Sekadar renungan .. Jangan lupa diri ..

by - Sabtu, Julai 02, 2011

 

Tadi aku ada keluarkan satu lirik lagu Uk's , ciptaan Saari Amri .. Cuba baca kat SINI balik .. Kemudian aku teringat kembali cerita cerita beliau tatkala dia berada di kemuncak dan akhirnya segalanya hilang dalam sekelip mata ... Harta.. rakan rakan seperjuangan ..

Satu artikal yang aku jumpa ...

"Namun, tatkala namanya di puncak kejayaan, tragedi hitam yang menimpa dirinya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar November, 1996 bagaikan meragut segala kemewahan miliknya.

Tiada lagi nama yang dulunya cukup disanjung, rakan-rakan, teman artis malah ibarat jatuh ditimpa tangga, dirinya dibebani hutang keliling pinggang.

Ditambah pula terkesan akibat kemalangan itu keadaan dirinya tidak mampu mengingati siapa dirinya.

Mujur ketika itu, isterinya, Senorita Abdul Rahman, 38, serta empat anaknya, Mohd. Fitri Amri, 14, Iras Irmarita, 13, Iras Marliani, 10, dan Amri Farizwan, 7, sentiasa disisinya memberikan semangat serta memasang keyakinan bahawa Saari akan kembali sembuh seperti sediakala.

Lima tahun dibelenggu pelbagai persoalan, akhirnya Saari kembali sembuh. Dan peristiwa hitam itu benar-benar memberi pengalaman dan pengajaran besar buat dirinya.

Ditemui baru-baru ini, biarpun kelihatan sihat namun susuk badannya bagaikan menterjemah kepayahan yang dilaluinya sepanjang tempoh untuk kembali berkarya seperti sebelumnya.

“Alhamdulillah sekarang saya sudah semakin pulih. Sebenarnya saya tidak menghilang ke mana-mana saya cuma banyak berehat dan hidup dengan duit royalti.

“Kemalangan yang saya alami suatu ketika dahulu, memberi kesan yang besar buat diri saya. Saya hilang segala-galanya. Ibarat jatuh terduduk.

“Sekarang apa yang boleh saya fikir, tiada kawan-kawan pun tak mengapa sebab saya masih ada punca rezeki dan keluarga iaitu isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan dan semangat buat saya,” katanya.

Walaupun lama menghilang, kata Saari, dia sebenarnya tidak pernah melupakan bidang penciptaan lagu. Malah, muncul semula dengan single terbaru nyanyian Rahmat Ekamatra.

“Dahulu bukan saya tidak mencuba buat lagu. Selepas kemalangan, saya sakit selama lima tahun dan dalam tempoh itu saya bagaikan orang lain. Saya tak ingat apa-apa, apabila orang bertanya saya bercerita yang bukan-bukan dan saya tidak boleh kawal keadaan itu.

“Namun selepas pulih, saya banyak terlibat dengan aktiviti penjurian. Ramai yang panggil saya untuk menjadi juri pelbagai pertandingan kecil.

“Daripada situ saya mencipta lagu dan mencari bakat-bakat baru. Sayangnya kerana masalah ekonomi, cubaan saya untuk mengetengahkan bakat baru menemui jalan buntu,” kata Saari lagi.

Jelas Saari, biarpun diselubungi awan hitam yang ternyata menyukarkan langkahnya untuk kembali aktif dalam bidang muzik, apa yang pasti dia tidak mengeluh.

“Syukur saya masih ada punca rezeki. Perbezaan ketara yang saya alami kini ialah saya mempunyai masa rehat yang panjang berbanding dahulu.

“Segala yang terjadi sudah tertulis buat diri saya. Sekarang fikiran saya begitu tenang. Apa yang penting, keluarga saya kekal dan bahagia sentiasa.

“Satu yang boleh saya katakan, walau susah jangan sesekali kita menyakiti hati orang. Pasti ada rezeki dan jalan terbaik yang ditunjukkan Tuhan kepada kita,” kata Saari lagi. " - UTUSAN

Hurm... ramai antara kita ( termasuk aku ) sering alpa .. seolah olah selamanya kita akan berada di dunia ini dan juga berada si satu tahap yang selesa sampai bila bila ... Satu perasaan yang mana boleh memakan diri sendiri satu hari nanti jika tidak berhati hati ..

image

Antara kata-katanya yang aku petik di KOSMO ..

" Saya sedar zaman saya sudah berlalu tetapi saya tidak pernah sesekali patah semangat untuk terus berkarya.

"Walaupun tidak seaktif dulu, jiwa saya masih dalam bidang penciptaan lagu," ujarnya yang memuji kredibiliti yang ada pada penyanyi dan komposer era terkini, Yuna.

Meskipun hanya belajar setakat darjah enam, itu sudah memadai untuknya tahu membaca, menulis dan membolehkannya mencipta lirik-lirik puitis.Beritahunya lagi, setiap karya yang dihasilkan telus daripada hatinya. Mungkin, itu yang menyebabkan lagu-lagunya bertahan sehingga ke hari ini.

"Saya seorang yang kuat berangan dan suka mendengar cerita orang. Jika saya tidak pernah alami sesuatu pengalaman, saya akan gunakan angan-angan dan pengalaman orang lain untuk menulis lirik.

"Tetapi kebiasaannya karya saya terhasil daripada hati saya sendiri, apa yang saya rasa ketika itu saya akan luahkannya dalam lirik dan lagu. Kalau sedih, sedihlah lagu itu, jika gembira maka lagu itu akan bernada gembira," ungkapnya. " KOSMO ..

Berapa ramaikah di antara kita diberi peluang kedua untuk membetulkan kehidupan kita ? Sama sama kita fikirkan kembali tujuan kita di atas muka bumi yang fana ini ..

You May Also Like

12 comments

  1. nikmat dunia hanyalah pinjaman. sekelip mata DIA boleh ambil semuanya... =)

    BalasPadam
  2. whoa! pnjang giler nak baca..huhu
    tp best..yerla,x selalu kita senang..kdang2 ujian dtg untuk menduga iman kita..wallualam

    BalasPadam
  3. hurm... roda itu berputar... begitu juga hidup kita...
    bila saya memikirkan hal2 yang buruk... saya mula terbayangkan masa depan yang musnah... dan dari itu saya akan cuba jadi manusia yang bersyukur...

    thanks abg ben untuk renungan ini..
    :)

    BalasPadam
  4. wah2...bukan men lg..huhu...ni renungan bersama nih..huhu

    BalasPadam
  5. tahun 1996 arisha dilahirkan .. and at the same time tahun itu jugak beliau ditimpa kemalangan? so pity of hie, but alhamdulillah he's going better now right...welcoming him back as the entertainer in the entertain world!

    BalasPadam
  6. as salam..
    hidup deangan redha setiap apa yang berlaku..mengatasi masalah dengan niat dan semangat yang bagaikan gunung.

    insya'Allah dipermudahkan-Nya atas sesuatu urusan tu..kita sentiasa diberikan peluang kedua(wallahua'alam) atas sandaran-Nya yang mengingatkan kita..cuma kita sedar atau tak. dan selagi belum terjadinya dua perkara ini. maut, atau pun kiamat.

    tapi, bab dalm keadaan koma dan hilang ingatan, walalhua'lam..

    BalasPadam
  7. lucky him dapat peluang kedua, mampu ingat balik .
    lucky him masih ada keluarga yang sayang .
    lucky him masih ada bakat .

    BalasPadam
  8. semuanya milik Dia, jgn terlalu selesa dgn kedudukan kte, sekejap je blh jatuh.. msa jtuh tu tahu lah kte btapa sakitnya

    BalasPadam
  9. moral dari kisah ni..berjuta kawan di dunia pun bila kita jatuh keluarga juga yg memapah kita utk bgn semula. Jadi.. Utamakan keluarga sebelum org lain sebab mereka adalah harta yg tak mampu di beli
    BERSIH AKTIVITI BERFAEDAH.JADI JOM SERTAI
    KEJAR DENGAN PENYAPU. KAU BERANI NGORAT AKU??1
    BERITA BAIK UNTUK BLOGGER. PENYUMBANG TRAFFIC KE BLOG DENAI HATI AKAN DI BAYAR

    BalasPadam
  10. jangan lah kita lupa diri :)

    jom ramai2 letak nizam ijam dalam bloglist :)
    Posisi Iklan Nuffnang Yang Terbaik Di Blog

    BalasPadam
  11. betol2. bila2 je DIA boleh tarik nikmat. nauzubillah. :')

    BalasPadam