" Jaga aurat isteri .. bukan bini .. "

by - Khamis, Ogos 11, 2011

 

Terima kasih atas keprihatinan rakan blogger sekalian .. Pelbagai nasihat dan cadangan diberikan kepada aku .. Aku harap segala padangan ini dapat dikongsi bersama rakan yang lain seperti UJANG dan PEMBACA WACANA yang mana mereka sama bakal bergelar ayah (insyaAllah.. doakan kami ) dan juga ramai lagi rakan blogger yang sedang mengandung ( doakan kesejahteraan mereka yer ) ..

Mula mula aku nak bagitau , aku ceritakan segala di dalam blog ini adalah isihati aku dan bukannya sbb nak berlagak atau nak riak .. Mintak dijauhkan perasaan itu , Ya Allah .. Aku sedar risiko bila bercerita dalam blog ini .. Serius aku katakan ada yang tak suka .. Betul ! Jangan terkejut ..

Dulu masa mula mula aku berblog , ada sekumpulan geng geng yang bengang dengan entri aku dan wife ( ada isu blog masa tu dan dah disettlekan tapi tetap dipanjangkan oleh 'mereka' ) , siap tulis doa yang cukup menyayat hati seorang wanita jika membacanya dan ianya ditulis sendiri oleh seorang wanita yang cukup angkuh dengan kejayaanya sebagai seorang ibu ..Baru ada sorang anak tu.. Dah cukup riak .. Astagfirullah al a'zim.. Aku tak tau dah mana dia g.. tutup blog atau dah jadi blogger popular kot ?

Ok tinggalkan yang itu.. Berkenaan dengan isu aurat isteri ... Buat pengetahuan , aku seorang yang cukup cemburu .. Cemburu aku ni boleh menjadikan aku seperti HULK bila datang .. Haa.. jgn tak tau .. Bila bab aurat ni , kalau baju jarang pon aku dah hangin ni kan pulak bab nak kena bukak baju ??

Buat pengetahuan , Dr.Hamid Arshat sangat pentingkan semua ni.. Dari mula masuk ke kliniknya , hinggalah ke pembantunya , semuanya wanita kecuali yang melibatkan lelaki, dia ada seorang pakar lelaki ..

Dan wife aku juga seorang yang sangat pentingkan auratnya .. Kenapa kami ke sana ? Setelah bertanyakan rakan rakan yang pernah ke sana ( adik ipar aku sendiri ke sana ) ,mereka kata Dr.Hamid sangat peka dlm isu ini dan juga pakar dalam memberi khidmat nasihat ..

Kami sendiri pon dah berbincang , bersalin nanti akan ke hospital kerajaan atau ke klinik yang mana doktornya adalah wanita  .. Kami fikir semua ..

Dan seperkara lagi ! Ini cumalah antara ikhtiar kami .. Ada juga rakan kami yang pergi berubat dengan Dr.Hamid tapi berjaya.. Jangan lupa , kita mampu berusaha.. segalanya adalah kuasa Allah.. Banyakkan berdoa dan jangan putus asa.. Aku sendiri pon tak tau untung nasib aku.. Apa yang boleh aku buat cumalah berkongsi segala cerita dengan rakan rakan .. Jangan lupa , ini blog.. Bukan sekadar menulis cerita gossip artis atau mengutip duit iklan saja ..

You May Also Like

22 comments

  1. :) nice sharing abg ben :) take care your wife carefully. May Allah always bless ur family n new baby soon :)

    BalasPadam
  2. terima kasih ben...
    syukur semuanya okey2...

    insyallah.. ayu pun nak cuba, mana tau ada rezeki kami...

    BalasPadam
  3. nape zila lama diam?... miss her so much.... kirim salam take care pd zila..

    BalasPadam
  4. banyakkan usaha dan doa :) insyaAllah Allah akan dengar :)

    BalasPadam
  5. ben boleh ke pusat bersalin muslimah...tempat tu semua staff perempuan..alhamdulillah, yg 1st aritu kat PBM.

    BalasPadam
  6. kat swk belum ada encik ben.. ke saya tak tau? so far memang tak de.. tapi boleh request kalau kat hospital swasta... sy pun fikir nanti nak ke sana.. ermm..

    BalasPadam
  7. yup, selagi boleh cari yang perempuan untuk sentuh kita yang perempuan ni, try la cari sedaya mungkin... walaupun dalam perubatan aurat tu dikira darurat..tapi selagi boleh dapat yang perempuan, usahalah kann...

    BalasPadam
  8. Dr hamid memang sangat menjaga etika. plus dia islamik. dan ilmu kat beliau mungkin tak de pada doktor lain.. kelebihan Allah nak bagi kat dia. Dah lama dah kak Es dok follow nasihat2 dari dia...sangat bagus Dr ni.
    kalau suami jenis tak kisah aurat pun, Dr ni tetap kisah...
    Tak pe la ben...sabar dengan komen2 peringatan tu.

    BalasPadam
  9. terima kasih sudi kongsikan ni.. saya selalu terfikirkan hal ni bila memikirkan ramai pakar puan ni adalah lelaki.. alhamdulillah Dr. Hamid ni bagus orangnya... senang nak rekemenkan kat kawan2 kalau camtu...

    org perempuan ni selalu was2 bila doktor tu lelaki.. sy sendiri akan pergi ke klinik al amin yg mana cuma doktor perempuan dibenarkan buat scan pada org mengandung.. bagus ada procedure mcm tu..

    skrg ni sayangnya cuma hospital kerajaan je yang kurang peka sikit isu ni..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah semasa sya pregnant tu semuanya doc perempuan... nurse pun perempuan.. kena pandai pilih hospital la...

    BalasPadam
  11. wah cemburu buleh jadi HULK? bahaya ni abis laa semua muscel2 tricep, bicep, chest semua keluar....

    aaaaaaaa lariiiiiiiii.....

    betul tu... saya blogging pun sebab suka bekarya... suka lukis2 bubble kartoon...

    sikit-sikit cerita artis tu biasa ler... hehe

    BalasPadam
  12. salam ben - lina pun 2 thn lalu check up dengan Dr Hamid. Dr hamid sgt fatherly...masa dia buat scan dia tak tengok pun dia dah tahu....mmg sgt pakar dan teliti :)

    BalasPadam
  13. dia mmg pelopor pakar o&G di Malaysia, tapi di luar sana dah ramai yang pakar dan malahan ada yg lebih up to date.sy tidak memburukkan dia..tapi byk Dr mempunyai program dan method yg berbeza membuat treatment.Sekarang ni mmg byk alternatif utk kita berubat dgn adanya teknologi yg canggih.Frankly speaking mmg sy frust berubat dgn dia,tapi nk buat camne..tak semua org serasi dan ikut nasib/takdir.Btw Dr. pakar perempuan skg mmg dah ramai..sy pun wat treatment dgn Dr zamri from DEMC.Setiap pendekatan Dr berbeza dan tugas Dr adalah merawat pesakit.Yg penting nawaitu kita.

    BalasPadam
  14. terikut2 sy dgn entri ben ttg preggy nih lately.suka dan sering doakan yg baik2..entri dri blog kegemaran sy ni special utk ben..teruslah menjaga aqidah :)http://ummuhusna99.blogspot.com/2011/06/nilai-seutas-gelang-tangan.html

    BalasPadam
  15. erk.. nak tnye..
    yang g berubat ngan doktor hamid tu...
    memasing berjaye mngandung ke?

    kalo ye.. boleyh saye dpat kan alamat nye? nak suh akak pegi jugak..

    boleyh kah?

    thank u..

    BalasPadam
  16. untung kalau kita mampu nak bersalin kat private.. kalau x mampu? hospital kjaan x utamakan bab aurat2 ni, pengalaman akak lae,.. terkangkang la korang kat tengah2 ruang.. tayangan free je.. apa nak buat yang penting baby dan ibu selamat dan tok yg high risk pun tepaksa lae tebalkan muka besalin kat sepital kjaan.. bukan takat tayangan free, dirodok free dgn doktor pelatih pun biasa jee...

    BalasPadam
  17. SALAM,,,
    EN BEN...SAYA NAK BERKONGSI INFO NGN EN BEN.. :)

    http://beautifulgirl84.blogspot.com/2011/06/bersalin-doktor-hukum-by-noraslina.html

    BalasPadam
  18. yup betol tu abg ben. ini blog. saat inilah kita nak menceritakan segala kemanisan dalam kehidupan.
    semoga selamat dan sihat hendaknya ibu dan kandungan..

    Jom Lawat Che Mat.com

    BalasPadam
  19. salam..tahniah abang Ben bakal jadi ayah...semoga semuanya selamat...jangan lupa galakkan isteri baca surah-surah tertentu untuk dapat anak soleh, sihat, dan pintar

    BalasPadam