Filem kita , wajah kita ... Benarkah ?

by - Selasa, September 20, 2011

 

Benarkah ? Boleh pakai kah kata kata itu ? Sewaktu zaman P.Ramlee , banyak filem filemnya punya maksud tertentu. Setiap isi ceritanya disampaikan dalam bentuk tersendiri. Ada yang memandangkan sekadar filem jenaka tetapi jika diperhatikan , setiap filemnya ada kebenaran mengenai dunia di waktu itu dan juga sekarang !

 

Kebelakangan ini , banyak filem menjadi box-office adalah filem filem ringan. Aku pernah pernah terlibat dengan satu meeting bersama U-Wei Shaari dan Melissa Saila  (kalau tak silap aku ) satu tika dulu untuk membantu mereka dalam Jogho .. Sebuah filem berat tetapi tidak mendapat sambutan. Mengapa begitu ?

 

Sememangnya inilah yang kita hadapi. Bila bab berfikir , berapa ramai akan mengangkat tangan untuk berfikir bersama dan jika ketawa , berapa ramai akan berdekah-dekah ?

 

Filem kita masa kini.. Satu perkembangan yang bagus di mana , pasti menguntungkan pembikin filem jika bijak menganalisa citarasa penonton. Tak susah ! Buat lawak bodoh sikit , masukkan isu semasa kemudian letak hantu atau adegan gaduh gaduh ala ala hongkong , maka tip top terus ! Ini adalah rempah ratus filem Hongkong di zaman Jacky Chan , Stephen Chow dan ramai lagi..

 

Aku tak salahkan pembikin filem.. Kita sebagai penonton yang inginkan filem filem sebegitu rupa. Sapa nak beratkan kepala dengan menonton filem berat ? Dah la dengan masalah dunia ! Pastu nak diberatkan lagi dengan filem filem yang memerlukan akal untuk berfikir ? Takde punya kan ?

 

Sama seperti drama.. Tetapi sekarang ini ada perubahan pada drama kita .. Ada intipati dan pengajaran. Sayangnya ini tiada dalam filem.. Kalau ada pon , filem tersebut gagal mencapai kutipan box office dan menyebabkan pembikin filem malas nak buat filem begitu dan beralih arah ke filem filem ringan yang mana pengajarannya hanyalah di penghujung cerita tersebut ..

 

Dan sayangnya , sekarang agama menjadi satu permainan skrip untuk bagi penonton ketawa .. Ada yang sedar , dan ada yang tidak ..  Salah siapa ? Penonton ? Pembikin ? Penulis skrip ? Pengarah ? Atau pelakon ?

 

Bila kita mahukan yang ringan , biarlah menusuk di kalbu ! Bila keluar dari panggung atau abis tayangan , maka yang keluar dari mulut ,

AKU INSAF !

 

Adakah ini berlaku ?? Sayangnya dari 100 yang menonton berapa ramai yang akan kata sebegitu rupa ??  Sapa lagi yang mampu mendidik masyarakat kalau bukan rakyat kita sendiri ? Sesungguhnya kalau filem dari luar , jangan mimpi nak dapat pengajaran tapi bukan semua .. Ada juga filem yang benar benar mampu mendidik penonton tapi berjaya box office ...

 

Perhatikan filem dalam tahun ini .. berapa banyak filem yang dah kita tonton dan memberi kesedaran ... Kitalah menentukan hala tuju filem kita... Apa yang kita makan , itulah yang mereka tanam.. Apa yang kita beli , itulah yang mereka import ..

 

Sekadar pendapat ..

You May Also Like

9 comments

  1. filem kita, WAJAH kita?? xkot sbb xpernah pun wajah cik ainsyah ade lam filem.. ;)

    BalasPadam
  2. btl..yg hantu bonceng yg latest...time kena tampar tu...rasa mcm dipermainkn je..

    BalasPadam
  3. drama stanza cinta menginsafkan saya.huhu

    BalasPadam
  4. Kita Layan Filem P.Ramle pun ok lagi nih..

    BalasPadam
  5. bila yang difikir cuma nak kaut untung ini la jadinya. tiap kali alasan kata, ini hakikat sebenar biar jadi pengajaran, ini cuma filem, ini cuma lawak. ini cuma itu dan ini.
    sejak keluar cerita ayat-ayat cinta jadi meletop, trend drama bercorak agama melimpah-limpah. tapi, berapa banyak yang tunjuk kebenaran Islam? wanita bertudung berbaju ketat, berpurdah tapi ada kekasih. mungkin ia terjadi tapi makin mengukuhkan pandangan mereka yang kata,
    "ala, korang ingat budak pakai tudung pakai purdah tu baik sangat ke?"
    tak pasal-pasal nilai agama diperlekeh. sama jugak dalam dialog. terlalu banyak dah.

    BalasPadam
  6. pembikin filem skrg adalah usahawan....

    mereka melabur utk ambik pelakon popular pastu buat promosi giler2...cerita xpenting..janji orang beli tiket...

    kaya2...

    tapi kalau filem yusof haslam dan anknya kau suka :)

    peace!

    BalasPadam
  7. skrg ni iqa tgk bnyk sgt citer hantu...citer seram...
    mksdnye,kt M'sia ni ade bnyk 'hantu' la ea...ke gane abg ben???
    filem kte wjh kte :)

    BalasPadam
  8. cerita melayu boring kalau terlampau serius,
    mana tak nya,terlampau serius sehingga tak logik,
    mana ada org serius 24jam...

    HOOTTT!!!!penipuan terbesar dalam internet berjaya didedahkan

    BalasPadam
  9. filem oh filem.. dah lama tak tengok wayang.. ehe

    BalasPadam