Sikap orang kita ...

by - Jumaat, Julai 22, 2011

 

Belajar tinggi-tinggi , pastu keje ngan orang ... Nape ? Sebab dah mmg begitu .. Tujuan belajar tinggi-tinggi adalah untuk makan gaji yang lebih besar dengan orang lain .. Best kan ?

Aku pernah suarakan nak berenti keje dan buat bisnis .. Tau apa jawapan yang aku terima ? Boleh ke hidup nanti ? Sapa nak bagi gaji cam skang ni ? Loan , insentif dan macam macam lagi .. Sapa nak bagi ?

Bila kita tengok bangsa cina , pandu kereta mewah , apa dalam kepala kita ? Mesti pk bukan bukan kan ? Sedangkan mereka lebih gemar berniaga dari makan gaji dengan orang lain.. Sebab itu mereka berjaya dalam hidup mereka.. Mereka berani perjudikan nasib mereka.. Kita ? Apa yang ada , cukuplah .. tu yang sampai RM5 pon kebas masuk poket !

Camana bangsa kita nak bergerak ke depan ? Cuba bagitau ? Baru kemukakan idea , dah ada yang cantas .. Bila nak mula bisnis , ada mulut mula mencebik.. Tapi bila dah berjaya .. " kaulah sedara ku.. dialah kawan ku... Kau lupakan aku kah ? "

Akhirnya , kata dunia berat sebelah .. Kata dunia tidak adil.. sedangkan kita lihat dulu , nabi s.a.w sendiri pon berniaga ... Tang tu , tak nak lak amik contoh..

Haa.. satu lagi.. kalau dah mula meniaga .. ada la orang bercucuk tanam depan ( tanam tangkal/sihir ) tempat kita cari makan tu.. atau mula g dapatkan pelaris .. Huhuh.. adeh.. macam macam ...

Akhirnya , bisnis kemana .. akidah pon kemana ...

You May Also Like

37 comments

  1. SEBAB TU MELAYU LAMBAT MAJU
    BNYAK SANGAT TAHYUL YANG DIPERCAYA
    X PUAS HATI NGAN KESENANGAN ORANG LAIN

    BalasPadam
  2. biasala abg ben...sifat dengki dn iri hati slalu ada...

    BalasPadam
  3. tp masalahnya bangsa kita x sam macam bangsa cina.yg golongan atasan akan bantu golongan bwhn yg nak mula menapak...itu semangat assabiyah mereka..lagi satu kalau org melayu naik sikikit mulalah ada yg dengki dan iri hati and then mandrem sana sini bg jatuhkan org tu wpon x de ganggu pon si pendengki...ternyata org melayu masih sgt percaya pada alam mistik wpon dah masuk zmn millenium..boleh nak bekerja sendiri kalau dua sebab diatas x de dlm diri org melayu..tp mula2 biarlah setapak demi setapak...jalankan perniagaan sambil kerja ttp...upah org lain kalau x cukup tgn..kalau rasa btol2 dah stabil,barulah ambil kptsn berhenti kerj..org melayu blom ape2 lagi dah berhenti kerja sedangkan tabungan blom kukuh nak tampung faktor luar jangka(eh mcm ekonomi plak)..blom ape2 dah nak beli rumah besar,kereta besar dan penuh peralatan yg x berkaitan...kalau nak beli biarlah benda yg menjamin pulangan lumayan pada masa hdpn spt tanah atau rumah(beli yg kecik pon okeh)..jgn kira status...Rozit Irahim pengasas Sendayu Tinggi kini lebih selesa menaiki Myvi wpon pernah berkereta besar dulu kerana takut ujub dlm diri...itulah sbnrnya hidayah dr Allah.

    BalasPadam
  4. itu sifat melayu mungkin.bkrja brmatian untuk org lain.nak mulakan bisnis tapi mungkin tak de confident lg.hmm.

    BalasPadam
  5. nak kata dunia ni tak adil..xboleh jugak ye..tp xsume yg kita nk boleh dicapai dgn mudah tanpa usaha yg gigih.kdg2 termenung jap..cane azu bila dh kaya nnti?berlagak ke, sombong ke cm org lain yg azu penah jumpa..thahla..no komen!but i like buz..cuma xjumpa produk yg sesuai nk jual..

    BalasPadam
  6. betul sgt tu ben.....

    Bila susah lalat pun tak nak hinggap ben.....malu....hehehe
    senang semua mengaku saudara.....

    Bila nak start businessnye??.....

    BalasPadam
  7. abg ben, saya pernah plan nk buat bisnes dgn kwn serumah, tapi kwn serumah yg lain protes kata kitorang mesti xblh pegi jauh.. kecewa sbb langsung xsupport.. tapi kami xpth semangat, sekarang diam2 sedang merangka proposal dan mengira mana2 yang perlu.. btl kata abg ben, xkn belajar tinggi2 sudahnya jadi kuli jugak..

    BalasPadam
  8. disebabkan ben ashaari telah menyuntik semangat ke dalam diri mama caca yg kuat berangan ni, mama caca nekad nak jual coklat dan apam dot2 untuk hari raya..

    time kasih ben ashaari kerana telah menyedarkan mama caca yg sedang telentang sambil makan choki choki..

    BalasPadam
  9. iri hati terhadap org lain yg lebih berjaya drp kita - penyakit hati yg jahat!

    BalasPadam
  10. betul tu abag ben..kita baru jer bagi cadangan nak buat bisnes terus je ada yang cantas..camtu la camni la..
    kadang kadang niat dan semangat nak buat bisnes terus down bila banyak sangat suara -ve dari orang kat luar sana...
    terfikir gak kan, nape dorang cakap camtu sedangkan dorang tak pernah mencuba..macamlah dorang pernah bankrap sebab buat bisnes..bila tanya 'ko tau mana orang buat bisnes nie tak kemana' dorang jawab 'kawan aku dulu..bla..bla..blaaa..'so kat sini dah nampak dia cakap bukan berdasarkan pengalaman sendiri...

    BalasPadam
  11. betul tu bro..sedeh bile teringat kisah makcik shy yang kena buatan orang sebab berniaga....macam mana Melayu nak maju..cina kedai sebelah2 pon rilex je.....

    BalasPadam
  12. betul2...apa yg abg ben tu ckp btul..
    mcm yg sy buat catatan ni jgak...

    http://kuncilelaki.blogspot.com/2011/07/bersyukurkah-kita.html

    BalasPadam
  13. pemikiran orang melayu perlu berubah dan terbuka sebenarnya.segelintir golongan sahaja yang berniat memberi sokongan dan bantuan.majoriti banyak hasad dengki.itu hakikat sikap Melayu.

    BalasPadam
  14. yes!! orang memang akan selalu pertikaikan macam tu..lebih2 lagi cam makcik2 kat kampung me...

    "tiada guna belajar tinggi2 tapi keja jadi kuli orang lain.." perrggggh!! pedas gilos statement...direct kena kat jantung..sib baek bukan letak jantung tu kat luar...if x,, memang haru lah jadinya...

    tapi belajar tinggi2 x semestinya pas kuar mesti dah tersergam satu bangunan besar yang jadi hak milik kita...nope!!

    usaha kena selarikan dengan keinginan dan kemahuan kita untuk berjaya.. duduk goyang kaki tapi berangan nak terbang setinggi burung... apa kes?

    jujur moon katakan yang moon bangga dengan pencapaian bangsa cina di negara kita...hanya dengan kedai runcit yang kecik pun mampu bertahan hingga berpuluh tahun...menjadi warisan ke anak cucu lagi...siap boleh pakai merc tu..

    Yang melayu ni,, boleh pula malu nak mengaku yang mak bapa kita duk berniaga kedai runcit..pas tu,, bila dah sampai masa nak wariskan kedai tu,, banyak la alasannya... sanggup jadi penganggur terhormat...malu nak berniaga kedai runcit sebab ada PHD...apa cer?!

    BalasPadam
  15. btol btol tu abg ben.Bila tgk bangsa lain maju mula lah fikir bukan2 sedangkan dri sendri tak nak berusaha kan.

    BalasPadam
  16. yea bangsa kita tak berfikiran terbuka macam bangsa lain. tengok bisnes maju nak main sihir apa kejadah la. Dah banyak kali kawan saya kena. kedai kena simbah cat la! dengki punya pasal.bangsa melayu takut nak bersaing sesama sendiri. Bukan nak cakap tengok sesama bangsa cina boleh bersaing sesama sendiri dengan baik walaupun menjual bisnes peralatan yang sama.yang tu kita patut contohi.;))

    BalasPadam
  17. makhluk allah yg bernana manusia mmg mcm tu, tp skrg ni bukan kira kaum mana.. lebih kurang sama je. masing2 punya suka hati nak buat mcm mana kan, sehingga tak peduli org lain. pendengki merata-rata wujud, kekadang org yg rapat dengan kite pun ade -.- sabar je lah...

    BalasPadam
  18. makhluk allah yg bernana manusia mmg mcm tu, tp skrg ni bukan kira kaum mana.. lebih kurang sama je. masing2 punya suka hati nak buat mcm mana kan, sehingga tak peduli org lain. pendengki merata-rata wujud, kekadang org yg rapat dengan kite pun ade -.- sabar je lah...

    BalasPadam
  19. ermm sikap owg melayu tu sendiri suka mencantas org len . ade je yg iri hati . mcm mane melayu nk maju . haih !

    BalasPadam
  20. Tu ler dunia akhir zaman bro... Dengki dan fitnah berleluasa.. Melayu sekarang ni memang suka tengok melayu lain susah.... takleh tengok orang senang... Mula la nak tanam macam-macam.... Orang kata zaman moden makin takde benda tahyul....SILAP! Dunia je moden... pemikiran makin bodoh dan dungu... Tu tak bincang pasal kaki ampu lagi tu.... Ni yang rasa nak buat entri nih... Komen pun dah panjang gini dah...

    BalasPadam
  21. Cik semut kalau berniaga cepat betol kesian kat orang.. =)

    BalasPadam
  22. setuju bro...orangk kita kebanyakannya cepat lemah semangat dan putus asa....lagi satu takder bakat berniaga....;)

    BalasPadam
  23. Sedang mengalaminya..

    tapi..

    mengapa perlu tunduk dengan semua itu..

    gandakan usaha.. cari keberkatan.. insya'ALLAH..

    BalasPadam
  24. yela abg ben..kadang2 ada gak org kita yg malu nak berniaga..nape ntah.bukan kita mengemis pun..kan rasulullah pun berniaga...psl tanam tangkal tu mmmg 100% betul..suami cf penah berniaga dulu kena sihir..tp kami xputus asa..sampai skrg kami berusaha untuk berjaya dalam perniagaan.sampai bila nak mn gaji je?berniaga la baru dapat rezki lebih..

    BalasPadam
  25. rmi orng melayu TAKUT, takut ambek risiko berniaga.. sikap PENAKUT ni yang melemahkan kita.. kita hanya BERANI BERKATA-KATA je tapi TAKUT ambek tindakkan.. :)

    BalasPadam
  26. haha..betul tu.. org melayu jual tepi jalan pakai payung.... org cina jual dalam bangunan.. nampak sangat bezanya..

    BalasPadam
  27. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.

    BalasPadam
  28. butul2!
    nabi gallakan kite berniaga
    tapi tulah..mentaliti owang sekarang
    suke hamik pangkat yg x bertauliah tu, PHD, abih sume nak disihirkan bile tgk owg lain berjaya..~ aigooo

    BalasPadam
  29. As-Salam Abg.Ben..
    Saya tgh cuti2 sem ni keje dengan orang cina.Diorang ni sebenarnya ada sangat respek dengan orang lain tak kira bangsa if kita pun respek cara diorang.Diorang ni pun sangat komited dengan keje/tugasan yang diberikan,diorang takkan main2 punya klow bab2 bisnes ni.Orang kita ni klow nak blaja buat bisnes,blaja dgn orang cina.diorang expert. :)

    BalasPadam
  30. nak berniaga kena berani,rajin dan sabar..cabar diri bersaing dengan orang cina

    BalasPadam
  31. <-- dari dulu sampai skrg keje sendiri,..

    BalasPadam
  32. saya dah buat entry macam ni tapi belum publish lagi, dah seminggu dalam draft.. huhu.

    cube tengok yahudi sokong bangsa dia macamne. Ben pernah dengar kisah seorang yahudi naik teksi kat US tu?

    BalasPadam
  33. emmm . betul ! amek contoh Nabi Muhammad SAW sendiri . ni tak , amek jugak orang / bangsa asing . hishhh .

    BalasPadam
  34. saye kalau boleh tanak keje ngn orang. tak suka. nak bukak firm sendiri. tapi susahlah. kena start dari bawah. kalau kaya bolehlah kan. lagipon now ni under jpa. kena keje dgn govt lagi nanti. parents ckp igt sng ke nak keje sndri la apela. tak terjamin. loan bank pon susah nak dapat. -___-

    BalasPadam
  35. sgt like this p0st..bila pk2 blik,.it is true yg m0stly students skrg have that kind 0f percepti0n,.bl da grad nk kje dgn establish c0mpany(klu dpt la kaan :p)0r dgn erti kta laen mkn gaji. eh,sy pun slh s0rg student tu,.ngeh2,.keinginan utk bt business sndri mmg ada,.im m0re int0 event industry..tp ya,byk pers0alan sgt kt kepala, n xbrani nk amek risik0 mcm Chinese like incik ben ckp..pasni kne plan blik rncangan after grad..hihi,.dgr khutbah td pun brkaitan dgn nie..thanks incik ben c0z bkk mta bdkkecik neh^-^

    BalasPadam