En.CUEPACS , jangan dok tengok bonus jer !

by - Isnin, Ogos 08, 2011

 

image

Cik Qila , pinjam sat keratan akhbar ni yer ..

 

Dari dulu .. selalu begitu .. Mungkin bukan rezeki aku ... Tak per la , tapi kena bukak mata kali ni .. Tak kira kerajaan ke atau CUEPACS ke.. Jgn dok tengok 'tang tu' jer ...

Nasib penjawat awam yang bertaraf kontrak , dengar cerita akan ditamatkan kontrak penghujung tahun ini .. Bayangkan mereka yang dah berkhidmat bertahun tahun lamanya , dengan pengalaman serta skill yang ada , 'diketepikan' begitu saja .. Masalahnya bukan dah taraf OLD TIMER tetapi masih muda ...

Tak ke rasa rugi bila mereka yang dah berjasa selama ini serta punya pengalaman dilupakan begitu jer? Kemudian buat lantikan baru ,dan hantar gi kursus..

CUEPACS ni pon satu hal.. dari dulu tak habis habis dok mintak bonus itu ini .. bab lain diorg tak pandang ke ? Apakah CUEPACS ni hanya mementingkan yang tetap saja ? Yang kontrak ni camana ? Tidak berkhidmat untuk negara ke ? Kena maki , sama sama .. Kena marah , pon sama.. Bezanya , bila tak diperlukan , 'KONTRAK ANDA DITAMATKAN ' berbanding yang tetap , 'ANDA DITUKARKAN' ..

Seperkara lagi , yang kontrak ni takkan merasa  ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG .. kenapa ? Sebab kontrak ... Haih... Mmg la gaji dibayar tapi jangan lupa mereka ini pon WARGANEGARA MALAYSIA ... bukan pendatang asing yang bekerja kat sini ..

Tu je la aku nak bagitau .. Makin bosan ngan CUEPACS .. Tiap-tiap tahun , mintak bonus .. bagus la.. yang memerlukan dapat bantuan .. Yang dah melimpah ruah tu , tak payah dah la ..

Jangan lupa , ada beribu ribu penjawat awam berstatus kontrak .. Susah sangat ke nak diserapkan tetap atau bagi peluang untuk diserap .. Ni habuk pon tarak .. Asyik asyik janji.. Lagi 10 tahun baru nak tunaikan ?

Mungkin aku tulis ni akan memberi risiko .. tapi sampai bila kan ? Ikut saluran ? Bukak mata laaaa.... G turun tengok 'anak buah' tuu...

You May Also Like

26 comments

  1. salam, betul tu, luaskan skop perjuangan dan lihat semua golongan yang bergelar pekerja gomen..

    BalasPadam
  2. biaselah bang ben.. yang kaya semakin kaya dan yang kecil ni akan semakin tertindas..

    *have a nice day*

    BalasPadam
  3. tak berkhidmat dalam industri pekerjaan lagi ni..hhaha

    BalasPadam
  4. abg ben..jgnla emo2. Kami penjawat awam ni bukan nak sgt bonus tu, tp yg tetap ni kdg2 rs xdihargai.Tujuan Kerajaan amik yg pekerja kontrak (golongan muda) spy mereka ada pengalaman yg cukup untuk mencari pekerjaan di luar bila kontrak dah tamat. Jika ada pengambilan baru, mereka akan diserapkan. So sbrnya nasib kontrak ni terbela juga. Ada pro and kon abg ben. :)

    BalasPadam
  5. Terkena kat wife aku hari tu.... dijanjikan keje di Putrajaya.... tetapi cancel sebab dibekukan pengambilan pekerja kontrak....sebabnya....nak tamatkan kesemua pekerja kontrak.... haih...

    BalasPadam
  6. betui-betui...sy penah ddk kt jwtn kontrak br je dpt tetap..time kontrak rse mcm anak tiri je.cuti belajar pon xleh -.-'

    BalasPadam
  7. Macam company tempat aieN bkerje,just contract sje walaupon diorang sudah bkerje hmpir 2,3 tahun..mslh betol dgn semue nie..tp plik pulak,bile dh nme pon kontrak,boleh dpt pekerje cemerlang lagi..maybe rezeki agknyer..biasela tu bang ben..masalh betol CUEPACS nie..

    BalasPadam
  8. betul tu. saya dah malas nak dengar janji2 manis dan kosong CEUPACS ni. Kalau ada, saya amik. Kalau takde, berserahlah. Keje tetap keje gak. Mungkin orang kat luar sana ingat gaji gomen ni banyak la sangat. Tapi hakikatnya.. hurm.. tak tau nak cakap pe. Dah malas nak letak harapan.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  9. setuju sangat dengan kenyataan abang Ben sal mereka tetap warganegara bukan pendatang...dahlah berusaha menaikan nama tempat kerja mereka...tapi dibuang begitu sahaja. janganlah kerana kesilapan orang sebelum ini, orang sekarang jadi mangsa keadaan...memang patut pun ramai warganegara kita yang berhijrah ke luar negara sebab tidak dihargai usaha mereka bila berada di dalam negara sendiri

    BalasPadam
  10. abang ben, yang kontrak pun dapat jugaklah APC abang ben.dekat opis lea sampai beratus org diberi APC.Belum lagi ganjaran selepas tamat kontrak setiap 2-3 tahun.

    BalasPadam
  11. Itulah pasal,,,anak akak yg telah berkhidmat sebagai Pegawai Khidmat Sangkut ( N41 ) selama 4 tahun dg Kem. Pertanian telah ditamatkan perkhidmatannya pada bulan Mei lepas dg alasan kerajaan dah takde duit nak bayar gaji. Walaupun PKS ini hanya di kehendaki dan di bayar gaji untuk 5 jam sehari tapi demi tugas setiap hari anak akak tetap bekerja seperti penjawat tetap ( 8am - 5 pm ). Ada di hargai???... Hhhmmm.....nak buat camne kuasa di tangan depa......

    BalasPadam
  12. ala..kalau cuepacs mintak 5 bulan pun ramai yg dah tak heran...bukan apa..mintak tak penah dapat pun..huhuhu

    BalasPadam
  13. suke statement mama caca :D mmg xpenah dpt pon :p

    BalasPadam
  14. entah lerrr...orang keje bank komisen base pun xde bonus...camne??

    ade orang kisah?? xdepun......
    kesian²

    BalasPadam
  15. cik ayu pun nak masuk 4 tahun berkhidmat secara kontrak sambilan.. da la gaji ari..skang ni lg haru bila kena tukar status PKS.. gaji kena potong..xde cuti..kontrak 3 bulan je..sedeyyyyy.. macam x dihargai plak khidmat bakti tahun2 sebelumnya tu

    BalasPadam
  16. saya pon sama jugak situasi dengan CIK AYU.. sedihhh jugakk.. dah 3 tahun bkhidmat.. ni ke blasan yg dapat :-( raya nnti nak cuti kena potong gaji.. plus dgn cuti umum 3 ari..tggal ckit je gaji..hukhuk =(

    BalasPadam
  17. bukan ke pegawai kontrak pun dapat Anugerah Khidmat Cemerlang? kat tempat Mas dapat je...

    tentang bonus ni mintalah camne pun memang susah nak dpt dah sekarang ni, kalau dpt pun bantuan kewangan RM500 tu!

    BalasPadam
  18. apa salahnya cuepacs mintak bonus,sebab itu pun permintaan kebanyakan penjawat awam..kalau yang taknak bonus tu pun mungkin segelintir sahaja (yang duit dah banyak hasil daripada kerja sampingan sampai dah taktahu nak buat apa dengan duit banyak tu)..

    BalasPadam
  19. bonus tu aku dgt setiap tahun mintak..tp dapat nya TIDAK..2 bulan la, 1 bulan la..mana ada..plg kurang, nk sejukkam hati rakyat bagi rm500 jer la..itu pun lpas ramai2 bising..erm

    pasal kontrak tuh..entah la abg ben, tmpat sy keje ni pun ramai yg kontrak..kdg2 kesian diaorg yg terpaksa diberhentikan..ada anak bini plak tuh..erm...

    BalasPadam
  20. tentang APC tu selalunya state post bergantung kepada pertimbangan pihak jabatan.if federal mmg sama sekali takde pun dapat APC.semasa post kontrak diwujudkan..pihak atasan perlu menyediakan paper reorg utk wujudkan post tetap.tapi kelulusan yang mengambil masa lama dan bertahun-tahun..lainlah orang-orang PTD..sure cepat lulus (jgn marah ye)post technical banyak sangat cekadak.itu ini tak cukup.Kadang-kadang yg keje tetap dan muda ni takde knowledge dan tak rajin bertanya yang senior,makan circular pun tak baca,buat kerja main hentam keromo.Orang yang kontrak bertahun lagi makan garam.I dah pernah kerja 6 tahun kontrak with state, tapi Alhamdulillah bonus still dapat etc.Kecuali tak boleh buat loan (bergantung kepada SUK).Memang terasa dianaktirikan kadang-kadang sebaab title KONTRAK,walhal kita kerja teruk juga dan sama macam orang tetap.Tapi if pihak atasan tak aware dan amik kisah orang yang kontrak, sampai bila-bila pun tak selesai.Namun, ada juga yang simpati dan berusaha fight untuk budak-budak kontrak.Fikirkan nak bg anak-anak makan apa.Tapi staf kontrak memang tak boleh harapkan post tetap itu,perlu cari alternatif lain demi masa depan.
    p/s:teringat sorang hamba Allah berkata kepada rakan kontrak (KO KENA SEDAR KO TU SAPA?''KONTRAK!!)

    BalasPadam
  21. bile status kontrak cmnie la.. slalu terasa diri nie terumbang ambing... sobs3xx...~

    BalasPadam
  22. Hmm..Sambilan kat tpt kerja saya dah disuruh mencari alternatif lain. Sayang sangat sebab staf sambilan kerja bagus2. Cuma takde peluang untuk tetap.

    Kenapa ye? Malaysia tengah berjimat nak bina bangunan mega 100 tingkat ke? Ops!

    BalasPadam
  23. aku pun kontrak gak. kat opis aku nie..memang sangat obvious bos sendiri kata kontrak lagi bagus dari tetap dari aspek kualiti kerje..dahla kontrak macam aku nie kene kerje sampai malam...bayangkanla..kalau balk kul 10-11 malam tue dah biasa dah....tapi sebab amanah aku buat...bos pulak takdala sibuk2 usahakan nak jadikan kontrak nie tetap...cakap manis mulut nak bagi recommendation letter bagai...takda maknanya..time nak interview takda bagi pun letter tue sbb konon tak brani bertanggunjawab kalau bagi kontrak nie tatap..sebenarnya boleyh jer kalau nak usahakan jadi tetap..cumabesela manusia ni...perut sendiri kenyang dahla....then skang aku decide nak kluar/...walaupun bos aku tak brapa steuju ngan decision aku.bila aku tanya ad ajaminan tak..mulala terkulat2 nak bagi jawapan.....

    BalasPadam