Cerita British di zaman sebelum merdeka ..

by - Ahad, September 11, 2011

 

Sempat pergi satu ' open house ' member sekolah dulu .. Terjumpa geng geng lama .. Hehe.. Lawak bila tengok memasing dengan anak-anak mereka .. Tak sangka la kawan kawan yang jahatnya sama level ngan penjahat ( termasuk aku ) , boleh menjadi ayah yang baik dan penyayang .. Sememangnya masa mematangkan manusia ..

Patutnya lepas satu rumah ni , aku ada sebuah rumah lagi nak pergi tapi memandangkan seminggu aku tak g umah orang tua aku , maka aku cadang nak terus g sana ngan wife .. Rindu pulak kat diorang dan anak anak buah aku tu ..

Sesampai kat sana , bapak aku yang jarang nak luahkan rasa rindu kat kitorang , meluahkannya sampai rasa nak g umah kitorang pagi tadi tapi memandangkan dia kurang sihat maka dibatalkan saja hasrat tu.

Kesempatan melepak bersama ayah aku tu , aku bukak cerita pasal Mat Indera dan cerita British di zaman dia dahulu.. Saja nak dengar pengalaman hidup dia ..

Dia cerita segala pengalaman politik dia ( orang kuat parti sehingga berpaling tadah kerana ... ) .. Mmg ada kebenaran dari cerita dia .. Maklumlah apa yang kita tau sekarang ini cumalah dari pembacaan saja .. Kadang-kadang kita perlu dengar sendiri dari mereka yang berpengalaman kan terutama dari orang tua kita sendiri ..

Ayah aku yang mana dari semenanjung dan kemudiannya berhijrah ke Sabah sehinggalah 'dihalau' keluar dari sana akibat pertukaran pemerintah , mencerita segala -galanya ( apa yang dia tau la ) termasuklah cerita Singapore ..

Apakah cerita sebenar British sebelum Jepun datang menakluk Malaya dan cerita sebenar selepas Jepun pergi sehinggalah cerita mengenai komunis ? Tanyalah orang tua kita atau atuk nenek kita.. Mereka ada cerita mereka tersendiri ...

Hurm... politik ... mmg sukar nak kata sapa betul sapa salah. Orang ni naik , ceritanya begini.. Orang tu naik , ceritanya begitu .. Mmg kita kat tengah-tengah ni jadi mentimun je la..

You May Also Like

2 comments

  1. sejarah bukan sekadar baca untuk lulus exam jer.. tp harus dihayti dan pikir kenapa benda tue terjadi.. jadi takdela kita percaya bulat apabila sejarah diputar belit atau diubah..

    sepatutnyer kita pikir kenapa adanyer penjajah, kenapa tertubuhnyer komunis, macam mana rakyat dulu tetiba bangkit untuk pertahankan negara, dan macam mana kemerdekaan tue boley dicapai.. supaya benda tue takkan berulang lagi..

    bukannyer bergaduh siapa hero dan siapa yang perlu dihargai.. sebab yang berjasa tak pernah mintak diri mereka dihargai sebab mereka lakukan ikhlas untuk masa depan anak cucu mereka..

    jadi nak gaduh pasal siapa hero negara watpe..?? adoyai..

    BalasPadam