Disebalik tabir pembikinan Akan ku miliki hatimu itu '2011..

by - Selasa, September 13, 2011

 

Alhamdulillah , dah masuk ke episod ke 21 .. Ramai tanya kenapa pendek benar ?? Kalau panjang , ada yang baca sambil letak bantal.. Atau nanti jadi berbelit belit.. Jadi untuk rileks dan bersantai , dibuat dalam bentuk begitu . Sekurang-kurangnya berjaya gak aku bermain dengan perasaan pembaca kan ?

Ada yang tanya .. Apakah cerpen ni berdasarkan kisah cinta aku sendiri atau aku ciplak mana mana cerpen ? Buat pengetahuan mereka yang nak tau , last aku baca cerpen , masa sekolah menengah dulu ..Begitu juga dengan novel cinta.Kalau ada pon satu dua buku setahun..

Tapi cerpen ini adalah gabungan dari imaginasi , pengalaman hidup , kegiatan rutin harian malah ada juga dari tontonan television tetapi ditukarkan penyampaiannya agar lebih menarik dan mendebarkan ..

Idea adalah spontan . Bergantung pada mood serta aktiviti harian . Yang menariknya , setiap episod dikarang tanpa dibaca semula.. Tulis , siap dan post !

Berbalik pada cerpen itu .. Apa yang ingin akan berlaku nanti ? Persoalannya yang patut difikirkan .. Siapakah yang akan mencuri hati siapakah ? Apakah Ben ? Atau hati Adriana ? Atau Adawiyah ? Apakah yang terjadi dengan Wan ?

Waaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhh... Bilakah akan tamat cerpen ini ? Si Capik sampai beratus episod.. Takkan yang ni sekejap je kan ? InsyaAllah .. selagi ada idea , aku akan karangkan agar lebih menarik dan yang penting , lain dari yang lain ...

Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi sokongan terutama rakan pembaca di FB , bloggers dan juga admin page / group , En.Angah yang sudi mempromosi entri cerpen di dalam pagenya.. Tak lupa semua rakan rakan juga ! Terima kasih !

Bagi yang belum membacanya , sila rujuk di menu page diatas.. di sediakan dalam bentuk  episod... Terima kasih pada Sunah atas ideanya menyediakan susunan tersebut.

You May Also Like

9 comments

  1. Pasnie en. ben ley bkukan mini novel nie....bila lagi??!!!

    BalasPadam
  2. terbaik la hahaha.. mcm boleh buat nivel sudah heheheh... x boleh ketinggalan satu episod pun huhuhu

    BalasPadam
  3. suke2!
    x pe..kalo nak ikot cam capik beraus2 pon x pe..insyaAllah sudi membace nyeee

    weeee =]

    BalasPadam
  4. suka sngt baca cerpen tu...stp kali kuar babak baru, tak sabar nak tunggu yg seterusnya :)

    BalasPadam
  5. wahh menarik ni ben, kena LM bongkar dr awal lah episod yg lps2

    BalasPadam
  6. dah jatuh cinta dengan cerpen ni! hari2 tunggu episod demi episod..

    BalasPadam