" Lu gebang je lebih bhai ! Lu dah buat ke ?? "

 

IKLAN : Asterisk Hijab (Printed) Syria : Aidilfitri Sale : RM28 only !

 

Haa... ini pon satu isu gak ni .. Sebelum tu , nak tanya .. dah join segmen RAMADHAN kali ni ? Belum lagi ? Meh usha dulu.. kalu rasa nak join , silakan ..kalau sekadar nak war war pon , silakan .. Takde sapa nak curah asid kat muka korang punya .. Jangan wisau yer .. Meh klik SINI ..

Bulan depan , 2 tahun dah aku dalam dunia blog ni .. Pelbagai asam garam aku dah lalui sepanjang 2 tahun.. Jangan lupa , 2 tahun aku tu 24 jam ngadap laptop tanpa cuti .. Bukan la setiap saat atau minit tapi dari pagi hingga ke pagi .. kecuali tidur dan melakukan perkara2 yang sewaktu dengannya .. Tak bagitau , nanti isu gak .. grr..

Sebelum ni , kalau aku buat entri amal jariah atau bab bab agama , pasti akan 'burung kelicap' singgah ..

" Ko cakap ni ko dah buat ke ?? "

Haih.. kang aku tulis , diorg kata aku riak atau berlagak pulak .. Ni yang aku pening nih .. Susah susah .. Susah nak fahamkan 'burung burung kelicap' ni ..

Dengan pengalaman yang aku dah lalui itu maka , aku pon ubah skit entri aku.. Aku cerita skittt je yang aku dah 'melakukannya' atau tujuan untuk memberitahu 'aku bukan cerita kosong jer ' .. Tapi apa yang berlaku pulak ?

" Bhai .. lu diam diam sudah la.. tak payah kompang satu dunia ! "

Pulak ???? Aku bukan pasang speaker bagi tau .. Aku tak tulis pon jumlah berapa aku derma .. Aku menunjukkah  ? Lohh... Bila dah tulis , maka tak perlu tanya dah .. Bermakna aku yakin dengan badan kebajikan tersebut .. Kalau kena tipu , maka ramai ramai la kena tipu kan ? Haaa.. Nasib baik tak tipu kan .. Sbb dah buat penyelidikan terlebih dahulu ..

Ni la masalah orang kita .. Buat salah.. tak buat salah .. Ada je nak dipertikaikan .. Diam tak kena .. Bising lagi la tak kena .. Last last apa ? Eh , lu pk la sendiri !

Apa lak aku ???

22 ulasan:

  1. abg ben best la..
    tetap cool je..
    ske bace blog2 abg ben nie..

    BalasPadam
  2. sbb jealous. biaq pi je ben. kita tak mati pun bak kata ben!! heheh

    BalasPadam
  3. tak pe..biarkan dia berkicau.
    sukahati la kita nak tuli apa bukan blog dia pun kan...
    nak bagi berapa pun , bukan seluk poket dia...ibarat bagi tangan kanan tangan kiri tak perasan.

    Burung kelicap tu kalau sedap mcm burung puyuh boleh diSUpkan kan ...

    BalasPadam
  4. Tu la masalah yang memang ada dalam diri manusia yang tak boleh nak di hakis..PHD over sangat..Sebab tu la semuanya serba tak kena.. =..="

    BalasPadam
  5. like!!
    terima kasih atas pendapat abg ben di entri Mas tu...

    orang macam ni memang tak bahagia kalau tak dengki ngan orang!

    BalasPadam
  6. Resam dunia. Bila nak buat kerja amal, mesti ada yang suka kondem. Buat patah semangat. Dugaan semua tu. Yang penting kita teruskan ajer kerja amal kita.

    BalasPadam
  7. baikkk..sye diam..hehe..xde kaitan...gurau ja en ben..=^.^=


    daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali...^o^

    BalasPadam
  8. dengki hihi.. bulan pose pun dengki.. org buat baik dikata-kata.. buat jahat plak dikutuk2..

    BalasPadam
  9. susah lah kalau org yang jeles ni. hurmm...

    BalasPadam
  10. sume nk d'jdkn isu . Manusia penuh dgn hasad dngki kn . Tp lu mmg best bro . Cool manjang lebor . Hehe

    BalasPadam
  11. aku pun dah terfikir tadi... takkan nak bitau berapa derma kot... 'burung' itu nak kena lastik tu... buat burung golek... haha..

    BalasPadam
  12. alaaaa...sapa boleh tutup mulut manusia?? biarkan apa yang dorang nak cakap abg ben..dah bosan nati dorang diam laaaa..

    BalasPadam
  13. dengki lew tu..owg ambik berkat..mukan dengki...;d..kah...

    BalasPadam
  14. dengki lew tu..owg ambik berkat..mukan dengki...;d..kah...

    BalasPadam
  15. biasa ar abg ben, dunia ni mane pun owg sentiasa tak puas hati dgn kelebihan org lain... karang klu buat jahat lagi kecoh satu dunia... klu wat baik mula lak nak mengata.. "eh..si polan tu bg derma ckit pun nak kecoh, mcm tak ikhlas jer" huhu..

    *apa pun tak boleh.. (ayat JAMBU)

    BalasPadam
  16. dia tau komplen je... mintak dia bagi proposal baik punya, maklum le yg kita buat memanjang tak sempurna.

    BalasPadam
  17. ni pendapat saya..rasanya kalau soal amal ibadat yg kita sendiri buat,x perlu kot nak tulis dalam entri KECUALI kalau niat kita untuk berdakwah rasanya x salah..bergantung pada keadaan la encek beng..hehe..

    BalasPadam
  18. wuhuu.. bease la tuh. inilah sifat2 pendengki ~~ heh

    btw, jemput join segmen mr right ye(:

    http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/segmen-kibarkan-jalur-gemilang-di-blog.html

    BalasPadam
  19. manusia nie tak pernah berpuas hati dengan apa yang dimilikinya dan juga orang lain...

    Entri Menarik Di Sini:
    1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
    2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
    3)Faktor Kegagalan Pelajar Universiti

    BalasPadam
  20. aslkm...beng2 bong..
    biar la orang nak kate ape..yang penting kita tau kita ikhlas...=)

    BalasPadam
  21. kadang2 tak faham camne org macam ni wujud. tapi nak buat camne? dah dorang wujud. layankan je.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.