Mamat Sepah kata " Sekadar kawan tapi .."

by - Selasa, Ogos 16, 2011

 

Mamat .. kalau suka , baik selesaikan jer.. Maksud aku , masuk minang .. pastu kawin .. Dapat anak , kasi besarkan .. pastu antar g sekolah .. Belajar rajin rajin .. Pastu jadi anak bangsa yang berjaya .. Jangan kasi jadi ahli politik atau pelakon... Tamo ok ?  Kasi dia berbakti pada negara dan agama ..

Maaf la yer .. aku mmg tak gemar isu artis ni tapi tipulah aku tak minat tengok tv.. Dan aku antara ribuan peminat kumpulan Sepah pastinya gembira dengan perkhabaran ini ..

Tapi dengarnya Mamat bercinta dengan orang lain sebelum ni kan ? Ada yang kata Mamat lupa daratan ? Neh.. kalau dah bukan jodoh nak kata apa kan ? Segalanya adalah ketentuan Ilahi .. Jangan menuding jari , nanti kena kat kita balik.. Bahaya tu ..

Kisah mereka ..

Mula 'kenal' setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem "Man Sewel Datang KL", kini selepas hampir 6 bulan berkawan rapat, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali dengan nama Mamat daripada kumpulan Sepah mengakui dia dan aktres Rafidah Ibrahim atau Fida sedang berkawan rapat tapi serius.

"Ya, kami dalam tempoh mengenali satu sama lain. Bukan tidak mahu mengaku bercinta tapi lebih baik bersikap sederhana kerana risau sekiranya terjadi apa-apa memandangkan kami baru saja berkenalan. Saya percaya pada jodoh dan takdir, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana," ujar Mamat mengenai status hubungannya bersama bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Mamat tanpa berselindung turut menceritakan ciri-ciri Fida yang membuatkan dia terpaut sayang pada sepupu penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

"Walaupun karekter Fida dan saya berbeza, tapi terus terang saya senang berkawan dengannya. Pada pendapat saya Fida seorang yang tenang, baik dan cantik. Saya serius berkawan dengannya malah, mengenalinya saya mula berubah kepada seorang yang lebih penyabar dalam apa jua keadaan,"akui Mamat ketika yang ditemui di Rakaman Melodi Raya 2011.

Menyentuh tentang adakah dia bercadang membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya di Kulai, Johor kelak. Mamat menyatakan dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya bila tiba masanya kelak.

"Kami berdua masih belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi saya memang bercadang untuk membawa dia bertemu keluarga saya. Saya juga ingin berjumpa dengan ayah Fida, untuk berkenalan dan meminta izin berkawan dengan anak dara orang," jelas Mamat dengan girang. - Yahoo ( 12hb Ogos 2011 )

Dan kata Fida lak , boleh baca kat SINI

You May Also Like

4 comments