Nak percaya sapa ? Ketua atau orang bawahan ?

by - Jumaat, Ogos 19, 2011

 

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (al-Qashas, ayat: 26)

 

Politik.. Kita tak boleh pandang ringan bab politk .. Di mana mana ada politik .. Politik tidak kotor tapi mereka yang berpolitik itulah yang perlu tau akan kekotoran yang sedang mereka lakukan .. Jika kita tidak mengambil berat , kitalah mangsanya ..

Memang benar .. Akhirat nanti mereka akan menjawabnya .. Tapi sebelum tu ? Apakah nak menderita di negara sendiri disebabkan 'ahhh. aku tak kisah .. janji tak kacau aku sudah ! ' ??

Sapa kata tak kacau ? Perhatikan persekitaran hidup kita sekarang ini .. Segalanya ada berbaur politik ... Jangan ingat mereka yang berparti itu saja berpolitik .. Di mana mana ada politik ..

Apakah yang berlaku pada politik di negara kita yang akhirnya membawa kepada pepecahan dan persengkataan ? Apakah semua itu kerana kuasa ? Kekayaan ?

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :

"Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :


"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani) "

-Wikipedia

Terbaca mengenai penafian Panglima ATM mengenai penyelewengan undi pos tentera di Bharian ( rujuk artikal INI ) tadi membuatkan aku tergaru garu kepala ..

" Sapa yang cakap mengarut ni ? Dan sapa aku nak percaya ? Kedua duanya adalah politik ? Aku nak percaya pada kerajaan yang memerintah yang mana banyak menyembunyikan kebenaran atau rakyat yang akhir tidak tahan lagi 'berbohong' tetapi masalahnya dibangkitkan oleh pihak pembangkang ( rujuk artikal INI )

Maaf .. aku bukan bijak pandai politik.. Aku tidak berpengetahuan mengenai sejarah politik di Malaysia ini tetapi aku tahu membaca , aku ada 2 mata , dua telinga dan mengenali ramai rakan rakan yang senantiasa bercerita tentang baik buruknya kedua dua parti ini ..

Sapa kita nak percaya ? Aku sendiri pon ada pengalaman mengenai ketidakadilan dunia politik ini namun aku cumalah mentimun ! Sampai bila lagi kita nak jadi mentimun ?

Pilihan di tangan kita ..

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, ayat: 72)Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami Hilal bin Ali dari 'Atho' bin yasar dari Abu Hurairah radhilayyahu'anhu mengatakan; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; 'bagaimana maksud amanat disia-siakan? ' Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (Shohih Bukhari – Hadis 6015). - Sumber

 

Sama sama kita fikirkan peranan kita sebagai rakyat mahupun pemimpin kecil ..

You May Also Like

8 comments

  1. Hmm, berat ni..susah nak komen..saya juga boleh baca, dengar dan faham..

    BalasPadam
  2. betul2..gunakan kelebihan yang Allah bagi untuk menilai..jangan ikut membuta tuli.

    BalasPadam
  3. isu politik di malaysia terlalu pelik dan media tidak telus. Sbb tu buat tak tau je dah sekarang ni. Tak tau mana satu nak percaya. Kalau nak telus sikit baca je sinar dan tgk berita Awani Ben... TV3 RTM UTUSAN BH comfirm bias. Sinar siarkan je semua cerita tak kira menangkan siapa. Bagus juga...

    BalasPadam
  4. Suara.. dengar semua suara..
    timbang.. fikir.. pilih..
    kadangkala logik tidak lagi diutama..

    BalasPadam
  5. erk ... nak komen per yerk ??? tak tau nk komen apa ...

    BalasPadam
  6. tepuk dada tanya selera.. yang baik kita ikut.. yang x baik janganlah ikut... kita nilaikan sendiri jgn terikut2 orang sudah... keputusan di tgn kita sendiri.. Kita yang memilih..

    BalasPadam
  7. rasanya jln terbaik adalah hapuskan undi pos..pada aku yg jadi masalah adalah proses mengundi tu sendiri..sbb aku dengar undi pos untuk tentera tu kat sampul setiap undi ada letak nama dan no ic tentera..so of course lah org atasan akan tahu.. bukan ke undi tu sepatutnya rahsia?

    aku tak berapa pandai jugak..tapi undi pos ni lebih banyak tak baik dari baik..

    BalasPadam