Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi ..

by - Jumaat, September 23, 2011

image

Pagi tadi aku ada terbaca di sebuah kolum hiburan akhbar tempatan mengenai Diana Amir ni .. Dia agak tertanya-tanya mengapa Diana menutup aurat secara tiba-tiba ? Apakah kerana permintaan sapa sapa ??

 

Aku tak tertanya langsung. Allah kalau beri hidayahNya , sedang makan pon leh insaf ! Jadi , bagi aku adakalanya berlaku sesuatu peristiwa itu di luar jangkaan kita maka biarkan saja dan terima. Satu hari nanti , pasti akan ada jawapannya ..

 

Maka , alhamdulillah .. Diana Amir berkongsi dengan kita semua , mengapa dia menutup aurat ! Menurut Diana Amir menerusi Mstar ,

 

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," .

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.

Syukur pada Allah .. Bab rezeki tu , Diana .. Jangan risau .. Ini bumi Allah.. Rezeki di mana mana .. Jangan sangka dengan berlakon saja boleh dapat duit kan ? Banyakkan berdoa agar dimurahkan rezeki ... InsyaAllah ..

 

Gambar & info dari Mstar

You May Also Like

18 comments

  1. Alhamdulillah.. cantik kan bertudung, aurat terjaga.. maruah terpelihara ^.^..

    dah pakai tudung tu jaga elok2 la tingkahlaku..sebagai seorg artis tindak tanduk menjadi perhatian..

    semoga penghijrahan dia menjadi ikutan rakyat kita ^.^

    MAklum la, ada sesetengah org tu suka ikuyt artis

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...suka sgt bila ramai artis wanita kita bertudung...

    BalasPadam
  3. rezeki di mana2.. janji usaha mesti ada.. suruh diana amir blogging pon mesti masyukkk. kehkehkeh

    BalasPadam
  4. kita mendoakan beliau terus dgn hikmah yg Allah berikan kepadanya...semoga yang lainnya dapat juga merasakan apa yang dirasakan di dalam mimpi Diana Amir itu utk segera berubah kpd kebaikan dari sebelum2nya.

    BalasPadam
  5. hurmm..bagus la.. mesti xlame lg diana amir akan dtg UniKL BMI tok share pengalaman die.. baru minggu lepas sham kamikaze,wardina & irma dtg cni talk.. diorang tu sume belajar agama dgn ustaz kt cni.. ;)

    BalasPadam
  6. semua wanita akan lebih cantik dan sopan bila bertudung.. syukurlah hidayah itu untuk insan yang terpilih

    BalasPadam
  7. alhamdulillah :)
    cntik kan dea bertudung :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..lepas sorang, sorang artis Melayu pakai tudung..

    moga perubahan ini akan buat Diana jadi org yg lebih baik

    BalasPadam
  9. alhamdulillah ... beliau dapat petunjuk dan hidayah.. mungkin ini menjadi teladan kepada semua artis lain... :)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah .

    p/s: penah jugak mmpi kiamat .takotnye Allah je tau .

    BalasPadam
  11. pernah jugak mimpi menakutkan , hurmm .. alhamdulillah , bertudung agy lawa..semoga terus kekal ,

    BalasPadam
  12. syukur kepada Allah...jgn buka2 spt sesetengah artis tu ye..depan tutup semua, belakang nah haaaa.......

    BalasPadam
  13. bagusnya diana amir..
    terkejut jugak sebab dia ni seksi jugak..
    alhamdulillah :)

    BalasPadam
  14. Alhamdulilah..sy doaknsmoga terus kekal dgn imej begini..coeml dan sangat ayu..(^___^)

    BalasPadam