Bila Pemuda PAS bersuara mengenai HANTU BONCENG..

by - Khamis, September 22, 2011

 

Alhamdulillah .. Aku bukan anti filem Melayu tapi kalau boleh , biarlah filem yang punya nilai-nilai yang baik untuk diterapkan. Walaupun realitinya akhlak penduduknya di negara kita ni , kita sedia maklum tapi jumlahnya tak besar .. Namun jika 'mereka' yang punya medium untuk membanteras serta 'mendidik' masyarakat ke arah yang lebih baik , mengapa tidak gunakan saja ? Jangan fikirkan keuntungan semata-mata.

 

Sekali lagi , syukur pada Allah .. dua pengarah tersohor di negara kita telah menyambungkan pengajiannya untuk memajukan industri perfileman negara .. Harap pasni takde dah cerita cerita 'ketawa kosong' dah .. Rujuk SINI ..

 

Berbalik pada isu Hantu Bonceng tu , nampaknya Pemuda PAS telah mengeluarkan kenyataan mereka ..

 

" Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan,"

 

Nak sangat ada bijak pandai agama bersuara , maka ada dah bersuara .. Ni yang kedua la.. Semalam Ustaz Idrus dah keluarkan pendapatnya ...  Baca lanjutan di SINI .... baca sekali komen tau... mmg best komen di situ.. heheeh..

 

Ops.. tiada agenda politik disini ... Cuma 'pening' dah tengok filem yang GADUH HANTU GADUH HANTU ! Inikah yang nak ditonjolkan pada negara luar yang mana negara kita ni penuh dengan hantu dan gangster ? Realitikah ? Mmg pon .. mana mana pon ada tapi sampaikan dalam bentuk yang lebih bijak ! Camana ?? Loh , aku bukan pembikin filem.. Aku cuma seorang penonton yang masuk panggung dengan duit sendiri ...

You May Also Like

7 comments

  1. x paham... bila diteur perkara yang benar dipertikaikan pula.... x paham juga perkara sebegitu dipandang remeh sehingga terlepas dari tayangan... lagi tak paham bila pengarahnya yang sudah tentu ada ilmu itu, boleh tak perasan dengan maksud apa yg ada pd sepotong ayat tu... tp sy paham cara kerja pengarah itu... sori, no sentimen apa2...

    BalasPadam
  2. inilah jadinya kalau semua perkara dijadikan jenaka..

    BalasPadam
  3. hmm bila tengok lagi sekali kat astro first , betul jugak ... benda ni hukum Allah kan..wallahualam~

    BalasPadam
  4. makin lama makin bosan tengok filem2 melayu ni.. kalau bukan jenaka, gangster... adehh... meleleh

    BalasPadam
  5. Diorang ni kdg2 buat movie syok sendiri.. Tak pakai akai.. huhuhu
    Tak nak belajar mcm mana Allahyarham P.Ramlee buat pelem dolu2.. Evergreen jer.. Yg lawak, mmg lawak sungguh.. Yg sedih doploh kali tengok pun bole nangis lg..

    BalasPadam
  6. hehehe... x tgk pn citer tu... x minat... :D

    BalasPadam
  7. aduh macamna Saya boleh tertengok cerita ni.... ngeng ngong...

    BalasPadam