Blogger bajek bagus !

by - Khamis, Ogos 18, 2011

 

Hurm.. Bila aku suruh buat entri kebajikan , diorng malas ! Tapi bab nak kacau blogger , rajin ! Pelik betul la manusia yang berbangsa melayu ni ..

Maaf cakap la yer .. tapi inilah hakikat.. Aku bukan nak kondem bangsa aku sendiri tapi inilah kenyataannya .. Bila ada yang rajin mencangkul , ada pulak rajin meracun kemudian ketawa berdekah dekah !

Kalau malas , jangan ganggu orang.. Biarlah mereka nak update blog mereka camana sekali pon .. Ini bila blogger tu rajin update , disoundnya bajet bagus ! Gila ke apa ? Kalau malas update pon pasti disoundnya bajet malas ! Haiyaaa.. Lu ada masalah ka bhai ?? Kalau sedang sedang je update , kata bajet otai lak ! Hadoi... urat otak belah mana yang putus bang oiiiii !

Maaf cakap la.. sesungguhnya orang macam ni la kan , takkan maju dalam apa pon bidang yang diceburinya .. Bila tengok ada yang naik , mula tabur fitnah.. mula bagi patah semangat.. last last ?? Jumpa bomoh ! Baru puas hati perut ! Bab dosa pahala , tolak tepi .. Janji dapat ketawa berdekah dekah dengan syaitan yang sedang dibelenggu tu !

Bawak bawak la insaf ...

You May Also Like

17 comments

  1. beselah tuh. PHD tinggi sangat. tak paham orang cmni. semoga dorang ni berubah lah kan. jangan nak condemn orang jek !

    BalasPadam
  2. saya setuju dengan Abg Ben ..

    http://simpl3blog.blogspot.com

    BalasPadam
  3. sabar jelah abg ben.. biasalah mulut manusia memang takleh tutup. yang penting abg ben buat segmen 'blogger prihatin' tu untuk kebajikan. biarkan aje bang..

    BalasPadam
  4. haha..sabor abg ben..jgn mrah2..sory sbb x dpt join segmen td..tp pasal IMF sy akn update sntiasa,,,:)

    BalasPadam
  5. haha! betul tu a.ben.. setuju sangat..

    tak tau kenapa, manusia tak boleh tengok orang lain senang. mesti ada je idea nak jatuhkan orang lain.. >.<" kadang-kadang penat melayan kerenah manusia macam ni..

    paling tak boleh tahan bila tabur fitnah. entah apa yang dia dapat bila fitnah orang tak tau laa

    BalasPadam
  6. mungkin org yg mcm tu adalah org yg tak mampu jadi seperti org yg dikutuknya.
    means tak mampu lakukan sprti yg org lain lakukan.

    BalasPadam
  7. dorang ckp cmtu . sebab klau diorang buat . tak ramai join .

    BalasPadam
  8. Baik suruh diaorg - diaorg ni tngok 'The Arrivals'.So terbebas gak minda bahak-bahak ngan setan tu.
    bosannyaaaa dengan manusia bsikap begini...

    jangan berjalan di hadapanku kerana kau x dpt pimpin aku,
    jangan berjalan di belakangku kerna aku tak nampak kau,
    berjalanlah seiringan denganku agar kita bisa berjuang bersama-sama.

    sekian makaseyyy!

    BalasPadam
  9. mulut orang kita tak boleh nak tutup ..biar la mereka nak cakap apa, nanti senyap la tu ..

    BalasPadam
  10. alamak...ada org mcm tu ke bro..?? sy siap sedih2 ni tak dapat nak join segmen kebajikan tu.tapi,ada pula manusia berhati kurang bagus main sound tepat mcm tu kan.ish,bulan puasa ni cuba la tambah pahala.yg pegi cari dosa tu buat apa la pulak nye..

    BalasPadam
  11. hahaha..nk gelak jahat ni..meme pon abe ben..=)

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah... entry saya yang join segment blogger prihatin tu mendapat perhatian juga walau seorang dua pun sgt membawa erti... saya dah siap bagi no akaun maybank dan CIMB kat situ dan cara cara nk menyumbang. Harap dapat membuka ramai pihak lagi...

    BalasPadam
  13. Setuju dengan abang Ben. Kadang kadang orang macam gini yang buat semangat org lain patah. -_-

    BalasPadam
  14. Betul tu.. saya suka simple, dah nama pun blogging ni ikut citaras / niat masing2. So, kalau rasa malas baca, klik je "pangkah".

    BalasPadam
  15. Salam Ben, biaselah dalam perjuangan n kehidupan nie ada pelbagai cabaran. Tapi kalau kite kuat, cabaran sebegini akan menguatkan semangat kita. Ambillah iktibar perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda menghadapi pelbagai dugaan n rintangan semasa berjuang menegakkan agama ALLAH. dengan kuasa Allah Baginda berjaya melakukan perubahan besar dan mejadi ikutan umat hingga kini.
    Percayalah mereka tak kan kemane, mereka hanya nak acah kite aje. Kalau kite lemah maka tewaslah kita. Mereka akan berkata alah acah skit je dah menggelabah....Jadi dimana kita sebenarnya????
    Dlm setiap perjuangan mesti ada strategi utk menang, jadi kita juge mesti ada strategi bukan setakat mempertahan apa yg kite perjuangkan malah kita juga mesti berazam utk menewas n memusnahkan niat dan perbuatan jahat mereka.
    Jadi kite mesti kuat. Utk kuat kite kena bersatu n berupaya merancang dan melancarkan strategi2 tertentu semoga apa yg kite hasratkan tercapai. Dengan kerjasama semua pihak yg menyokong dan Bantuan ALLAH tidak mustahil matlamat kite akan tercapai. Maaf jika ulasan ini agak mencabar n membakar minda kita.

    BalasPadam