Derma organ ?? Boleh ke orang Islam ?

by - Selasa, September 20, 2011

 

Tadi , ada satu perbincangan secara sihat tanpa tuding menuding mahupun menggunakan id Anonymous atau buruk sangka ,berlangsung di pejabat aku .. Kira ahli mesyuarat tingkap punya meeting la ni .. Isunya , boleh ke derma organ ni lebih lagi orang Islam.. Maka aku kata , boleh saja sbb aku pernah baca fatwa mengenainya satu tika dulu ..

Jadi untuk menguatkan lagi hujah aku tu , aku pon google.. Jumpa dan aku nak berkongsi dengan rakan pembaca .. Haaa... Ada yang berminat nak derma organ ke ??

 

Mafhumnya: “Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena dia membuat kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya. Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (al- Maidah: 32)

 

Fatwa-Fatwa Berkaitan Pendermaan Organ

Dari sudut Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat:

  • Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
  • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma atau penerima organ.
  • Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah s.w.t.
  • Pendermaan organ perlu mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Untuk membaca dengan lebih lanjut , sila klik SINI ..

Dari derma dara , baik derma organ !

You May Also Like

8 comments

  1. suke ayat terakhir tu ^_^

    BalasPadam
  2. betul... jgn smpai memudaratkan diri sndiri

    BalasPadam
  3. ayat last tu yang tak menahan tu... hahahahaha

    BalasPadam
  4. saya pun ada niat nak derma organ..tapi kena ikhlaskan hati dulu...huhu..

    BalasPadam
  5. maya pn dri dlu rse nk drma organ, tapi kne fkir byk kali.. ikhlaskan niat dsb. he~

    BalasPadam
  6. ben....ko nak derma organ kah????.....

    BalasPadam
  7. salam En.Ben...kalau menderma organ untuk menyelamatkn nyawa pesakit adalah baik tapi jgn memudaratkn diri sendiri...:)

    BalasPadam
  8. yath jawab soklan nih time amek exam PTD hari tu..hehe

    BalasPadam