Bagaimana nak ajak BF/GF kita solat sedangkan dia liat nak bersolat ?

by - Rabu, September 21, 2011

 

Ehem... Bukan mudah tau .. Ada yang akan jadi munafik .. Sekadar 'berlakon' bersolat ketika keluar dating jer .. Kat rumah ?? Atau bila bersendirian ? Memang takkan buat punya kan ?

 

Mulakan dari asas .... Kebanyakkan mereka yang liat bersolat ini tidak tau apa itu SOLAT ! Mulakan dari 0 .. Berapa ramai antara kita tau bagaimana nabi bersolat ? Siapakah yang mengajar baginda bersolat ? Kenapa perlu bersolat ? Asas asas beginilah patut dibaca oleh mereka yang punya akal tapi malas nak berfikir ..

 

Mulakan dari pembacaan disusuli dengan praktikal .. Dari situ timbul kesedaran dan ketakutan akan hukuman dari Allah sekiranya meninggalkan solat .. Peringkat asas inilah yang amat penting.. Kenapa perlu bersolat ?

 

Asas solat inilah penting untuk diketahui oleh mereka yang liat bersolat.. Apa yang mereka nampak di zaman ini ialah , orang yang bersolat pon melakukan dosa .. Orang yang bersolat sendiri pon tak betul apatah lagi dia ? Baik tak perlu solat ! Itulah pemikiran mereka !!

 

Jika kita tau asas solat sebagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita , pastinya tiap kali kita bersolat , kita akan mengeletar kerana kita sedang mengadap ALLAH SWT...

 

Lembutkan hati pasangan kita dengan kelembutan.. Jika benar kita cintakan mereka , inilah bukti cinta kita pada mereka.. Dakwah dalam perhubungan .. Jangan mudah putus asa..

 

Sekadar pendapat ..

 

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)

You May Also Like

19 comments

  1. nak berdakwah nie ada caranya...kena psiko sket...

    BalasPadam
  2. uhhh suke ni. tp susah. baik tinggalkan. lelaki yg harus memimpin pmpn. tp berusaha jgk nasihat sblm ni.





    apakah??

    BalasPadam
  3. Kita dahulu kena tunjukkan yg kita orang yg menunaikan solat bila tiba waktunya. Masa solat tu, doalah minta Allah buka pintu hati dia utk solat. Sesekali, berilah tazkirah, bestnyer jika bersolat. Tapi tu lah, pastikan diri kita solat, baru boleh jadi contoh pada couple. Kalau diri sendiri x solat, memang kena bahan la kalau nak suruh couple solat. Ahaks..

    BalasPadam
  4. Kita dahulu kena tunjukkan yg kita orang yg menunaikan solat bila tiba waktunya. Masa solat tu, doalah minta Allah buka pintu hati dia utk solat. Sesekali, berilah tazkirah, bestnyer jika bersolat. Tapi tu lah, pastikan diri kita solat, baru boleh jadi contoh pada couple. Kalau diri sendiri x solat, memang kena bahan la kalau nak suruh couple solat. Ahaks..

    BalasPadam
  5. saya memang liat nak solat dulu. tiap kali dating mesti BF saya ajak saya ke suatu tempat. dia selalu kata "jom pergi syurga!" saya pelik. rupanya dia singgah surau/masjid.

    mula2 memang ego lama2 jadi malu. terus solat je lepastu. tak tinggal dah. insya ALLAH :D

    bagusnya dapat BF/GF yang membantu kita untuk solat ni :)

    BalasPadam
  6. dkna selalu tanya 'awak dah solat?'
    jawapan dia 'ya..dah..baru lepas'...
    biarkan..jangan tanya lagi...
    esok lusa dan seterusnya tanya soalan sama...
    tiba 1 hari just cakap macam nie 'awak tipu saya tentang solat, saya tak kisah...tapi awak tipu Allah macam manae?' sambil gelak gelak...
    dan alhamdulilah...dia makin berubah ke arah kebaikan...malah dia lak yang nasihat dkna :)

    BalasPadam
  7. hati tak senang kalau tak solat. biasa yang buat tak tahu je tentang solat ni, org yg tidak mencari ilmu.

    BalasPadam
  8. :D ~~~~ Jangan kita ajak... Tapi kita teberancai~~~

    BalasPadam
  9. mmg bkn mudah.tp dr dia tak ikhlas..lama2 dia dah terbiasa solat.bila dah terbiasa br dtgnya ikhlas.InsyaAllah

    BalasPadam
  10. alhamdulillah kalau dapat pasangan yang sentiasa mengingatkan diri kita kepada ibadah dan Allah SWT.

    BalasPadam
  11. biasakan diri bila berjalan/bercuti/makan angin jadikan masjid salah satu destinasi persinggahan...

    lelaki yang baik apabila dia dapat membimbing pasangannya. sekarang ni ramai yg berpelajaran tinggi dan mempunyai kesedaran tentang agama. kemudahan juga banyak jadi tak boleh jadikan alasan...

    BalasPadam
  12. tunjukkan dulu contoh yg baik kpd pasangan kita dgn harapan dia akan berubah 1 hari nanti :)

    BalasPadam
  13. fake it till u make it. rasulullah pun pernah berkata begitu. heh.

    BalasPadam
  14. dakwah dalam perhubungan... bagus.. tp bukan mudah... tengok la pasangan pd masa kini... perangai... pelik2

    BalasPadam
  15. alhamdulillah... saya tak de masalah dalam isu ni. (Bf pandai cari peluang nak solat)

    BalasPadam
  16. solat tu = tiang agama. cer bayangkan if rumah xde tiang? ape akan jadik?

    BalasPadam
  17. kekadang bf marah bila kita melebih2. katanya "ye ustazah" uh menusuk jantung

    BalasPadam
  18. sebelum ajak tu, kita kena la dulu tunjuk contoh yang baik. tak tinggal solat, solat awal waktu, perangai pun elok.

    BalasPadam
  19. Saya sedih bila ckp dgn org yg kite syg Dr keluarga sendiri, suruh dia solat, dia buat X tahu je buat xdgr je buat xkisah .. bukan sekali 2 tapi DH byk Kali, sy JD letih sedih xterdaya DH nk suruh dia solat. Tabah kn la hati Ku ini.. sedih sgt2 n sy ni xkuat sgt nk teruskan.. mcm MN ye.. sy selalu doakn tapi Masih BLM terbuka hati nya nk solat , sedihh sgt hati sy ni

    BalasPadam