Blog : Berapakah trafik / pengunjung blog yang anda perlukan setiap hari ?

by - Ahad, September 25, 2011

 

Mula-mula , aku nak minta maaf dulu la yer .. Kot nanti ada yang terasa akan entri aku ni... Ini cuma satu entri motivasi saja buat diri aku dan juga rakan rakan blogger yang masih belajar mengenai blog ini ..

 

Trafik adalah pengunjung blog .. Mula-mula , kita kena tau niat kita .. ' Kenapa aku buat blog ni ?? ' . Hurm... Jangan jawab kat aku.. Simpan dan teruskan membaca entri ini ..

 

Majoriti yang buat blog ini adalah kerana suka-suka kan ? Ok.. Kalau suka suka , apakah yang korang logkan setiap hari ? Jangan jawab kat aku.. Kembali lihat blog korang ..

 

Apakah korang logkan aktiviti harian korang ? Atau korang logkan isu-isu semasa ? Kenapa dan mengapa korang buat begitu ? Jangan jawap gak kat aku .. Simpan jawapan tu ..

 

Fikirkan semula .. Trafik yang masuk ke blog korang tu , kerana nak baca blog korang ? Atau kerana mereka sedang mencari maklumat ? Kalau mereka masuk ke blog korang semata mata nak baca aktiviti korang , korang rasa la kan , dengan status kita ni yang bukan selebriti ni , berapa ramai nak tau sangat ? Selain kawan kita , ahli keluarga atau kenalan maya kita ? Jadi , berapa tinggikah trafik harian kita ?

 

Berbanding mereka yang logkan isu isu semasa ke dalam blog mereka . Pastinya trafik akan tinggi melambung .. Tapi , kembali fikir semula tujuan asal kenapa korang buat blog ?

 

Dan fikirkan kembali sudut kepuasan berblog dan menulis .. Bayangkan 10 orang masuk blog kita  semata mata nak tau apa yang kita buat hari ini , bukankah itu satu perkembangan yang bagus ? Sekurang-kurangnya ada orang masuk dan baca ... Kalau takde sekali pun , kembali ke niat berblog .. Senantiasa kembali ke niat berblog .

 

Buat mereka yang melogkan aktiviti harian mereka seperti aku ni ,di dalam blog .. asalkan ada orang masuk baca , setiap hari adalah cukup bagus dari kita duduk tengok tv setiap hari atau pergi merewang tak tentu hala...

 

Menulis serta berkongsi pengalaman hidup adalah satu budaya yang sihat dan patut dibuat oleh semua orang ..  Ceritakan yang baik , luahan pendapat melalui cara yang betul pastinya akan mendapat perhatian seseorang , satu hari kelak .. Sapa tahu bukan ?

 

Berbloglah kerana anda ingin berblog ..

 

Blog Pilihan : fRyNcEsZ raRA

You May Also Like

10 comments

  1. iyer en ben..saya berblog kerana ingin berblog, juga berkongsi rasa...>_<

    terima kasih atas nasihat yg bernas...:)

    BalasPadam
  2. entri yg sgt ikhlas. setuju sangat.. walaupun tak ramai yg masuk blog sy, tapi setiap kali sy tanya pendapat, cite pengalaman hidup, kongsi pendapat dan aktiviti harian, ade jugak yg jengah.yg komen..

    yg paling best, dpt kwn baru. tak ade la blog tu sunyi je.yep..kembali ke niat berblog..rasa puas menulis tambah2 lagi perkara2 yg baik.

    thx bro ben. entri yg paling best!hanya blogger yg memahami jiwa seorg blogger ;)

    BalasPadam
  3. betul abang ben. hampir semua nak pengunjung yang ramai. tapi kita bkn selebriti yang semua orang nak baca kisah hidup kita. bila kita asyik letak isu semasa plak, blog kita jadi macam takde identiti kita sendiri plak. berblog pun kena ada sebab. kena ada matlamat. kena ada usaha. kena tahu apa pembaca nak. boleh tulis entry personal tapi selitkan dgn entry info sikit. tak pun entry pendapat.

    tak gitu?

    jemput ke blog saya ye?

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  4. btol2..baik brblog dr buang masa dan duit anda..haha..

    BalasPadam
  5. Dah jawap semua dlm hati..:) thx bro..

    BalasPadam
  6. semuanya bergantung pada niat kita berblogging. jika kita nak berbisnes dgn berblogging, maka buat la bisnes dengan cara yg betul. Jika kita nak cari duit tambahan dengan berblogging, maka cari la duit dengan cara yang halal tanpa menyusahkan orang lain. jika kita ingin berkongsi padangan atau meluahkan pendapat tentang satu satu perkara, jadi buat dengan cara yg betul tanpa menyakitkan hati sesiapa. Tapi ingat la sesuatu, tak semua orang akan suka dengan cara kita, tak semua orang akan bersetuju dengan pandangan kita. kita pulak jgn buta kan mata dan pekakkan telinga bila orang lain memberi kritikan yang membina. we use what are good, we leave what are not.

    BalasPadam
  7. tujuan saya berblog ingin berkongsi information dengan org lain :)

    BalasPadam
  8. tujuan saya berblog adalah satu untuk mencatat kisah kehidupan sendiri, dalam masa yang sama maukan blog ini sebagai satu sumber pendapatan tambahan.

    BalasPadam
  9. Mas berblog untuk kepuasan... rasa puas je bila dapat update satu entri yang boleh dikongsi dengan pembaca!

    rasa puas jugak bila ada pembaca yang sudi komen dan beri pendapat di setiap entri Mas!

    BalasPadam
  10. niat saya berblog adalah kerana

    *untuk meluahkan perasaan isi hati.. *mencatatkan diari sejarah kehidupan diri sendiri..
    *suka bila orang gelak-gelak bila baca entry saya.... memang itu adalah kepuasan yang sangat terserlah...

    :)

    BalasPadam