Bila polis buat tak buat kerja dan makan rasuah !

by - Isnin, September 19, 2011

 

"Wah .. banyaknya roadblock ? Ini mesti nak cari duit poket nih .. ! ".

 

" Iskh , kamu ni.. Ke situ pulak .. Asal nampak polis je , terus pk rasuah ! ".

 

" Dah memang betul ! Polis dan rasuah , memang tak dapat dipisahkan ! Kena terima hakikatnya la.. ".

 

"Manusia dan dosa , tak dapat dipisahkan kan ? Tapi pahala ada kan ? Maka terpulang pada individu tu sendiri.. Kita sendiri pon ada 'jenayah' yang kita buat secara kita tak sedari .. Tapi ada kita nak salahkan diri tak ? Tak de punya kan ?? Kita cari alasan untuk menghalalkan tindakan kita itu kan ? Betul tak ? ".

 

" Tak kira la.. Aku memang tak suka polis ! ".

 

"Kalau begitu , jangan panggil polis kalau berlaku apa apa jenayah bila melibatkan kau dan keluarga kau. Panggil je ambulan ! ".

 

" Yang kau ni emo kenapa ? Marah aku lak !! ".

 

" Bukan emo tapi bosan .. Kita asyik nampak salah orang je.. Salah diri sendiri ?? Wat bodoh je kan ? Tu tadi , kau baru je buang sampai ikut luar tingkap.. Salah ke betul perbuatan kan ? Seperkara lagi , jenayah sekarang menjadi-jadi.. Kalau polis tak buat kerja , kita nak g makan kat kedai pon takut tau ! Silap silap parang kat leher.. Kau berani ? Berani laaa.. nampak lipas pon dah mencicit lari !! ".

 

" Yelah.. kau menan .. ".

 

" Ini bukan soal menang kalah.Tapi hati-hati meluahkan perasaan . Ada pihak terasa hati dan rasa pengorbanannya dipandang remeh. Bukan semua buruk dalam setandan pisang. Walaupun kerana nila setitik tu , susu tu tetap boleh digunakan untuk menyiram air pokok .. Takkan tak berguna langsung kan ?? "

 

" Baiklah cikgu.. Haa.. sampai dah pon.. Jom mencekik.. "

You May Also Like

9 comments

  1. ramai yang benci polis untuk sesuatu perkara sedangkan itu jugak yang dicarinya bila musibah menimpa.

    BalasPadam
  2. hehehehhe
    suke ah..byk isi dalam niii
    amanah
    jgn tunding jari
    jgn cri alasan
    sedar dgn kesalahan diri sendiri
    mm
    ape lagiii
    sume lallhhh..=]

    BalasPadam
  3. tak menghargai pengorbanan anggota Polis.. fikir2kan lah..
    tanpa Polis & tentera adakah kita di Malaysia akan hidup dengan aman dan tenteram !
    Nak kesempurnaan pada org lain, tapi adakah diri kita cukup sempurna ?

    BalasPadam
  4. saya salah seorang anggota suksis pdrm...sedih sangat bler ramai beranggapan polis mcm 2..xsemua polis makan rasuah...kenapa masyarakat benci sangat polis nie..tapi korang lupa ke bler time korg kna ragut..sape yg korg cari..kalo umah korg kna pecah..sape korg cari..segala musibah korg kena KAMI YANG POLIS jugak yang korg cari..so hentikan lah suma kata2 nie..guru pun ada yang makan rasuah ye...

    BalasPadam
  5. opss tertinggal pulak...lepas nie kepada sape2 yg kena rompak ke ragut ke pe ke.jangan cari polis lagi..pergi ar cari engineer ke..cikgu ke..ok...

    BalasPadam
  6. btl en ben..dialog tu ada la sikit-sikit kene dgn saya..
    masa tu berborak dengan org terdekat dalam kereta.. saya 'ter'rasa marah bila ada ckp polis mcm tu..
    bg saya tak kira dalam pekerjaan apa pun kesalahan tetap ada cuma xsehebat polis yg mana kes2 terus masuk berita. kita perlu pandang pada sudut +ve bkn -ve

    BalasPadam
  7. entri nie saya nak jawab..bukan ikut hati atau perasaan tapi mengenai kerjaya seorang anggota polis..Tak semua polis tue mengamalkan rasuah..Disebabkan kerjaya polis selalu dihadapan mata kita,kita sedap cop polis dan rasuah x dapat dipisahkan..Banyak lagi berlakunya rasuah yang lebih dasyat yang kita tak nampak pada badan-badan,agensi atau jabatan atau individu itu sendiri..Fikir-fikirkan..Kadangkala kita perlu tanya pada cik cik polis yang tercegat dan meronda tengah panas tue,"adakah cik suka akan kerjaya polis"..pasti dia akan kata,"cari rezeki cik,belaja x pandai..nie jer la kerja yang baik tuk saya dan famili nanti"..Tapi dalam hati polis tue kata,"kalau ko nk tau,ko masuk la polis..Baru ko tahu mcm mana situasi yang kami hadapi"..Kerjaya polis nie termasuk rasuah ibarat ditelan mati mak,diluah mati bapak..Tak tolong orang tue,orang tue sumpah seranah sebab bagi saman..Ambik rasuah berdosa besar tapi kalau tak saman ibarat tak menjalankan tanggungjawab pada rakyat,negara dan agama..jadi apa rasanya pihak polis perlu lakukan?..Senang sahaja sebenarnya..kalau tak nak rasuah terjadi,jangan memberi & sangguplah terima saman yang sekeping berharga rm300..Dan yang lebih terbaik,kalau tak nak disaman jangan pulak kita buat kesalahan..Bila kita buat salah pulak,jangan pulak benci polis sebab tak bagi muka dan bagi saman senang-senang tanpa kira duit ada tak dalam poket kita..Itu yang perlu kita fikirkan..Rasuah tue x baik dan musuh negara tapi masalah sebenarnya disini ialah adakah semua orang di malaysia nie pengamal dan pemberi rasuah?..Tidak bukan?..Begitu juga dengan polis..Kasihanlah mereka..Disaat anda semua sedang tidur,mereka ini sanggup tinggalkan anak bini keseorangan untuk menjaga keselamatan rumah dan diri anda..Disaat anda menghadapi masalah yang rumit,mereka sanggup melupakan masalah mereka dan keluarga mereka sendiri semata-mata nak selesaikan masalah anda..Disaat anda dapat berjalan-jalan pada masa cuti dengan gembira bersama keluarga,mereka nie sanggup meninggalkan keluarga mereka yang menunggu di rumah..Hargailah walau sebesar mana pun kesalahan yang dilakukan oleh segelintir dari mereka..Itu pendapat saya sebagai seorang awam..

    BalasPadam
  8. ada polis baik dan tak baik..
    elakkan lah rasuah..

    BalasPadam
  9. ha bagus cik ben buat entri ni. bagi orang yang tak suka polis tu sy x kesah cuma nak bgtau. pengorbanan polis bukan pada kerja je tau. pada keluarga juga. bertahun tak dapt balik kampung raya mungkin pada sesetengah orang benda biasa. tapi bila nak balik rumah pun susah ada orang nampak ke..bila tengah2 malam kul 2-3 pagi ada call ada org nampak ke. semua tu pengorbanan. dengan anak pon kadang2 takde masa..huh emo la pulak aku nih..haha... kerja apa yang takde rasuah? cikgu? bomba? kastam? arkitek?lawyer?engineer? keje posmen pon ada tau cuma semua tu bergantung pada diri orang tu sendiri. takde polis, negara tak aman ler...

    BalasPadam