Yusri takkan kawin dengan Lisa Surihani ..

by - Rabu, Ogos 17, 2011

 

image

Perghhh.. tamo kah ? Kalau tamo , aku mo.. hahahaha... Ada gak kena bedal ngan sudip Mat Gebu nanti.. hahaha .. Jom baca apa cerita sebenarnya mereka neh ! PErgh.. aku dah jadi melodi ari ni .. Best gak jadi pengossip sesekali sekala..

"Selepas industri tanah air dihebahkan dengan kisah cinta antara pengarah "Hikayat Merong Mahawangsa", Yusry Abdul Halim dan aktres cantik Lisa Surihani Mohamed yang dikhabarkan bakal ke jinjang pelamin pada tahun 2012, pihak KRU Studios menafikannya sekaligus mengatakan ia hanyalah salah faham.

Dipetik dari akhbar harian tempatan Berita Harian yang bertarikh 13 Ogos 2011, "Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekaligus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jinjang pelamin tahun depan."

Berikutan pendedahan eksklusif tersebut, Yusry telah dihujani pelbagai soalan oleh orang ramai yang cuba mendapatkan pengesahan mengenai berita tersebut.

Menurut kenyataan akhbar daripada KRU Studios, Yusry tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi tersebut mungkin terjadi kerana salah faham.

"Walaubagaimanapun Yusry mengakui hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada satu hari nanti akan sampai ke jinjang pelamin. Malah buat masa ini, Yusry dan Lisa belum pernah berbincang tentang isu perkahwinan."

Menerusi kenyataan tersebut, Yusry turut memohon maaf dan tidak menyalahkan sesiapa atas kekeliruan yang berlaku.

Hubungan Yusry dan aktres "Jangan Pandang Belakang Congkak" hangat diperkatakan sekitar April lalu. Sebelum ini Yusry pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi dan aktres Erra Fazira. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan dan selepas berkahwin hampir tiga tahun, Yusry dan Erra bercerai pada 16 Jun 2006."

- Yahoo

Pergh.. pakat berebut la pasni .. hahahaha..

You May Also Like

15 comments

  1. hahaaaa...dorang saja jer nie buat gempak..lepas nie keluar citer panas yang lain pulak abg ben.. :D

    BalasPadam
  2. Hahaha..pakat berebut tak bley blah. HAhaha

    BalasPadam
  3. amboi, pakat berebut. haha. abg ben nak join sekali?

    BalasPadam
  4. dia taknak ngaku lagi, era ngan yusri dlu pn sama camni la.. last2 kawin... erm... pape pn moga mereka wat pilihan yg terbaik :)

    BalasPadam
  5. dia taknak ngaku lagi, era ngan yusri dlu pn sama camni la.. last2 kawin... erm... pape pn moga mereka wat pilihan yg terbaik :)

    BalasPadam
  6. doakan depa bahagia je... kak liza dah balik ben!

    BalasPadam
  7. adoii hahah lelaki mesti duk tggu lisa jd janda yusry kekeke

    BalasPadam
  8. kalau dah jodoh x kan ke mana gunung di kejar...aminnnn moga bahagia hendaknya suatu ari nanti.. :)

    BalasPadam
  9. lah.. nape x kawin je tahun ni?
    lawan ngan wedding of the year norman ngan memey tu.

    BalasPadam
  10. lisa comey..;)

    moga jodoh dorg berpanjangan..

    BalasPadam
  11. xkisah lah bila ..

    tapi tarikh lisa kahwin la tarikh di mana ramai lelaki frust menonggeng.hehehehe :p

    BalasPadam
  12. tp bg saya..mereka sungguh sesuai ! :)

    BalasPadam
  13. tak kisah la ble pn..asal jd je..x elok lama2.. ::tetiba::

    BalasPadam