" Kesian kat kakitangan kontrak .. haih "

by - Selasa, Ogos 09, 2011

 

Alhamdulillah.. Kerajaan bermurah hati nak bagi bonus setengah bulan gaji pada penjawat awam ... Itu dah diduga .. Baki , hujung tahun ..Jadi , bonus sebulan gaji la kan ? Hehe.. bijak bijak.. Boleh g abiskan duit kat Sogo.. Sogo gak kaya.. hahaha..

Yang tetap , tersenyum lebar.. Yang kontrak ? Seperti tahun tahun yang sudah , dapat tapi bukan semua !! Aku check keyword mereka yang google dan tersangku di blog aku .. Ramai wooo check nak tau samada mereka yang bertaraf kontrak ni dapat ke tak ..

kerajaan bagi bonus

staf kontrak pon bole dapat bonus setengah bulan

penjawat kontrak bonus

bonus setengah bulan kontrak

Bukan semua penjawat awam kontrak dapat bonus tau .. tapi pembahagian tugas ? Kena marah ? Sama je ... Hurm... Aku bukan pertikaikan.. Yer , rezeki masing masing .. tapi pelik , mereka ni bukan anak jati tempatan.. Majoriti mereka ni dari luar bandar ..

Pengalaman untuk mereka ? Cakap senang .. Setelah bertahun tahun bekerja takkan semudah itu nak g cari kerja lain ? Umur pon dah lanjut .. Yang keluar dar IPT makin berlambak.. Kekosongan jawatan di sektor swasta bukan banyak pon.. Kalau ada , cerewet protokolnya .. Tu lom lagi diisi dek suku sakat .. Yang terbiar tapi berkelayakan serta berbakat , camana ?

Diharap pihak kerajaan dapatlah memberi mereka mereka ini peluang untuk berkhidmat dengan status TETAP seperti mana bekas bekas guru sandaran mendapat peluang mereka akhirnya ..

Double standard berlaku diantara KONTRAK dan TETAP .. Contoh bila awal tahun.. pembahagian diari tahunan , hanya diberi pada yang tetap . Yang kontrak walaupun dah bertahun tahun berkhidmat , camana ? 

Hurm.. sapa lagi nak kesiankan mereka kalau bukan kita ? Ini bukan soal rezeki atau apa .. tapi ini soal kebajikan rakyat MALAYSIA sendiri..

Yang dapat tu , bawak bawak berjimat..

You May Also Like

39 comments

  1. sebab tu aku berhenti kontrak..nak tetap payah gile

    BalasPadam
  2. betul tu abg ben...awal tahun dah nampak yang kontrak di pinggirkan..nak bagi diari pon berkira kira..ish!! diari untuk staff kontrak tak masuk dalam baget ke apa...heheheeee

    BalasPadam
  3. entah la....majikan pun xde duit kot.....bonus kena bayar.....

    BalasPadam
  4. xkesian pun. bukan dorg je yg x dapat bonus. ktorg yg keje ngan swasta ni pon x dpt bonus gak. nak dpt bonus pun tggu la kot raya cina ni.. huhuhu.. Betul la, skrg ni susah betul nak dapat keje. Aku tgk tempat keje aku ni suka amik budak2 foreigner. Budak2 kita ni x cukup bagus ke? Alahai..

    BalasPadam
  5. qila pon penah jgk kontrak tp alhamdulillah thn2 sudah dapat jugak la merasa cm org tetap. ada certain2 je xdpt keistimewaan cm org tetap :)

    BalasPadam
  6. errrr...abg ben ni keje kontrak ke..??? ke bini?? ke sape2 dalam family. Sbr la abg ben..memang begitu.Yg tetap xpuas hati yang kontrak pun sama. Dhla skrg nak buat pembekuan pengambilan kakitangan awam. sy memahami. senyum sket abg ben.. =)

    BalasPadam
  7. erm.. kesian, mereka spt diank tirikan...

    BalasPadam
  8. hampehlah asyik dpt bonus jer....bila nak wajibkan majikan swasta pun bg bonus pd staff memasing.....tlglah PM...

    BalasPadam
  9. mmg entri ni kene betol2 kat batang hidung aku...adoi...
    selamat dapat kad raya dari org atasan, kalo kad raya pun die org saring, aku mmg chaw terus dari jadi kontrak....lol

    pffttttt...

    Acapsuur: snap3 & kongsi (>,<)

    BalasPadam
  10. sekarang ni payah dapat keje.kalau dpt kontrak pun brsyukur la jgk even xdpt bonus dr dok menganggur kt luar.macam saya ni :( huk2.

    BalasPadam
  11. x paham sgt sbb belom kerja..

    pape pun baik buat business..sbb kita adalah bos..hahaha

    tp business x senang..mcm blogger jugak la

    BalasPadam
  12. kerja swasta pun tak dapat bonus jugak bro..bos kata hujung tahun baru dapat, itu pun tgk keadaan dulu..haish..

    BalasPadam
  13. Abg Ben : http://fitribintisenin.blogspot.com/2011/08/begitula-jadinya-sekarang-ni.html

    BalasPadam
  14. kita serupa la ben.. letih da, status kontrak tp beban keje kalah yang tetap. bila penjawat tetap dpt bonus, kita nganga je la.. sedih gilerr..nk tukar keje lain, umo da 3series. mana ade company nk amik.. nak berhenti, fikir ade beban bulanan yang kena tanggung.. akhirnya, keje dgn hati x ikhlas

    BalasPadam
  15. Takpelah..tak kesian pon takpe..Sapa yang duduk dlm status kontrak ni dia tahu la..pahit manis. Bagi pekerja swasta tak dapat bonus raya, dapat juga merasa bonus raya cina. Tp bagi pekerja awam berstatus kontrak ni kot celah mana nk dapat bonus raya cina pulak kan. Bagi tahun2 lepas apa jenis bonus pon dapat abg ben..TAPIII tak sama mcm org tetap. Sbbnya jumlah bonus bahagi dgn 12 bulan then kena darab dgn bulan yg bekerja penuh (klu bln tu ada mc,wlu sehari, bulan itu tidak diambil kira)
    Tolak itu, tolak ini..sbb tu penah ada yg dapat RM20 ja..wlupon jumlah sebenar RM500.00. Tak semua tahu akn hal ni..tak semua yg faham. Tapi itu lah..saya berpegang klu bukan namanya rezeki kita, wlupon seringgit bukan hak kita. (Hanya itulah dapat menyedapkan hati yg bergolak)Apapun sy masih menanti pekeliling untuk menentukan cara pembayaran bonus bagi kakitangan kontark :)

    BalasPadam
  16. suhaida subri atleast dapat gak time raya cina klu psh(pekerja sambilan ni x de maknanya nak dapat raya puasa ker..raya cina ker..raya india ker cornfirm tak dapat....

    BalasPadam
  17. hmmm...kontrak ok lg kot dari jawatan sambilan yang sama je mcm kakitangan kontrak tp gaji kami makin kurang disebabkan pekeliling baru...gaji by day tuhhh...jgn harapla na dpt jawatan tetap walau keja da bertahun...aku pun tgh carik peluang pekerjaan baru sbb da xble blah duk sni...

    BalasPadam
  18. salam, yang tetap patut bersyukur dan teruskan berkhidmat dengan cemerlang...prihatin dengn yg kontrak dan sambilan, tp berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...sabor je lah.

    BalasPadam
  19. @Che Meow

    yeke che meow..bukan dari dulu ke bayarn gaji sambilan di kira per day sbb kt pejabat dah laksana dari dulu byrn perday

    BalasPadam
  20. @Che Meow

    yeke che meow..bukan dari dulu ke bayarn gaji sambilan di kira per day sbb kt pejabat dah laksana dari dulu byrn perday

    BalasPadam
  21. setuju sangat-sangattttttt...... skang keje kontrak... nak dapat tetap, payah giler sebab kekosongan jawatan memang sikit dan dengar dibekukan pun ada... sedih giler... tapi dengarnya bulan 8 ni kekosongan akan dibuka..

    BalasPadam
  22. nama je keja kontrak tapi beban keja da mcm yg tetap.. malah ada yg lebih teruk lagi.. bila tak perform org mengata.. sampai diugut utk diberhentikan. kerajaan kenalah peka dgn pekerja kontrak. kalau takda kontrak menangisla pekerja tetap nak setelkan keja. Aku rasalah kan klu pekerja kontrak ramai2 mogok tak keja.. menangisla pekerja2 tetap! Beban kerja da tentulah bertambah!

    Pekerja kontrak pun ada keluarga, anak2 nak dibagi makan. Klu kerajaan tak bagi mmg la sangat tak adil!

    BalasPadam
  23. wee
    betol tu abg ben!
    kontrak ke x ke..
    sume menyumbg tenaga utk negara =)

    BalasPadam
  24. entry nie aku setuju 110%.....kesian ooooo ngat budak2 kontrak nie.....keje bagai nak giler gak sama macam tetap tp orang lain makan isi dia makan tulang jer......rezeki memang datangnya dari Allah swt tapi ada gak orang nak buat keje tuhan halang rezeki orang......adoiyaiiii

    BalasPadam
  25. ermm ape beza kontrak dan sambilan ? cik fadh pown bkerja dengan kerajaan bawah Kementerian Pengajian Tinggi berstatus kontrak tapi tiada beza pown dengan yg status tetap . cik fadh tetap dpt elaun tetap khidmat awam, elaun perumahan dan bantuan sara hidup . bonus taun lepas yg kontrak pown dpt full mcm yg berstatus tetap . ermm mcm mane tu ? adakah yg xdpt bonus full tu sambilan ? atau kontrak tp ade bezanyer lar . ermm confius..mgkin bawah kementerian pengajian tinggi lain statusnya sbb universiti ada yg badan berkanun kn . ermm pada yg berstatus kontrak, sabarlah . mgkin bukan rezeki kita lagi untuk daptakn jawatan tetap kerana kuota tetap yg sikit . yg penting kita tunjukkan prestasi kerja kita supaya dapat meyakinkan majikan kita ;)

    BalasPadam
  26. adoiiiiiiii..apa la nasib kontrak...dah berapa kali dok sambung ja keja, tetap dak lagi pun...nak kawen pun org reject bila dengaq kontrak..huhuhuhu

    BalasPadam
  27. wah...bestnye dapat bonus..x macam saya..:(

    BalasPadam
  28. kelebihan yg diperolehi staff kontrak adalah atas budibicara pegawai kewangan negeri/ketua jabatan/PTD(pentadbiran)@cik fadh one of staff kontrak yg beruntung.watever it is, peranan top management is wujudkan jawatan dgn justifikasi yang reasonable.so para PTD, jgn banyak birokrasi juga, tak semua PTD pandai buat decision dan mahir ttg pentadbiran

    BalasPadam
  29. saya pernah jd staf kontrak dulu,bunos raya n hujung tahun still dpt jgk, mule2 kne potong, pastu dbyar penuh semula, alhamdulillah saya sekarang pekerja tetap, bersabar dan rajin berusaha, rezeki ada dimana2..cume cepat atau lmbt je dapt..

    BalasPadam
  30. diari tahunan?...hehehe..walaupun bertaraf tetap, tapi diari pun tak dapat..sebab..di utamakan kepada group pengurusan sahaja....tapi tak per la...diari jerr...hehehe

    BalasPadam
  31. jgn pandang jauh la..den ni ajo dah 4 taun tak dapek bonus...(kontrak juo)
    yg dio bg kat org pencen buat apo?
    dah pencen..bukan buat kojo gov lagi...

    BalasPadam
  32. staf kontrak under federal post Insya Allah dpt gak merasa bonus tu once JPA luluskan ur warrant gaji pd ur kementerian/jabatan.apapun u all kene tahu title u all contract dgn JPA/kementerian

    BalasPadam
  33. Alhamdulillah untuk semua pegawai sementara, Pekerja Sambilan Harian, contract of service,
    contract for service dan guru sandaran turut diberi imbuhan raya bulan ni..syukur..boleh cek kat sini—>http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2011/08/pp082011.pdf

    BalasPadam
  34. NI LA NAMANYA DAH BAGI BETIS NAK PEHA DAH UNDANG2 N KETENTUAN MCM TU KENAPA NAK PERTIKAI SEBELUM SAIN SUMER SETUJU SUMER BOLEH BILA DAH DAPAT LAIN CITER APER NI JGN LA NAK PERTIKAI SAPE SURUH KEJA NI G LA CARI KEJA LAIN KLU X PUAS ATI.MMG KENA LA TERIMA KENYATAAN KONTRAK MMG TAK SAMA TARAF N ADVANTAGE DGN TETAP TETIMA AJER LA DGN HATI TERBUKA DAN REDHA BARU LA TAK TIMBUL HAL BERBANGKIT MCM NI.....FIKIR2KAN

    BalasPadam
  35. @Noryn Danish Azuan

    Kenapa nak hina pekerja kontrak/sambilan? Kami pun manusia juga, kami nak keistimewaan juga bukan minta dari kau tapi minta dari kerajaan yang upah kami....Baru2 ni kerajaan dah berhentikan semua pekerja sambilan harian untuk jabatan pendidikan kedah. Ramai anak melayu menganggur. Tiada notis sebulan, cuma dapat notis sehari sebelum nak berhenti dari pejabat daerah. Tu pun tak semua tahu, kena tanya rakan2 sejawat. Apa ni??? Kenapa kerajaan layan anak bangsa sendiri macam sampah??? Dimana perikemanusiaan dan dukungan ajaran islam? Kata negara islam, kenapa tindas rakyatnya macam kerajaan diktator??!!!!!Bersyukurlah anda dapat kerja tetap, tetapi kalau ditipu hidup2 macam kami semua, mungkin anda akan berkelakuan lebih teruk daripada kami semua wahai cik noryn, tak usahlah angkuh di bumi tuhan, kita semua sama hambaNya juga.

    BalasPadam
  36. @Noryn Danish Azuan

    Kenapa nak hina pekerja kontrak/sambilan? Kami pun manusia juga, kami nak keistimewaan juga bukan minta dari kau tapi minta dari kerajaan yang upah kami....Baru2 ni kerajaan dah berhentikan semua pekerja sambilan harian untuk jabatan pendidikan kedah. Ramai anak melayu menganggur. Tiada notis sebulan, cuma dapat notis sehari sebelum nak berhenti dari pejabat daerah. Tu pun tak semua tahu, kena tanya rakan2 sejawat. Apa ni??? Kenapa kerajaan layan anak bangsa sendiri macam sampah??? Dimana perikemanusiaan dan dukungan ajaran islam? Kata negara islam, kenapa tindas rakyatnya macam kerajaan diktator??!!!!!Bersyukurlah anda dapat kerja tetap, tetapi kalau ditipu hidup2 macam kami semua, mungkin anda akan berkelakuan lebih teruk daripada kami semua wahai cik noryn, tak usahlah angkuh di bumi tuhan, kita semua sama hambaNya juga.....

    BalasPadam