" WA tatak sombong punya maaa .. "

by - Khamis, Ogos 11, 2011

 

Pergh.. macam macam hal... hahaha.. pening jap aku bila baca pelbagai komen dan pelbagai pendapat lebih lagi mengenai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan .. Sian lelaki ... Kena cari kerja lain dah .. huhu..

Ok .. aku tak nak bicara soal itu .. Bukan pe , orang kita ni mmg 'prihatin' sangat sampaikan ada part yang paling penting namun dia terlupa .. Manusia bukan ? Tak pe , kita amik yang baik ..Alhamdulillah .. Tutup cerita ..

Sejak berpindah ke Putrajaya , aku dan wife selalu balik rumah pada waktu tengahari .. Balik , tidur atau makan pastu baru g kerja semula.. Dekat jer.. heheh..

Nak dijadikan cerita , sewaktu tunggu wife sampai  , aku berdiri kat satu tempat ni .. Tiba tiba depan aku ada sebuah Merchedes putih yang mmg nampak mewah sangat.. Terkedu aku tengok .. Perghh.. mmg cantik gila kereta tu..

Kereta tu lalu depan aku lalu berhenti .. " Ben ! Nak pegi mana ? " . Pemilik kereta tu tegur aku setelah menurunkan tingkap keretanya .. Huhu..

" Tunggu wife .. Dah settle ke ? ".Rupanya aku kenal dia.. Dia selalu datang ke unit tempat aku bekerja  atas urusan perniagaan .. Aku tak sangka lak dia akan memberhentikan kereta untuk menegur aku sedangkan kat atas tadi dah pon kitorang berborak..

" Nak pergi Precint 2 pulak.. Ke pejabat Imigresen " Balas lelaki berbangsa cina kelahiran Pulau Pinang itu ..

" Ooo... " . Aku senyum .. Kemudian dia mintak diri memandangkan ada kereta di belakang dia yang mana kebetulan adalah wife aku .. Tersenyum dan berlalu pergi..

Wife berenti depan aku dan aku dah tau apa soalan yang akan diajukan kepada aku.. Dia tanya aku , kenal ke pemilik kereta tu ? " Apa tak kenalnya .. Dah kenal 5 tahun .. Tapi tak tau lak dia sekaya tu.. huhu "

Best kan ? Kaya tapi tak sombong.. Malangnya bila bangsa aku yang datang berurusan di pejabat aku kerja tu , hanya bila ada 'hal' saja baru nak tersengih bertanya khabar.. Kalau tak ? Selisih pon wat tak tau .. Tu baru kaya 'sikit' .. Haih..

Ni satu cerita lagi .. Tengahari tadi..  Selepas selesai check up di klinik tadi , aku ngan wife pon ke tempat parking kereta .. Hidupkan kereta lalu ke tempat bayar parking ..

Seorang wanita India yang bertugas kat situ memberi senyuman yang amat manisssss sekali .. Dari rupa yang biasa terus nampak cantik sangat .. Walaupun dah berusia ok !! 

" RM5 saja " . Senyum lagi.. Aku memberi duit yang diminta dengan senyuman .. Sejuk hati aku dengan cuaca yang di luar sana yang amat panas dicampur dengan pening kepala lagi ..

Aku pandang wife.. Walaupun hanya 'berpejabat' kecil tapi apa yang dia buat sangatlah besar.. Orang yang tengah 'hangin' satu badan pn boleh sejuk bila tengok dia senyum..

Mau je aku cadangkan pada kerajaan Malaysia dan juga bank bank di Malaysia untuk amik dia lalu dijadikan pengajar kepada mereka yang bekerja di kaunter kaunter perkhidmatan orang ramai .. Subjeknya , MARI BELAJAR SENYUM !

You May Also Like

18 comments

  1. oke, mari lah kita senyum sekarang :)

    BalasPadam
  2. senyum2 sambil kenal2 sambil makan coklat di blog saye!! =D

    http://asyfaro.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. selalu sangat jumpa org yg berlagak bagus ni..geram je rasa

    kalau dah kaya sikit,sampai x nak pandang org lain dah..dia tak tau hidup kita ni mcm roda...

    sat2 lagi jatuh terlentang depan mata kita,hah sapa nak tolong?? kita jugak..

    moralnya jangan berlagak sombong..hehe

    BalasPadam
  4. la panjang je abang ben citer rupanya suro senyum..gahaa..

    yeah anyways. jangan sombong mombong le.sapa la kita nk sombong tmbah lagi semua kat dunia ni pinjaman je.

    BalasPadam
  5. senyum itu sedekah..:) memang senyuman itu boleh menyejukkan hati yang panas..:)

    BalasPadam
  6. hope satu hari anti aku jadi kaya n xlupa diri.. masalahnye bile nak jadi kaya ni.. hehehe

    BalasPadam
  7. Orang kata kalau baik dgn bangsa bukan Melayu ni, mereka mmg akan baik dan akan take care kite bebetul.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..
    abg ben..tumpang share link blog baru saya bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan sarung lengan

    jemput ke blog ::
    http://stokinmuslimah.blogspot.com

    syukran jazilan@tq

    BalasPadam
  9. hang leh buat SEGMEN nie mate hehehehe.....SEGMEN: MARI BELAJAR SENYUM kekekeke

    BalasPadam
  10. senyum itu sedekah.. jom pakat ramai2 senyum.. hehehe.. :D

    BalasPadam
  11. senyum..tak perlu kata apa-apa..hahaha
    ...suh semua nyanyi la lagu tu..hohoho

    Jom Lawat Che Mat.com

    BalasPadam
  12. Tu la..berkat senyum.... smpai hati pun boleh bertaut. Jemput lawat
    http://badrul-perjalananku.blogspot.com

    BalasPadam
  13. senyummmmmm
    x perlu kata ap2!
    ^_____________________^

    BalasPadam