Video pengakuan bekas komando mengenai undi pos

 

Cerita lanjut : DezamanCottage

tapi lain pulak ceritanya ..

Panglima ATM nafi wujud penyelewengan undi pos tentera

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyangkal dakwaan empat bekas tentera semalam bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Dalam sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, sebentar tadi, Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.

Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.

"Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.
"Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas," katanya. - Bharian

11 ulasan:

  1. Siapa yang untung apabila orang melayu berpecah belah ? Fikir2an lah !

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  2. sape brani ambik..ambikkkkk!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. respek sama ini abang..berani menyatakan yg benar..

    BalasPadam
  4. yang memecahkan melayu adalah orang melayu sendiri... sifirnya mudah,tak perlu risau kalau melayu berpecah...yang patut di risaukan ialah bila umat islam berpecah,melayu itu bangsa,islam itu agama... Agama lebih utama...

    BalasPadam
  5. berani kerana benar ... tapi melayu mudah lupa ...

    BalasPadam
  6. @QasehSuci yup..melayu mudah lupa...dan melayu mudah tpengaruh~ kalaulah melayu bersatu tak ada hasad dengki, tak siapa berani menjatuhkan kita~

    BalasPadam
  7. abih sume dipertikai....inilah dunia politik....


    aben, mohon hebah contest sy jika tidak keberatan....

    http://pageibushifaa.blogspot.com/2011/08/contest-apa-tema-outdoor-uolls.html

    thanks yaa...

    psst : nak jadi seorg ayah mmg saat yg paling gembira dan mendebarkan...n_N

    BalasPadam
  8. terkejut kite dia duk jerit!

    "siapa brani ambik...ambikkk!!!"
    >.<

    Hai lah politikkkk...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009