Macho sangat ke bila pukul perempuan ?

by - Isnin, Julai 11, 2011

 

DAYUS !!!
Zaman sekarang ni wanita dah jadi 'punching beg' untuk lelaki ke ? .. Masa mengayat dulu , skit punya lembut...selembut agar agar yang warna merah tu..warna lain tak cantik...hijau pun ok .. kuning tak comey ar ... Biru ? tk dibuat lagi.. Pink ada la...erk.. lari tajuk ...waaa...

gambar hiasan

Kejadian memukul wanita wanita tak kira la sapa pun ...samada ada kaitan atau tkde kaitan semakin berleluasa .. Sapakah yang memukul wanita ini ? Majoritinya adalah binatang ..eh ..ye ke ?? Manusia berhati binatang ... Aku rasa binatang pun cam ni...diorng pukul sebab diorg nak makan jee..terpaksa.. dunia diorg gitu ... nak wat camana kan ... Yang aku maksudkan ini adalah LELAKI aka JANTAN ...bukan kopi jantan yer ..

Kenapa mudah naik tangan mahupun naik kaki ke atas perempuan ??? Tak kesiankah ? Ermm... perempuan ni dilahirkan untuk menjaga lelaki .... dari seorang ibu , kekasih seterusnya isteri .... kadang kadang perempuan sebagai kawan mahupun adik beradik juga memainkan peranan yang cukup tinggi terhadap lelaki ...
Aku ada satu kisah nak diceritakan pada korang ...Ini kisah benar ... bukan aku kutip dari mana mana blog atau web ....Kisah yang terjadi pada kawan aku satu tika dulu ...

Kawan aku ni dulu seorang yang boleh dikatakan hidup senang hasil perkerjaan yang dilakukannya... Bekerja dengan syarikat penerbangan terkemuka negara membuatkan dia berjaya mengumpul duit yang banyak ...Hasilnya dia berkahwin dengan anggota keselamatan negara .. Ermm..pada mulanya ok la sampai la satu tahap ..rupa-rupanya lelaki itu mengahwininya semata mata ...$$$ ... sejak dikurniakan seorng anak , perangai syaitan suaminya itu semakin menjadi jadi .. bayangkanlah , dia balik dari outstation , masuk bilik dia ..dengan penat lagi ....tengok tengok ... ada perempuan dalam bilik bersama laki dia ! Laki dia wat muka tak bersalah langsung ..malah offer lagi baju baju isterinya tu kat perempuan tu .. suruh je amik mana mana baju yang dia nak !! Baju isterinya tu di beli setiap kali dia g overseas .. kenangan ...

Dah la dia buat gitu ..pastu kena sepak terajang lagi ... Ermm ...anak kecik dia tengok jer ...belajar ... Laporan polis dah di buat ... tapi macam tu gak.. haih... Bila dah pukul teruk teruk , minta maaf la balik .... Pujuk isteri tu ...ermmm...sayang punya pasal ..ok jer la isteri tu ... Laki tu pasang jerat lain lak ....Abis semua harta benda isteri dia , di sapunya ...katanya nak buat bisnes ..sampai rumah rumah abis dia gadai ! Termasuk kereta kesayangan isterinya ... Dia buat camana ? Dia tau isteri dia balik dari kerja , penat penat .. terus bercerita tentang ' projek bisnis ' tak wujudnya tu .. Si isteri pun percaya laaa... lalu menandatangani surat tukar hak milik yang dia ingat hanya kertas kerja biasa ... tanpa dia sedari ..rumah miliknya bertukar tangan ! ... Dan jugak dia tak sedar dia telah membuat pinjaman kat along !!!! ....Laki dia buat semua itu semata mata , JUDI !!

7 tahun hidup merana , akhirnya cerai ..kawan aku tu berhenti kerja dan lari balik kampung ..bawak anak dia ... Si jantan tak guna tu ... nak rujuk balik ..datang merayu kat rumah ...huh ...
Begitulah adanya .. ada lagi banyak cerita lain ..tapi buat masa ni ..biarlah ni saja ..

Wahai lelaki lelaki di luar sana termasuk aku ... sebelum nak membelasah tu .. fikir fikirkan laa ... kekuatan kita tu bukan untuk membelasah perempuan yang kita sayang ...kalau nak belasah sangat ... g PALESTIN ..belasah yahudi yahudi kat sana tu.. tunjukkan kejantanan anda di sana yer....


Surah ar-Rum ayat 21:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas ) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami steri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”

Surah an-Nisa ayat 35

You May Also Like

20 comments

  1. nasiblah aku belum kawen lagi..


    wakakakakaka ;)

    BalasPadam
  2. kita dicipta utk melindungi wanita yang patut dilindungi..

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  3. terbaiklah entry ni! beeha pun pernah kena belasah dgn bf..rupenye dia ade gf lain...now sdg kumpul semangat untuk teruskan hidup.. mujurlah belum kawen lagi...

    BalasPadam
  4. dya penah kene pukul ngan ex dya.sbb tak trime die dlm hdup dya.heh

    BalasPadam
  5. dasar lelaki lupa diri. dah ler habis harta bini kau kebas, hati dia kau hancurkan, badan bini pun di buat punching beg!kalau dah cam tu gayanyer,tu bukan sayang dah tu. Tak yah rujuk balik dah. Enough is enough..hehe..

    BalasPadam
  6. aduhai...sentap bace kisah kwan abg ben ni~ mudah2la laki sume amik port dlam hal ni...aiyooo..~ manusiawi..

    BalasPadam
  7. kesiannya kawan abg Ben tue ..naya camtu saja...


    Artikel menarik:

    1)Angry Birds Masuk Peksa

    BalasPadam
  8. terima kasih abg ben untuk entri nih... entri nih memberi saya satu kepercayaan yang saya dah buat keputusan terbaik... zaman sekarang ramai lelaki macam nih... maaf yer pada kaum lelaki.. tapi ini memang hakikat... :)tp kalo lelaki mcm abg ben nih.. pon masih ramai... huhu..
    *lupa abg ben laki..huahuahuahuah..

    BalasPadam
  9. kalau lah isteri dia kawen nga aku..mesti bahagia smpai skrang..haha

    BalasPadam
  10. ex bf..awalnya berkata "dayus la pukul perempuan even abg pukul adik sendiri pun"...tp at last dia pown same... 2x5...ape pown xboleh...=.='


    http://abieb-allinmylife.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. kejammmmm.. tp harap2 xsemua lelaki camtu an abg ben? abg ben x kaaaan??haha..

    sbb lelaki dicipta utk melindungi kaun wanita...

    BalasPadam
  13. alhamdulillah akhirnya dia bercerai juga.. kenapalah tak lakukan sejak awal, lepas dah habis harta dibolot baru nak sedar.. takde sape tolong dia ke.. kesiannya..

    biarlah Allah balas balik sikap bekas suaminya itu.. sekarang balasan dapat cash je..

    BalasPadam
  14. kalau kena pukul, boleh je cepat2 buat report police. tp sebab cinta,,xpelah..tak jadi lah report.

    BalasPadam
  15. kesian perempuan tu..sedih lak baca...nak nges pun ade..kdg2 perempuan ni kalau dah syg, tak tau diri kena tipu, sebab? sygkan suami dengan hati yg ikhlas tnpa sebarang syak. tp dibalas dengan kesakitan, kedukaan.. inilah hidup..kita akan jumpa mcm2 jenis org selagi kita masih hidup..

    BalasPadam
  16. kalau report polis..nanti dia masuk penjara kita juga yg susah. anak tak berayah nanti kena ejek ayah kau kat penjara ayah kau jahat. Better cerai je. Cerai itu halal.

    BalasPadam
  17. kalau org2 tua (elderly)ade kes ni camne lak yer? dah pencen n anak2 dah besar.. tp gado2 n bercakaran.. penceraian masih jln terbaik?

    BalasPadam