"Alamak .. salah orang ! "

by - Selasa, Julai 19, 2011

 

Panas barankah orang kita ? Atau terlampau ambik beratkah orang kita ni ? Orang kita ni maksud aku , rakyat Malaysia .. Kenapa aku kata gitu eh ?

Aku bagi senario dia eh .. Ada satu kejadian ragut ... si peragut tu lari , kemudian diberkas orang ramai .. Maka , tanpa tunggu pihak polis , mereka dah amik tindakan dengan membelasah si peragut tu bertubi-tubi .. Alasan mereka ialah , peragut tu penjenayah dan patut dibelasah .. Atau peragut tu mungkin boleh mendatangkan kecederaan ..

Kedua , berlaku satu kes kemalangan kereta di satu kawasan taman perumahan atau kampung .. Kereta tu telah terlanggar seorang penunggang motosikal .. Mangsa telah tercedera  .. Manakala pemandu kereta tu telah memberhentikan kereta untuk menolong mangsa tadi tu .. Orang kampung datang ramai ramai .. Rasa rasa apa jadi ?

Pukul dulu baru tanya kan ? Cepat benar kita jatuhkan hukum kan ? Untuk senario pertama , mmg benar dia peragut .. mmg benar dia bersalah .. Tapi sapa kita nak jatuhkan hukum ?? Sapa kita nak belasah dia ? Kalau kita belasah dia , apa beza kita dengan dia ? Sama je la kan ? Kalau benar dia mencederakan mangsa... Tangkap dan bagi je pada polis.. Kalau dia melawan , barulah ada alasan .. Mempertahankan diri .. Tapi yang berlaku biasanya adalah , suka suka belasah orang .. Pastu bangga lak tu bila cerita balik .. Aah.. bangga pukul orang eh ? tu pon bila ramai ramai .. Cer sorang sorang ?

Kes kemalangan .. Hurm... tu pasal diorng kata , kalau laggar orang kat kawasan kampung , cepat cepat lari g balai polis berhampiran.. buat report.. kalau berenti , sah sah kena belasah .. Camana tu ? Nak salahkan sapa ? Kadang kadang kita tak tau punca.. Entah tayar meletop .. Atau masalah mekanikal yang lain .. Tau tau driver kena belasah .. Hurm..

Kalau kena kat orang lain , cepat je bagi keputusan .. kalau kena kat batang hidung sendiri ??

You May Also Like

26 comments

  1. orang malaysia memang banyak ragam. haha

    BalasPadam
  2. betul tuh beben..sape lar kite nak jatuhkan hukum..menolong tuh tak salah,tapi ade caranya,jangan main BELASAH jer... :)

    BalasPadam
  3. sebab tu byk langgar lari kot....hehehe

    belasah orang sedap kot....hehehe, tapi kalau betul² bersalah xpelah....kalau sebab eksiden....baik settle kat balai saja. Senang!!!

    BalasPadam
  4. takutnyer....berhenti nak bantu last2 kita kena belasah..huhu

    bkn kes kemalangan je...byk kes lain.klu kena tang org len sedap je nak jatuhkan hukuman kan?

    BalasPadam
  5. Orang Melayu ni ada semangat assabiyah yang tnggi -..-"

    BalasPadam
  6. erm..tu la sikap org kte.. betul tu abg ben, klau langgar org kt kawasan kampung ni klau berhenti mmg cari nahas la.. masak dibelasahnya nanti..suka sgt nk jatuhkan hukum pda org,, kekadang yg dilanggar tu melalukan bnyak kesilapan, xpkai helmet,xada lesen.. sape yg nk disalahkan kt situ?

    BalasPadam
  7. haha.. memang selalu macam tu la.. apatah lagi yang melanggar tu remaja ala2 mat rempit,memang kena belasah teruk la budak tu.. huhu penah dkt kampung sy remaja terlanggar sorang budak, takla terukpun sikit jer luka, datuk budak tu keluar rumah p belasah remaja tu.. hoho mcm2

    BalasPadam
  8. betul..betul..betul..terlalu prihatin pun susah gak..

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  9. kene atas batang hidung sendiri abis penyet laaa hidung yang tak mancung tu abg ben...heheheeee..

    tak kene tak pe, dah kene baru tau :)

    BalasPadam
  10. tmbh2 lg kalau yg lain2 kaum....lg la meletup kt situ.

    BalasPadam
  11. ini lah zaman skrg..bila la mentaliti mcm ni nak brubah..huhuhuhuhu ><

    BalasPadam
  12. ni semua ni punca2 daripada short thinker.

    BalasPadam
  13. peragut tu dah ragut ahli kuarga dia kot tu yang tetiba jadi baran.. apepun nak menolong memang boleh tapi kalo belasah dengan teruk tu dah sama plak macam samseng.. nak buat apa2 kena fikir dulu dan berpada2.

    BalasPadam
  14. selagi x kena batang hidung sendiri selagi tu diaorg senang2 je buat keputusan.. erm..

    BalasPadam
  15. tu lah tu mereka mudah untuk menjatuh hukum pada sesorang... memang mereka bersalah, tapi kita tak tahu kenapa mereka melakuakn perkara itu

    BalasPadam
  16. saya pernah sepak sorang budak lelaki dalam lingkungan umur 19 tahun yg cuba untuk mengambil beg saya tahun lepas..dia jatuh,lepas tu saya sepak belakang dia sekali lagi..salah ke tindakan saya?saya pun x tau la dari mana kekuatan tu datang..ianya datang sendiri je..huhu

    BalasPadam
  17. geram sangat gamaknya...tu hentam dulu.
    jiran pun dulu pernah, pencuri masuk compound nk curi sumthing, tak sempat kena tangkap...depa ikat kaki tangan, lying down dekat motorbike yg dah terbalik....di pukul di sepak etc..makcik kesian nengok, tapi ada orang yg tengok tu kata.."oooo budak ni...mmg tak serik serik.."
    -kesian & geram sama banyak- (ie if he's a genuine 'convict' lah

    BalasPadam
  18. takut tgok org kena langgar....tambah2 penunggang motor, dgn drh byk huhuhu ngeri..semua xselamat dh zaman sekarang nih..haissshh nauzubillah =))

    BalasPadam
  19. kebanyakan org skrg ni rase dorg tu penguasa. tu yg selamba badak je buat hukuman sendri.
    ari tu kne kat kakak aku. dia bwk keta n nak masuk simpang. sekali ada motor tetiba lintas dpn dia. x sengaja terlanggar. pastu budak motor tu (pompuan) bangun marah2 kata kakak aku yg salah sbb x pandang dia nak lintas. pastu ada laki mana tah dtg xtau citer terus suruh kakak aku bayar ganti rugi.
    kesimpulan dia, kebanyakan org melayu memang prihatin x bertempat.

    BalasPadam
  20. hurmmm..memang dah jadi kebiasaan orang malaysia buat camtu...

    Mai la lawat blog saya:
    http://depalma-sp.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. tambah-tambah kalu terlanggar budak sekolah..cepat2 la gi balai polis weii...tggu naya je kat situ...
    alamak masuk icu la ko nanti huhu...
    ScaniaZ Hot Post...Koleksi Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Perkahwinan Adiknya (40 Pics)!

    BalasPadam
  22. kan...cari peluang nak belasah je kerjanya..\\ish2~

    http://aida4eva.blogspot.com

    BalasPadam
  23. kita sama di mata tuhan...tiada darjat yg berbeza tp kita sendiri yg cipta..

    BalasPadam
  24. realiti memang macam tu la kn?? harap saya tak buat kesimpulan awal mcm tu...buat saya berfikir kejap hehehe

    BalasPadam