. kekasihku di menara gading ;)
    anyways , it depends on our lifestyle .. kaLau tak setia , sendiri mau ingat La :P

    BalasPadam
  12. depends. tp ikut pengalaman. lelaki lah. walaupun pompuan dah sambung blaja tinggi, dia xlupakan si lelaki tu pun. berbeza dgn lelaki tu, yg dah pegi bekerja dia rasa xlayak utk pompuan tersebut yg berpendidikan lebih tinggi dr dia dan amik jalan utk curang.

    hmm, sebenarnya benda ni depends.

    adehhh, tersentuh baca bait lirik ni. yg penting hati sendiri, utk setia ataupun berpaling pd org lain.

    BalasPadam
  13. pokok pangkalnya hati. dulu ex-bf kte keje kt uitm. da sangkut kat budak sinun. ktorg bcinta da 5 tahun kott. tak sampai setahun kerja situ da sangkut student sana. skang dorang da tunang pon. yang penting hati tu kena kental. apeee pon xbole. huhu!

    BalasPadam
  14. Mas memang dah beli dari dulu CD Ukays ni...lagu2 dia memang best!

    kena dengan kisah hidup Mas..

    BalasPadam
  15. kalo ikut lagu nih...dah puas yang bekerja tu berkorban, memberi dorongan dan bantuan... tapi sia2... lelaki akan tinggalkan kalo dapat pompuan yang lagi cantik... pompuan???? mana tau ada laki yang lagi lebat duitnya... hehhe.. sama jer laki atau pompuan...

    BalasPadam
  16. terpulang pada diri sendiri..tepuk dada tanya selera...hahaha..xde kena mengena pun...tapi yang penting adalah kepercayaan n ketelusan kalau nak dua2 tak curang...

    BalasPadam
  17. bagi saya.. lelaki lebih cenderung berlaku curang.. bukti..
    imam ghazali pernah berkata.. kalo nak pilih isteri jangan cari janda..
    kenapa?? sebab, walaupun dia seorang perempuan kahwin kali kedua, hatinya masih akan ingat dekat husband yang pertama..
    ( sekadar pengetahuan, maaf )
    apa-apa pun,,perempuan pun ada risiko curang.. bergantung pada keadaan

    BalasPadam