" Mak aku kata ... "

by - Khamis, Julai 14, 2011

 

image

Mak aku kata ..
Dulu bila dia dapat tau yang dia mengandungkan aku ..
dia sangat gembira ..
dia sangat sangat bersyukur kepada Allah..
kerana memberinya anugerah yang tidak ternilai ..

Mak aku kata ..
Dulu sewaktu mengandungkan aku ..
9 bulan itu sangatlah mencabar ..
Namun tidak terdetik dihatinya langsung menyesal
kerana mengandungkan aku ..

Mak aku kata ..
Saat saat paling indah dulu adalah melihat aku dan abang aku lahir ke dunia ini ..
Melihat senyuman terukir di wajah ayah aku ..
detik istimewanya sebagai seorang isteri..

Mak aku kata ..
walaupun dulu kehidupan kami sukar ..
ayah aku tetap membanting 4 kerat tulangnya siang dan malam
mencari rezeki agar kami semua tidak kelaparan ..

Mak aku kata ..
kali pertamanya aku ke sekolah ..
dia mengalirkan air mata ..
kerana tak sanggup berpisah dengan anaknya ..
walaupun seketika ..
kerana itulah kali pertama dia berpisah dengan anaknya ini..

Mak aku kata ..
betapa dia bersyukur aku telah habiskan pelajaran aku ..
kerana selama ini siang dan malam dia berdoa
agar aku menjadi manusia yang mampu berdikari ..

Mak aku kata ..
saat perkahwinan aku itulah yang paling dia nantikan ..
kerana aku telah memberinya seorang lagi anak ..
untuk dia menumpang kasih sayang
bagi menghabiskan sisa sisa umurnya ..

Aku kata pada mak aku ..
Aku bersyukur sangat kepada Allah ..
dia tidak membuang aku di tepi tong sampah ..
atau memberi kepada orang lain ..
membesarkan aku dengan penuh kesabaran ..
menghayunkan buaian dengan penuh kasih sayang ..
menyiapkan bekalan makanan di pagi hari untuk aku bawa ke sekolah ..

Aku berterima kasih kepada mak aku ..
kerana dia sanggup bergolok gadai harta pusakanya
untuk memberi pelajaran kepada aku
agar aku menjadi insan berguna kepada masyarakat ..

Aku bersyukur kepada Allah ..
Kerana memberi aku seorang ibu .. seorang ayah ..
sehingga kini aku masih menagih kasih sayang mereka ..
dan mereka tidak langsung lokek akan kasih sayang mereka ..

Ya Allah .. Ya Tuhanku ..
Kau ampunilah segala dosa dosa kami ..
Kau ampunilah segala dosa dosa ibu dah ayah kami ..
Walaupun aku menjadi manusia kini ..
namun segala jasa kedua ibu bapa ku
aku tidak mampu membayarnya
walaupun berjuta wang ringgi aku hulurkan ..

RePublish - original di SINI

You May Also Like

14 comments

  1. amin.....rindu mak kat kg la pulak

    BalasPadam
  2. Salam Ben, teruskan, teruskan n teruskan. karya anda sangat bererti dan menusuk hati.
    Syukur Ben diberi kelebihan dalam bidang ini n dapat berkongsi dgn ramai insan lain.
    Saya.........

    BalasPadam
  3. ayah dan ibu.... ayah dan ibu... inilah... permulaan kami... dpt melihat bulan dan matahari... aaaaaa ayah dan ibu.... ayah dan ibu mestilah dihormati....

    BalasPadam
  4. sangat menghayat hati~ bru jauh dgn mak dh nak balik ni =(

    BalasPadam
  5. hargai lah mereka sementara mereka masih ada...

    BalasPadam
  6. memang tersuntuh hati la baca nih... hurm... :)

    BalasPadam
  7. syahdu jer di petang2 hari nih...rindu nak balik kg...huhuhu

    BalasPadam
  8. terharunya ;'') saya sayang mama saya :'') walaupun dia garang dan suka wresling saya.

    BalasPadam
  9. amin....rindu lak mak kat kg..huhuhu

    BalasPadam