" Lu rasa lu sudah bagus sangat ke ? "

by - Ahad, Julai 17, 2011

 

Alamak ... aku buat silap dalam entri aku .. Terlupa aku kerana sedap benar mengkritik tanpa memikirkan batasannya .. Entri aku pasal gay dan lesbian dimana aku letakkan gambar dua gadis melayu seolah berkucupan ditegur oleh seorang rakan blogger yang mana dia menghantar email pada aku ..

Alhamdulillah ... cara teguran dia menunjukkan tahap pemikirannya yang cukup matang .. Selama ini aku berhati hati dalam membuat entri namun masih ada yang terlepas pandang terutama dari segi ejaan dan syukur masih ada yang sudi menegur dengan cara bijaksana ..  :)  Tqqqqqqqqq...

Hurm.. sebagai blogger yang dah agak lama tapi belum la lama sangat , aku masih perlukan pemerhatian dan teguran dari rakan rakan blogger terutama yang benar benar prihatin dan ingin melihat aku pergi lebih hauh ..

Perlukah aku bersikap sombong untuk menidakkan teguran tu ? Perghh.. bodoh sungguh la aku kan ? Orang tegur cara baik , kita jangan sombong .. Buka pintu hati dan terima segala teguran dengan penuh keikhlasan dan jangan lupa setiap teguran itu membawa kebaikkan jika kena caranya ..

Itu juga akan elakkan kita buat dosa sekirannya entri kita itu tidak benar faktanya .. Boleh mengaibkan mereka yang sememangnya tidak melakukan seperti yang kita gembar gemburkan di blog kita ... kan kan ?

You May Also Like

14 comments

  1. Betu tu bro..suka blog ni sbb penuh dgn kesedaran dlm berblog..belum terhantuk dah tersedar :)

    BalasPadam
  2. Wa suka la...sebab lu masih ada rasa rendah diri lagi.....hihihi...Wa respek sama lu.....

    BalasPadam
  3. lu mmg humble la bro...even lu dh pemes..gua tabik springggg!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Hilal Asyraf pernah cakap , mereka yg memiliki hati yg hidup boleh menerima teguran orang lain, membuka hatinya.. biarpun org itu jauh lebih kecil darinya.. :)

    BalasPadam
  5. manusia mana tak pernah melalukan kesilapan.. kan.. kan.. =)

    BalasPadam
  6. wau..sapa tu bro?blh berkenalan dgn dia?

    BalasPadam
  7. Tabik lah dgn abg ben :) Even dah popular, still abg ben terima teguran orang ;)

    BalasPadam
  8. ur the best.. bg semangat kat blogger baru mcm nad :)

    BalasPadam
  9. ooo patut entry tu tak leh view.dah delete yer.

    Ini membuktikan, kalau kena caranya, org boleh terima teguran dan kritikan.tak kiralah dia otai/senior/junior/newbie dsb. Tak perlu menjadi anon semata nak kritik /kutuk orang sesedap rasa.

    BalasPadam
  10. bagus ben.. :)

    em sebenarnya teguran secara tak langsung pun boleh. contoh, saya baca entry ben..ben cakap pasal entry pedas. then saya teringat bila ada pembaca kata suka dengan tulisan saya yg outspoken. mereka suka.

    tapi bila baca entry ben. buat saya tersedar dan hati2 dalam menulis. :)

    saya kasihan kat orang yang tak boleh terima teguran. simpati sebab rasa diri bagus sampai x boleh terima teguran dah kritikan. kasihan. hati keras. bila terasa hati mula lah nak memaki. :) kesian. otak cetek.

    BalasPadam
  11. bagus la ben nih.tak semua org macam tu.kpd yg bagi nasihat tu dia seorang yg berani.boleh tahu sapa dia?mahu jadikan kawan :)

    BalasPadam
  12. kesilapan yang tidak disedari lagi bagus kan dengan kritikan membina... bertambah semangat untuk berblogging...

    BalasPadam